Skip to content

10 Khasiat Bunga Telang yang Perlu Anda Tahu

Apakah khasiat bunga telang terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrien bunga telang, komponen berkhasiat dan khasiat bunga telang kepada kesihatan

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Kandungan Nutrisi
  3. Komponen Berkhasiat
  4. Khasiat Bunga Telang

Pengenalan

Pernahkah anda mendengar istilah bunga telang sebelum ini? Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga berwarna biru berasal dari keluarga Fabaceae. Tumbuhan ini boleh didapati di Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Di Malaysia, bunga telang ini sering digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu. Warna yang terdapat pada nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga telang ini. Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan minuman seperti teh. Di kawasan Asia, bunga ini sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Kandungan Nutrisi

Satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Teknologi Makanan Universiti Sains Malaysia mengenai komposisi yang terdapat di dalam bunga telang ini. Kenyataan di bawah ini menunjukkan kandungan nutrisi di dalam bunga telang yang ditemui oleh penkaji melalui kajian proximate analysis dan Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectrophotometer (ICP-OES).

  • Karbohidrat: 2.23%
  • Protein: 0.32%
  • Lemak: 2.5%
  • Kalsium: 3.09mg
  • Magnesium: 2.23mg
  • Kalium: 1.23mg
  • Zink: 0.59mg
  • Natrium: 0.14mg
  • Zat Besi: 0.14mg

Komponen Berkhasiat Dalam Bunga Telang

1. Antosianin (anthocyanin)

Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan jingga. Kompenen antosianin ini terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser. Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba.

2. Flavonol glykosida (flavonol glacosides)

Flavonol glykosida adalah sejenis komponen berwarna kuning yang terdapat di dalam bunga telang. Ianya juga boleh didapati pada mana-mana jenis tumbuhan yang lain dan bersifat anti oksida.

3. Triterpenoids

Triterpenoid adalah sejenis komponen yang boleh didapati di dalam tumbuhan herba dan buah seperti epal, kranberi, lavender dan bunga telang. Di kawasan Asia, triterpenoids digunakan di dalam perubatan untuk tujuan anti radang, pelali dan lain-lain.

10 Khasiat Bunga Telang Kepada Kesihatan

1. Mengurangkan paras gula di dalam darah

Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa ekstrak bunga telang mampu untuk mengawal paras gula di dalam darah. Kajian ini dijalankan ke atas haiwan diabetik dan didapati bahawa selepas 14 hari, paras gula di dalam darah haiwan tersebut turun secara signifikan.

2. Bersifat anti mikrobial

Bunga telang didapati mampu untuk megubati beberapa penyakit berjangkit. Kajian menunjukkan daun pokok bunga telang mampu mencegah jangkitan Bacillus cereus dan S. enterica serovar.

3. Mencegah jangkitan helmintik.

Jangkitan helmintik adalah sejenis jangkitan cacing di mana badan akan dijangkiti dengan cacing parasit. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk melumpuhkan dan mematikan cacing tanah di mana masa yang diambik untuk ektstrak ini memberi kesan adalah sangat cepat. Masa untuk ekstrak ini bertindak bergantung kepada kepekatan ekstrak di mana semakin tinggi ekstrak, semakin kurang masa yang diambil oleh cacing untuk lumpuh dan mati.

4. Melindungi hati (liver)

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak bunga telang mampu melindungi hati daripada kerosakkan yang diakibatkan oleh parasitamol dan karbon tetraklorida. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa ekstrak daun bunga telang mampu untuk melindungi hati daripada kesan parasitamol di mana diperhatikan bahwa haiwan yang menerima ekstrak bunga telang mempunyai paras aspartate aminotransferase (AST) dan alanine aminotransferase (AST) yang rendah.

5. Mempertingkatkan sistem neurologi

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatan kebolehan kognitif. Di dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pengambilan ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatkan memori haiwan tersebut.

6. Mempunyai sifat anti oksida

Bunga telang mempunyai pelbagai komponen yang bersifat anti oksida. Di dalam satu kajian, di dapati bahawa ekstrak bunga telang dapat melindungi sel darah merah daripada hemolisis (pecah) dan kerosakan yang disebabkan oleh komponen yang bernama AAPH.

7. Mempunyai sifat antihistamin

Histamin adalah protein yang bertanggungjawab ke atas proses inflamasi ataupun keradangan yang berlaku ke atas badan kita. Clonidine bertanggunjawab ke atas pembebasan histamin oleh sel mast di dalam badan. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, di dapati bahawa akar bunga telang mempunya sifat antihistamin di mana ditemui bahawa ekstrak ini menjadi penghalang catalepsy yang disebabkan oleh clonidine. Catalepsy adalah keadaan di mana sistem saraf tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan hilangnya keboleh gerakkan anggota badan, kurang sensitiviti ke atas rasa sakit dan lain-lain.

8. Menyembuhkan luka

Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas model haiwan, di dapati bahawa ekstrak biji dan akar bunga telang mampu untuk menyembuhkan luka. Kajian menunjukkan ekstrak biji dan akar bunga telang apabila dimakan secara oral ataupun disapu sebagai ubat dapat menyembuhkan tiga jenis luka yang terdapat pada haiwan tersebut.

9. Mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking

Negara India merupakan negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tradisional yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Di India, akar bunga telang digunakan di dalam perubatan tradisional mereka untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya adalah untuk mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking. Akar pokok bunga telang digunakan bersama ubat-ubatan tradisional yang lain untuk mengubati sengatan ini.

10. Baik untuk kitaran haid

Di negara Cuba, hasil rebusan akar dan kelopak bunga telang diannggap sebagai pelancar kitaran haid. Bahagian akar dan kelopak bunga telang yang sudah dipanaskan akan dicampurkan dengan air putih dan diminum pada setiap petang. Amalan ini dipercayai boleh melancarkan kitaran haid dan mengecutkan rahim.

Tuntasnya, terdapat pelbagai manfaat bunga telang ke atas kesihatan. Walaupun kebanyakkan kajian dijalankan ke atas haiwan, namun keberkesanannya menunjukkan potensinya untuk diaplikasikan ke atas manusia.

Walaubagaimanapun, jika anda telah disahkan menghadapi penyakit seperti penyakit kencing manis, darah tinggi atau penyakit-penyakit lain, anda perlulah terus mengambil ubat yang diberikan dan mendengar nasihat daripada doktor.

Diharapkan artikel khasiat bunga telang ini dapat memberikan gambaran yang ringkas berkenaan khasiat bunga ini kepada kesihatan manusia

Khasiat Tumbuh-tumbuhan yang lain

Khasiat KetumbarKhasiat Tongkat Ali
Khasiat TemulawakKhasiat Kacip Fatimah
Khasiat Lidah BuayaKhasiat Mengkudu
Khasiat SaladKhasiat Sawi
Khasiat Daun KariKhasiat Cendawan
Khasiat TomatoKhasiat Bayam Brazil
Khasiat SeraiKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Ubi KayuKhasiat Lobak
Khasiat Kacang BendiKhasiat Bawang Putih
Khasiat BayamKhasiat Bayam Brazil
Khasiat Timun JepunKhasiat Timun
Khasiat Kangkung Khasiat Halia
Khasiat TerungKhasiat Latok
Khasiat SengkuangKhasiat Jering
Khasiat PetaiKhasiat Kacang Botol
Khasiat Bunga TelangKhasiat Peria
Khasiat Kacang PanjangKhasiat Ubi Jaga
Khasiat SaderiKhasiat Avocado
Khasiat Ulam RajaKhasiat Brokoli
Khasiat Pegaga

Rujukan:

  1. Bishayee, A., Ahmed, S., Brankov, N., & Perloff, M. (2011). Triterpenoids as potential agents for the chemoprevention and therapy of breast cancer. Frontiers in bioscience (Landmark edition), 16, 980–996.
  2. G.D., Neda & Mohd Salleh, Rabeta & Ong, Ming Thong. (2013). Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea. International Food Research Journal. 20. 1229-1234. Retrieved from UPM Website
  3. Mukherjee, P. K., Kumar, V., Kumar, N. S., & Heinrich, M. (2008). The Ayurvedic medicine Clitoria ternatea–from traditional use to scientific assessment. Journal of ethnopharmacology, 120(3), 291–301.
  4. Nithianantham, K., Ping, K. Y., Latha, L. Y., Jothy, S. L., Darah, I., Chen, Y., Chew, A. L., & Sasidharan, S. (2013). Evaluation of hepatoprotective effect of methanolic extract of Clitoria ternatea (Linn.) flower against acetaminophen-induced liver damage. Asian Pacific Journal of Tropical Disease, 3(4), 314–319.
  5. Oguis GK, Gilding EK, Jackson MA and Craik DJ (2019) Butterfly Pea (Clitoria ternatea), a Cyclotide-Bearing Plant With Applications in Agriculture and Medicine. Front. Plant Sci. 10:645. doi: 10.3389/fpls.2019.00645
  6. Taur, D. J., & Patil, R. Y. (2010). Antihistaminic activity of Clitoria ternatea L. roots. Journal of basic and clinical pharmacy, 2(1), 41–44. Retrieved from jbclinpharm.org
  7. Upasani, S. V., Beldar, V. G., Tatiya, A. U., Upasani, M. S., Surana, S. J., & Patil, D. S. (2017). Ethnomedicinal plants used for snakebite in India: a brief overview. Integrative medicine research, 6(2), 114–130.
  8. Y.B. Solanki and S.M. Jain, 2012. Wound Healing Activity of Clitoria ternatea L. In Experimental Animal Models. Pharmacologia, 3: 160-168. Retrieved from Sciealert
  9. Wong, C. (2020). The Health Benefits of Anthocyanins. Retrieved from Verywellhealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 18 =