Skip to content

10 Khasiat Halia Terhadap Kesihatan

Apakah khasiat halia pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat tersebut pada badan dan kesihatan.

Halia atau Ginger dalam saintifik ialah Zingiber officinale Roscoe. Berasal daripada family Zingiberaceae dan genus Zingiber . Halia mempunyai phenolic seperti gingerol, shogaols, zingiberene, and zingerone. Phenolic ini pula ialah sejenis sebatian kimia yang mempunyai kebaikan terhadap kesihatan manusia. Halia mempunyai aroma dan rasa yang unik berasal daripada gingerol yang mempunyai khasiat terhadap kesihatan dan ramai tidak ketahui.

Khasiat halia terhadap kesihatan badan

Terdapat beberapa khasiat halia yang dikatakan berkesan kepada badan adalah:

1. Mengurangkan simptom loya

Halia adalah sejenis tumbuhan yang sangat berkesan dalam melegakan loya. Halia mampu membantu mengurangkan loya dan muntah terutamanya bagi yang telah menghadapi pembedahaan yang menggunakan ubat bius. Sering kali selepas pembedahan, seseorang akan mengalami rasa loya-loya dan muntah. Mengambil halia mampu melegakan simptom ini.

Halia juga mampu mengurangkan kesan kemoterapi kanser seperti loya. Sering seseorang mengalami simptom loya, muntah dan penat selepas menjalani kemoterapi. Dengan mengambil halia mampu mengurangkan kesan kemoterapi tersebut.

Malah, halia sangat berkesan pada ibu mengandung yang mempunyai ‘morning sickness’. Di dalam satu kajian, pengambilan halia 1.1g- 1.5g mampu mengurangkan simptom loya.

2. Membantu sistem penghadaman

Bagi yang menghadapi masalah penghadaman seperti masalah sakit yang berulang, tidak selesa pada bahagian atas perut dan rasa senak, dengan mengambil halia mampu mengatasi masalah tersebut. Halia terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan. Kajian mendapati dengan mengambil halia dapat mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan simptom tersebut.

3. Mengurangkan kesakitan ketika haid

Penggunaan halia secara tradisional telah lama diperkenalkan untuk melegakan kesakitan. Pengambilan halia mampu mengurangkan kesakitan kerana mempunyai kesan kecekapan seperti ubat tahan sakit yang lain seperti mefenamic acid, ibuprofen, and zinc sulfate. Kajian mendapati halia mampu mengurangkan kesakitan semasa awal kedatangan haid. Di mana, pengambilan halia 2 hari sebelum kedatangan haid mampu mengurangkan kesakitan akibat haid.

4. Membantu menurunkan berat badan

Halia dapat membantu menurunkan berat badan dalam kajian terhadap manusia dan tikus makmal. Terdapat kajian mengatakan halia mampu mengurangkan berat badan, nisbah pinggang-pinggul, dan nisbah pinggul dalam kalangan obesiti dan berat badan berlebihan.

Malah, terdapat juga kajian di mana halia mampu menurunkan indeks jisim tubuh (BMI). Namun, kajian tersebut mengambil halia dalam kuantiti yang banyak iaitu 2g serbuk halia sehari selama 12 minggu.

Halia mampu memberikan kesan positif kepada obesiti dan pengurangan berat badan. Namun, harus di ingat kemampuan halia mempengaruhi penurunan berat badan mungkin berkait rapat dengan mekanisme lain seperti potensi halia dalam meningkatkan kalori terbakar. 

Jika ingin melakukan perkara ini, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

5. Mengurangkan keradangan – Osteoarthritis.

Osteoarthritis sangat biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Osteoarthritis ialah apabila berlaku kemerosotan sendi pada tubuh badan sehingga terdapat simptom seperti sakit pada sendi dan sendi menjadi keras (stiffness). Pengambilan halia 500g sehari selama 3 minggu mampu mengurangkan keradangan osteoarthritis terutamanya osteoarthritis pada lutut.

6. Mengurangkan paras gula dalam darah

Walaupun kajian ini masih baru lagi, namun halia mempunyai sifat anti-diabetik. 2 gram halia mampu menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 12%. Malah, dalam kajian dalam tempoh jangka masa yang panjang, halia mampu menurunkan bacaan HbA1c dalam masa 12 minggu sebanyak 10%. Namun, kajian lain perlu dilakukan dalam jumlah skala yang ramai untuk menyarankan pengambilan halia bagi membantu kawalan kencing manis. Ini kerana, kajian ini hanya dilakukan dalam skala yang kecil sehingga mampu memberikan hasil kajian yang positif.

7. Mengurangkan paras cholesterol

Cholesterol jahat iaitu low density lipoprotein (LDL) yang tinggi di dalam darah meningkatkan risiko penyakit jantung. Kajian mendapati pengambilan 5g halia selama 3 bulan mampu menurunkan bacaan cholesterol sebanyak 17.4%. Tetapi hasil dari kajian ini, pengambilan halia terlalu banyak sehingga memberikan rasa yang tidak enak pada mulut sehinggakan peserta yang terlibat di dalam kajian terpaksa menarik diri daripada kajian. Terdapat juga kajian terhadap pengambilan halia (di dalam kapsul) dan mendapati penurunan cholesterol sebanyak 10% selama 45 hari.

8. Mencegah kanser

Umumnya, pengeluaran berlebihan radikal bebas seperti reactive oxidative species (ROS) menyebabkan banyak penyakit kronik. Salah satunya ialah penyakit kanser. Kaedah penyediaan halia ini memainkan peranan kepada aktiviti antioksidan di dalam halia tersebut. Lagi tinggi aktiviti antioksidan, lagi kurang radikal bebas dikeluarkan. Bermaksud, kurang risiko medapat penyakit kronik.

Aktiviti antioksidan berbeza mengikut kaedah penyediaan dan cara memasak. Halia yang sudah dikeringkan mempunyai antioksidan yang tinggi, diikuti halia yang ditumis, halia yang dipanggang dan akhir sekali halia segar. Di mana kandungan gingerols (polyphenolic) di dalam halia memainkan peranan di dalam aktiviti antioksidan ini. Namun, sekiranya halia yang dikeringkan itu ditumis ataupun di panggang aktiviti antioksidan tersebut berkurangan kerana gingerols telah bertukar kepada shogaols (polyphenolic).

9. Membantu fungsi otak dan melawan penyakit Alzheimer

Keradangan kronik dan oxidative stress boleh mempercepatkan proses penuaan dan menjadi punca kepada penyakit Alzheimer. Kajian mendapati, pengambilan halia mampu meningkatkan fungsi otak seperti reaksi terhadap masa dan memori. Ianya juga mampu mencegah kemerosotan terhadap fungsi otak disebabkan faktor umur.

10. Boleh membantu sistem pertahanan badan

Halia mempunyai gingerols yang membantu mengurangkan risiko jangkitan. Malah, halia mampu melawan bakteria dan virus yang jahat. Kajian mendapati halia mampu melawan bakteria yang berkaitan dengan periodontitis dan gingivitis iaitu penyakit berkaitan keradangan pada gusi ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, halia mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Ianya boleh di ambil secara segar, kering, serbuk, sebagai minyak ataupun jus. Ianya juga telah lama digunakan sebagai ramuan wajib di dalam masakan, dan ada juga digunakan di dalam makanan yang diproses, malah di dalam kosmetik juga.

Artikel Berkaitan: Cara Tanam Halia

Khasiat Tumbuh-tumbuhan yang lain

Khasiat AvocadoKhasiat Serai
Khasiat BrokoliKhasiat Ubi Kayu
Khasiat PeriaKhasiat Kacang Bendi
Khasiat SawiKhasiat Saderi
Khasiat CendawanKhasiat Ulam Raja
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Pegaga
Khasiat Ubi KeledekKhasiat Salad
Khasiat LobakKhasiat Daun Kari
Khasiat Bawang PutihKhasiat Tomato
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Bayam
Khasiat TimunKhasiat Timun Jepun
Khasiat HaliaKhasiat Kangkung
Khasiat LatokKhasiat Terung
Khasiat JeringKhasiat Sengkuang
Khasiat Kacang BotolKhasiat Petai
Khasiat MengkuduKhasiat Bunga Telang
Khasiat Ubi JagaKhasiat Kacang Panjang
Khasiat Tongkat AliKhasiat Ketumbar
Khasiat Kacip FatimahKhasiat Temulawak
Khasiat Lidah Buaya

Rujukan

  1. Anh, N. H., Kim, S. J., Long, N. P., Min, J. E., Yoon, Y. C., Lee, E. G., Kim, M., Kim, T. J., Yang, Y. Y., Son, E. Y., Yoon, S. J., Diem, N. C., Kim, H. M., & Kwon, S. W. (2020). Ginger on Human Health: A Comprehensive Systematic Review of 109 Randomized Controlled Trials. Nutrients12(1), 157.
  2. Mao, Q. Q., Xu, X. Y., Cao, S. Y., Gan, R. Y., Corke, H., Beta, T., & Li, H. B. (2019). Bioactive Compounds and Bioactivities of Ginger (Zingiber officinale Roscoe). Foods (Basel, Switzerland)8(6), 185.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − 4 =