10 Khasiat Timun Jepun Yang Anda Perlu Tahun

khasiat timun jepun

Tahukah anda apakah nutrisi yang terdapat di dalam timun jepun dan kebaikannya kepada kesihatan kita? Artikel ini akan membincangkan mengenai khasiat kesihatan yang ada pada timun jepun.

Pengenalan

Timun adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Cucurbitaceae yang mempunyai pelbagai jenis dan spesis. Walaupun timun berasal dari Asia, ia telah ditanam di pelbagai negara tropikal dan subtropikal di seluruh dunia. Secara asasnya, timun atau nama saintifiknya Cucumis sativus L. mempunyai pelbagai jenis dan antara jenis yang popular adalah timun jepun (Japanese variaties). Berbeza dengan timun biasa, timun jepun mempunyai kulit yang lebih nipis dan rasa yang lebih sedap.  Timun jepun mempunyai kulit yang berwarna hijau gelap, lebih halus, mempunyai tekstur yang rangup dan isi yang manis. Oleh itu, ia biasanya boleh dimakan sebagai ulam, salad atau diletak di dalam masakan.

Kandungan nutrisi

Tidak dinafikan, timun jepun juga mempunyai nutrisi yang baik. Jadual di bawah menunjukkan kandungan nutrisi yang ada di dalam 100g timun jepun.

NutrienJumlah (setiap hidangan 100g)%DV
Kalori (kcal)11.8 
Karbohidrat (g)2.4 
*Jumlah serat1.25
*Jumlah gula1.2 
Protein (g)1.2 
Jumlah lemak (g)
*Kolesterol (g)
0
0
 
Zat besi (mg)0 
Kalsium (mg)0 
Natrium (mg)00
Vitamin A (µg)42.45
Vitamin C (mg)8.515

Nota : DV adalah daily value (nilai harian) yang bermaksud jumlah nutrien dalam satu hidangan yang menyumbang kepada tenaga keperluan harian untuk 2000 kcal.

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa timun jepun mengandungi kalori yang sangat sedikit iaitu hanya kira-kira 11.8kcal dalam setiap 100g timun jepun. Selain itu, majoriti daripada timun jepun juga terdiri daripada air. Ia juga mengandungi vitamin C dan A.

Kandungan Berkhasiat Dalam Timun Jepun

Timun atau timun jepun biasanya kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita. Antara komponen yang dapat ditemui di dalam timun tersebut termasuklah vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Antara vitamin yang boleh didapati di dalam timun termasuklahvitamin A, C, dan K. Di samping itu, timun jepun juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Selain itu, timun juga adalah sumber serat yang bagus di samping mempunyai pelbagai antioksidan. Antara antioksidan yang ditemui di dalam timun ini termasuklah vitamin C, vitamin A, carotene, zeaxanthin, lutein, flavonoid dan cucurbitacin B.

10 Khasiat timun jepun kepada kesihatan

Memandangkan timun jepun mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat timun jepun kepada kesihatan:

1. Menghidratkan tubuh badan

Timun jepun mampu menyegarkan dan menghidratkan tubuh badan memandangkan ia mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu kira-kira hampir 90-95% air. Air adalah komponen penting bagi mengekalkan hidrasi badan kerana badan yang kurang air atau terhidrasi boleh menyebabkan rasa sakit kepala, rasa terlampau letih, masalah kulit, kekejangan otot atau masalah tekanan darah rendah.

Selain itu, timun jepun juga mempunyai eloktrolit penting seperti kalium yang boleh membantu mengawal kesimbangan tubuh badan. Oleh itu, selain sumber air minuman, timun jepun juga boleh membekalkan sumber air untuk badan kekal hidrat.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Timun jepun juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah sekaligus mampu mencegah penyakit diabetes. Hal ini kerana kandungan timun jepun yang tinggi antioksidan yang boleh membantu mengawal rembesan hormon insulin yang berperanan mengawal paras gula dalam darah.

Timun jepun juga mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan A, carotene, zeaxanthin dan lutein yang berperanan melindungi badan daripada tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan diabetes.

Di samping itu, timun jepun juga kaya dengan serat yang boleh melambatkan proses penyerapan gula dalam darah seterusnya boleh mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak sekaligus boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Artikel Berkaitan: Tanda tanda Kencing Manis dan Rawatan

3. Mengawal tekanan darah

Timun jepun juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Ia mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah seterusnya menurunkan dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.  Selain itu, serat yang ada di dalam timun jepun juga boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Artikel Berkaitan: Tanda tanda Tekanan Darah Tinggi

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Timun jepun juga baik untuk kesihatan jantung. Hal ini kerana timun jepun tinggi dengan serat yang boleh mengawal kolesterol dalam badan sekaligus mampu mengurangkan risiko penyakit jantung

Artikel Berkaitan: Tanda tanda Sakit Jantung dan Rawatan

5. Baik untuk sistem penghadaman

Di samping itu, timun jepun juga bagus untuk sistem penghadaman dan boleh mengelakkan masalah seperti sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat penting untuk sistem penghadaman badan kerana fungsinya yang boleh meningkatkan kadar pergerakan usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.

6. Membantu menurunkan berat badan

Tambahan lagi, timun jepun juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana timun jepun mempunyai serat yang boleh memberi rasa kenyang dan puas apabila dimakan sekaligus mencegah seseorang daripada makan berlebihan. Serat yang ada di dalam timun jepun juga boleh mememberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Di samping itu, timun jepun juga rendah dengan kalori di mana pengambilannya dapat mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Oleh itu, ia sesuai untuk diambil sebagai snek sihat bagi menggantikan snek tidak sihat seperti pastri, coklat atau kek ketika proses menurunkan berat badan.

7. Tinggi dengan antioksidan

Timun jepun juga adalah sumber makanan yang tinggi dengan antioksidan. Antara antioksidan yang terdapat dalam timun jepun termasuklah vitamin C, vitamin A, carotene, zeaxanthin, lutein dan flavonoid yang berperanan melawan radikal bebas sekaligus mampu mencegah penyakit. Timun jepun juga mengandungi komponen cucurbitacin B yang boleh melawan pembentukan sel kanser sekaligus berpotensi mencegah kanser.

8. Mencegah keradangan

Selain itu, timun jepun juga berpotensi untuk mencegah keradangan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular. Hal ini kerana kandungan antioksidan dan serat yang terdapat di dalam timun jepun yang mempunyai sifat antiradang sekaligus berpotensi menjadi terapi pencegahan dan mengurangkan kesakitan akibat keradangan.

9. Baik untuk kesihatan kulit

Selain itu, timun jepun juga bagus untuk kesihatan kulit dan berpotensi untuk mencegah masalah penuaan dan kedutan di wajah. Penggunaan timun jepun juga berpotensi melegakan mata bengkak dan kesan terbakar di wajah.

10. Bagus untuk kesihatan tulang

Akhir sekali, timun jepun juga bagus untuk kesihatan tulang memandangkan ia juga mengandungi vitamin K yang memainkan peranan penting untuk kesihatan tulang. Vitamin K boleh membantu memberi sokongan untuk tulang yang kuat, meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa timun jepun mempunyai pelbagai komponen penting seperti antioksidan, vitamin dan mineral yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita. Timun jepun berperanan penting untuk kesihatan tubuh badan seperti menghidratkan badan,mengawal paras gula dan tekanan darah, bagus untuk kesihatan jantung, sistemp penghadaman, kulit dan tulang. Ia juga tinggi antioksidan, berpotensi mencegah keradangan dan membantu menurunkan berat badan. Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat minyak kelapa dara.

Rujukan

  1. Berkeley Wellness. (2015). Types of Cucumber. Retrieved April 3, 2021, from
  2. Eat this Much. (2021). Japanese Cucumbers Nutrition Facts – Eat This Much. Retrieved April 3, 2021, from
  3. Marissa Miller. (2019). 10 Health Benefits Of Cucumbers.
  4. Uthpala, T. G. G., Marapana, R. A. U. J., Lakmini, K. P. C., & Wettimuny, D. C. (2020). Nutritional Bioactive Compounds and Health Benefits of Fresh and Processed Cucumber ( Cucumis Sativus L .). Sumerianz Journal of Biotechnology, 3(9), 75–82.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 6 =

Open

Close