Berminat menjadi Penulis Root of Science

Kami daripada Root of Science sedang mencari individu yang suka berkongsi dan menulis artikel berkaitan dengan sains. Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang Cakna dengan isu sains dan update terkini berkaitan dengan sains melalui penulisan yang santai dan mudah difahami oleh masyarakat.

Jika anda tergolong dalam bidang-bidang ini, maka anda sesuai untuk menulis di laman kami. Bidangnya adalah:

  • Perubatan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Psikologi
  • Dan apa-apa bidang yang berkaitan dengan sains

Setiap artikel perlu memenuhi kriteria dibawah

  • Artikel perlu melebihi 600 patah perkataan
  • Perlu menggunakan bahasa yang mudah
  • Jika ada istilah saintifik yang digunakan, istilah tersebut perlu diterangkan dengan bahasa yang mudah
  • Perlu mengandungi subtopik untuk memudahkan pembacaan pembaca
  • Menggunakan medium bahasa melayu

Isi borang dibawah ini jika anda berminat untuk menjadi penulis Root of Science

Pembayaran

Setiap artikel akan diberikan imbuhan sebanyak RM20.

Kami mengetahui bahawa imbuhan ini bukanlah kadar pembayaran yang sepatutnya diterima oleh anda kerana kepakaran yang anda ada adalah sesuatu yang lebih mahal.

Tetapi ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada penulis untuk berterusan menyumbang artikel ke laman Root of Science.

Pihak Root of Science mungkin memerlukan beberapa hari untuk memproses artikel yang dihantar. Selepas itu, barulah penulis akan dibayar dengan kadar di atas.

Hak Cipta

Dari segi hakcipta, ia lebih kepada partial copyright. Kami mempunyai hak untuk menerbitkan ia dalam bentuk digital sahaja iaitu dalam Laman web rootofscience. Pihak Root of Science juga tidak akan membuang artikel daripada laman web kami tanpa sebab yang kukuh.

Nama penulis artikel akan diletakkan di dalam artikel yang ditulis.

Penulis mempunyai hak untuk membukukan penulisan yang dibuat dalam website ini.

Jika pihak root of science ingin membuat buku hasil daripada penulisan anda, maka kami akan berbincang dengan penulis terlebih dahulu untuk tujuan kebenaran dan juga perbincangan berkenaan royalti.

Akhir kata

Terima kasih kerana sudi menjadi penulis Root of Science