Skip to content

Beras Rebus: Kandungan Nutrisi dan Khasiat nya

Apakah itu beras rebus, perbezaannya dengan beras biasa dan apakah khasiat nya? Artikel ini akan membincangkan berkenaan beras rebus dan yang berkaitan dengan beras ini.

Apa itu Beras Rebus?

Beras rebus atau bahasa inggeris nya dipanggil ‘Parboiled Rice’ ialah beras yang direbus dahulu bersama sabutnya sebelum diteruskan dengan proses pengasingan. Beras rebus ini agak berbeza sedikit dari segi kriteria dan khasiatnya berbanding dengan beras putih.

beras rebus Parboiled Rice

Gambar 1 (i) menunjukkan beras beras rebus

Manakala Gambar 2 (ii) ialah beras putih

Kebanyakan orang memanggil beras ini sebagai ‘beras kurang kanji’ dek kerana teksturnya yang berderai dan rasa yang agak kurang berlemak berbanding beras putih. Umum juga tahu bahawa selain beras perang atau Brown Rice’, beras rebus ini juga disyorkan bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, Sebelum kita mengenal dengan lebih lanjut tentang khasiat berat rebus ini, mari kenali struktur/anatomi benih padi dan proses penghasilan beras daripada sumber biji benih padi itu sendiri.

Gambar 1 menunjukkan struktur/anatomi benih padi sebelum menjadi beras.

Rajah 1 menunjukkan proses penghasilan beras putih, beras perang dan beras rebus.

Biji padi terdiri daripada kulit padi yang melindungi beras, lapisan bran dan embrio yang memberi nutrisi kepada endosperma. Penghasilan beras putih ini bermula dengan proses pembuangan kulit padi dan seterusnya proses pengasingan (milling process) di mana dalam proses ini padi diproses untuk menghasilkan beras putih.

Apa yang membezakan beras putih dengan beras rebus ialah proses penghasilan dan nutrisi di dalamnya. Terdapat proses tambahan dalam menghasilkan beras rebus. Tidak seperti beras putih, proses pengasingan beras mentah diteruskan sebaik saja proses pembuangan kulit padi selesai. Berlainan dengan beras rebus, penambahan proses seperti perendaman, proses wap dan pengeringan dalam keadaan yang spesifik; masa, suhu dan kuantiti air; dijalankan sebelum proses pengasingan bermula. Tambahan lagi, perendaman dan wapan itu diproses bersama dengan kulit biji padi. Lebih menarik, menurut kajian, proses perendaman dan wapan ini sebenarnya membantu untuk membawa masuk nutrisi yang terdapat pada kulit padi, bran dan embrio masuk kedalam endosperma dan menyebabkan peningkatan nutrisi di dalam endosperma. Jadual 2 menunjukkan perbezaan komposisi nutrisi di dalam beras rebus dan beras putih.

Selain itu, penghasilan beras rebus ini menarik ramai minat pengeluar beras kerana ianya mengurangkan pembaziran semasa menghasilkan hasil akhir beras kerana teksturnya yang keras atau tidak rapuh. Menurut kajian, terdapat beberapa perbezaan ketara apabila membandingkan antara beras rebus dan beras putih.

Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara beras rebus dan beras putih dari segi fizikal dan penghasilannya

Komposisi nutrisi/100gBeras RebusBeras Putih
Kalori360 kcal353 kcal
Karbohidrat80.46 g80.51 g
Serat0.45 g0.37 g
Protein6.18 g5.59 g
Lemak1.57 g0.99 g
Kalsium5.39 mg3.89 mg
Thiamin0.20 mg0.00 mg
Niasin1.19 g0.41 g

Jadual 2 menunjukkan perbezaan komposisi nutrisi dalam beras rebus dan beras putih per 100g

Khasiat Beras Rebus dari Sudut Kesihatan

1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah

Kajian (Randomized Controlled Trial) yang dijalankan pada 2017 mendapati bahawa beras rebus mampu mengawal kenaikan paras gula dalam darah sama ada mereka yang sihat ataupun yang mempunyai kencing manis, berbanding dengan beras putih. Terdapat perubahan struktur kanji di dalam beras rebus menghasilkan resistant starch menyebabkan ianya lambat dihadam serta merendahkan kadar indeks glisemia (glycemic index) beras tersebut.

Penghadaman kanji yang lambat serta indeks glisemianya yang lebih rendah daripada beras putih menyebabkan penyerapan gula ke dalam darah lebih perlahan dan paras gula lebih terkawal. Selain resistant starch, ada teori mengatakan bahawa terdapat kemungkinan perubahan pada struktur kanji dan elemen-elemen unknown dalam beras yang direbus ini memainkan peranan dalam mengawal kenaikan paras gula dalam darah.

Tambahan lagi, kajian mendapati bahawa beras rebus ini memberi rasa kenyang yang lebih lama dalam kalangan orang yang sihat akibat daripada penghadaman yang perlahan.

2. Kesihatan Usus dan Sumber Prebiotik

Resistant starch ialah sejenis kanji yang tidak boleh dihadam oleh usus kecil dan secara umumnya, resistant starch mewakili kurang daripada 3% daripada keseluruhan makanan yang berkanji. Seperti yang dimaklumkan, perubahan struktur kanji dalam biji padi semasa proses perendaman dan wapan menyumbang kepada penghasilan resistant starch.

Kajian mendapati bahawa resistant starch ini juga mempunyai kebaikan seperti serat yang mana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan, kesihatan usus dan pengawalan paras gula dalam darah. Butirat, produk akhir daripada fermentasi resistant starch oleh bakteria baik di usus dipercayai dapat memberikan tenaga kepada sel-sel usus dan membantu menghindari kanser usus. Selain itu, butirat ini juga merupakan makanan atau prebiotik kepada bakteria baik dan membantu pertumbuhannya dalam usus. Sembelit juga mampu dielakkan melalui pengambilan resistant starch.

Kesimpulan

Beras rebus terbukti mempunyai kandungan nutrisi dan kebaikan yang lebih tinggi berbanding beras putih. Kajian mendapati pengguna yang biasa mengambil beras putih sebagai sumber karbohidrat harian dapat menyesuaikan diri dengan rasa beras rebus ini.

Hal ini menyebabkan beras rebus ini mampu dijadikan sebagai sumber alternatif kepada beras putih terutamanya dalam membantu mengawal paras gula dalam darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Pada masa yang sama, pengguna juga mendapat khasiat resistant starch yang terkandung untuk kebaikan usus. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa meskipun beras rebus mampu mengawal paras gula dalam darah, amalkan sikap bersederhana dalam pengambilan beras rebus ini untuk mendapatkan khasiat yang optimum.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan yang lain

Khasiat SeraiKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Ubi KayuKhasiat Lobak
Khasiat Kacang BendiKhasiat Bawang Putih
Khasiat SaladKhasiat Sawi
Khasiat Daun KariKhasiat Cendawan
Khasiat TomatoKhasiat Bayam Brazil
Khasiat SaderiKhasiat Avocado
Khasiat Ulam RajaKhasiat Brokoli
Khasiat PegagaKhasiat Peria
Khasiat BayamKhasiat Bayam Brazil
Khasiat Timun JepunKhasiat Timun
Khasiat Kangkung Khasiat Halia
Khasiat TerungKhasiat Latok
Khasiat SengkuangKhasiat Jering
Khasiat PetaiKhasiat Kacang Botol
Khasiat Bunga TelangKhasiat Mengkudu
Khasiat Kacang PanjangKhasiat Ubi Jaga
Khasiat KetumbarKhasiat Tongkat Ali
Khasiat TemulawakKhasiat Kacip Fatimah
Khasiat Lidah BuayaKhasiat Serai

Rujukan

  1. Melissa W., Leila P.S. & Cristiane C.D. (2004). Rice and resistant starch: different content depending on chosen methodology. Journal of Food Composition and Analysis. 18: 279-285.
  2. Samar H., Tasleem A. Z. & Jiwan S. (2017). Parboiled Rice Metabolism Differs in Healthy and Diabetic Individuals with Similar Improvement in Glycemic Response. Nutrition.
  3. Shiela M. A. V., Andres M. T. & Ofero A. C. (2016). Cooking Qualities and Nutritional Contents of Parboiled Milled Rice. Asian Journal of Applied Sciences. 4(05).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 1 =