Skip to content

10 Khasiat Kacang Bendi yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat kacang bendi? Artikel ini akan membincangkan berkenaan khasiat kacang bendi kepada kesihatan yang perlu kita ketahui

Sayur bendi sering dijadikan pelengkap kepada hidangan kari, selain dinikmati begitu sahaja sebagai ulam atau digoreng bersama cili. Tumbuhan yang berasal dari Afrika Tengah ini banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Secara teknikal, bendi diklasifikasikan sebagai sayuran buah yang berlendir. Lendir daripada sayur bendi turut digunakan untuk memekatkan sos tomato. Tahukah anda akan kebaikan sayur ini daripada sudut kesihatan? Artikel ini akan membincangkan 10 khasiat sayur bendi.

1. Mengawal gula dalam darah

Seperti kebanyakan tumbuhan lain, bendi juga tinggi dengan kandungan serat. Serat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan gula daripada usus. Selain itu, fungsi ini juga berpotensi mencegah kerosakan buah pinggang, memandangkan kebanyakan penyakit buah pinggang berpunca daripada kencing manis yang tidak dikawal.

2. Merawat masalah penghadaman

Lenggai sayur bendi yang belum matang mengandungi polisakarida. Polisakarida ialah karbohidrat yang turut mempunyai sifat anti-lekat. Di dalam sistem penghadaman manusia, polisakarida ini membantu mencegah bakteria daripada melekat pada tisu perut, sekaligus mengelakkan pembiakannya. Sebagai contoh, komponen ini dapat mencegah pembiakan Helicobacter pylori yang berisiko menyebabkan gastritis dan ulser perut.

3. Meningkatkan kesihatan kulit

Lima batang sayur kacang bendi mampu membekalkan 11 miligram vitamin C, iaitu bersamaan 16% daripada saranan pengambilan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C ialah salah satu antioksidan yang membantu proses pertumbuhan dan pembaikan tisu kulit. Oleh sebab itu, bendi mampu melambatkan proses penuaan kulit, di samping melindungi tubuh kita daripada kerosakan akibat radikal bebas.

4. Membantu proses pembekuan darah

Selain vitamin C, kacang bendi juga merupakan salah satu sumber vitamin K yang baik. Tubuh kita memerlukan vitamin K bagi menjalan proses pembekuan darah. Individu yang sering mengalami pendarahan gusi dan hidung atau aliran haid yang berlebihan mungkin mempunyai komposisi darah yang cair. Sumber vitamin K dapat memperbaiki kebolehan tubuh untuk memastikan proses pembekuan darah yang efisien.

5. Meningkatkan kesihatan jantung

Kandungan serat larut di dalam sayur bendi berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Perkara ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, bendi juga mengandungi pektin yang berupaya mengubah suai penghasilan asid hempedu di dalam usus, dan seterusnya turut membantu mengurangkan kolesterol.

Selain itu, kandungan polifenol dalam sayur bendi berupaya mengurangkan penanda keradangan yang dikaitkan dengan penyakit jantung.

6. Memperbaik daya penglihatan

Vitamin A dan beta-karotena merupakan nutrien penting dalam memastikan kesihatan mata dan penglihatan. Sayur bendi merupakan sumber vitamin A yang baik! Di samping itu, kandungan ini juga mampu mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan.

7. Mengurangkan risiko kanser

Terdapat sejenis komponen yang terkandung di dalam kacang bendi dan dikenali sebagai lektin. Lektin mampu mencegah pembentukan sel kanser. Satu kajian tabung uji terhadap sel kanser payudara membuktikan bahawa lektik dalam sayur bendi dapat mengurangkan pertumbuhan sel tersebut sehingga 63%. Ekstrak sayur bendi juga didapati menyebabkan kematian sel kanser.

Namun begitu, kajian lebih mendalam terhadap tubuh manusia masih diperlukan bagi membuktikan khasiat ini.

8. Baik untuk ibu mengandung

Salah satu nutrien penting bagi wanita mengandung ialah vitamin B9 atau folat. Pengambilan folat yang mencukupi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang akan membantutkan perkembangan otak dan tulang belakang fetus yang sedang membesar. 100 gram kacang bendi dapat membekalkan kira-kira 15% daripada keperluan folat harian wanita.

9. Mencegah osteoporosis

Di samping membantu proses pembekuan darah, kandungan vitamin K dalam sayur bendi juga berfungsi untuk mencegah masalah tulang seperti osteoporosis. Selain kalsium, vitamin K juga berpotensi menguatkan tulang serta mencegah keretakan.

10. Mencegah stres

Melalui kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal, ekstrak kacang bendi didapati mempunyai kesan antioksida dan anti-stres. Pengurusan tahap stres juga merupakan salah satu langkah penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Stres pada tahap yang tinggi dan berpanjangan berisiko menaikkan paras gula.

Diharapkan artikel khasiat kacang bendi ini akan memberikan sedikit sebanayak pengetahuan kepada para pembaca kepada kebaikan sayur ini.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan yang lain

Khasiat SeraiKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Ubi KayuKhasiat Lobak
Khasiat Kacang BendiKhasiat Bawang Putih
Khasiat SaladKhasiat Sawi
Khasiat Daun KariKhasiat Cendawan
Khasiat TomatoKhasiat Bayam Brazil
Khasiat SaderiKhasiat Avocado
Khasiat Ulam RajaKhasiat Brokoli
Khasiat PegagaKhasiat Peria
Khasiat BayamKhasiat Bayam Brazil
Khasiat Timun JepunKhasiat Timun
Khasiat Kangkung Khasiat Halia
Khasiat TerungKhasiat Latok
Khasiat SengkuangKhasiat Jering
Khasiat PetaiKhasiat Kacang Botol
Khasiat Bunga TelangKhasiat Mengkudu
Khasiat Kacang PanjangKhasiat Ubi Jaga
Khasiat KetumbarKhasiat Tongkat Ali
Khasiat TemulawakKhasiat Kacip Fatimah
Khasiat Lidah BuayaKhasiat Serai

Rujukan

  1. Fekadu, G. H., Retta, N., Desse, H. G., Woldegiorgis, A., Beyene, F. (2015). Nutritional Quality and Health Benefits of “Okra” (Abelmoschus esculentus): A Review. J. Food Process Technol.. 25. 16-25. 10.11648/j.ijnfs.20150402.22.
  2. Jabatan Pertanian Sarawak. Kacang Bendi.
  3. Rizzo, N. (2019). 7 Nutrition and Health Benefits of Okra. – Healthline
  4. Ware, M. (2019). Benefits and Uses of Okra. -Medical News Today
  5. Watson, K. (2019). Benefits of Okra for Diabetes. – Healthline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 16 =