Skip to content

10 Khasiat Kacang Botol Yang Anda Perlu tahu

Apakah khasiat dan kebaikan kacang botol pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kacang botol, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Kacang botol atau nama saintifiknya Psophocarpus tetragonolobus tergolong dalam kumpulan leguminosa. Sesetengah orang juga memanggil kacang botol sebagai kacang botor. Kacang botol selalu dimasak menjadi sayur atau dimakan menjadi ulam bagi masyarakat di Malaysia. Namun, apakah khasiat dan nutrisi sebenar yang terkandung di dalam kacang botol? Teruskan membaca artikel jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut kandungan nutrisi, kebaikan dan khasiat memakan kacang botol.

Kandungan nutrisi

Kacang botol mengandungi banyak kandungan nutrisi yang sangat baik untuk dimakan. Kacang botol boleh dijadikan snek sihat disebabkan kandungan lemak juga kalori yang rendah selain mengandungi protein dan serat yang tinggi. 100 gram kacang botol mengandungi sebanyak 49kcal jumlah tenaga, 0.795mg asid pantothenik, 0.45mg asid riboflavin dan 0.175mg vitamin B6. Selain mengandungi kandungan mineral yang baik dan tinggi, kacang botol juga mengandungi kandungan vitamin A dan vitamin C yang tinggi. Berikut merupakan ringkasan kandungan nutrisi bagi 100gram berat kacang botol segar.

  • Tenaga (kcal) : 49.00 kcal
  • Karbohidrat (g) : 4.31 g
  • Protein (g) : 6.95 g
  • Lemak (g) : 0.87 g
  • Kolesterol (mg) : tiada   
  • Folat (mcg) : 66.00 mcg
  • Niasin (mg) : 0.90 mg
  • Asid Pantotenik (mg) : 0.059 mg
  • Piridoksin (mg) : 0.113 mg
  • Riboflavin (mg) : 0.10 mg
  • Tiamin (mg) : 0.14 mg
  • Vitamin A (IU) : 128 IU
  • Vitamin C (mg) : 18.3 mg
  • Sodium (mg) : 4.0 mg
  • Potasium (mg) : 240.0 mg
  • Kalsium (mg)  : 84.0 mg
  • Tembaga (mcg) : 0.051 mcg
  • Zat Besi (mg) : 1.5 mg
  • Magnesium (mg) : 34.0 mg
  • Fosforus (mg) : 37.0 mg
  • Selenium (mcg) : 1.50 mcg
  • Zink (mg) : 0.39 mg

Komponen sihat dalam kacang botol

Semua bahagian tanaman kacang botol sebenarnya boleh dimakan. Daun, bunga dan kacang botol boleh dimakan mentah atau dimasak. Setiap bahagian ini mengandungi vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan lain-lain. Batang lembut merupakan bahagian yang paling banyak dimakan manakala bunga kacang botol pula digunakan sebagai hiasan produk pastri. Selain itu, daun muda kacang botol boleh dipetik dan dimasak sebagai sayuran daun yang lain. Buahnya yang muda dan lembut pula boleh dijadikan sayuran mentah atau diolah menjadi sayur kerabu, digoreng, atau ditumis.

10 Khasiat kacang botol

1. Meningkatkan Imuniti Badan dan Mengurangkan Keradangan

Kacang botol kaya dengan vitamin C dan vitamin A. Memakan kacang botol sebenarnya boleh membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Kacang botol yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dapat membantu badan untuk menghalang dari sebarang jangkitan penyakit.

Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam kacang botol juga bertindak sebagai anti-radang. Sifat antioksidan yang dimiliki oleh vitamin A, vitamin C dan selenium membantu mengurangkan risiko kekurangan superoksida termutasi (SOD) dan seterusnya dapat membantu mengurangkan bengkak bagi pesakit yang mengalami radang seperti pesakit arthritis.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan dan Membina Otot

Disebabkan kacang botol mempunyai kalori dan lemak yang rendah serta jumlah protein yang agak tinggi, kacang botol sesuai untuk dijadikan makanan untuk mengurangkan berat badan. Kacang botol yang mempunyai kandungan serat dapat membantu individu yang ingin menurunkan berat badan merasa cepat kenyang dan membolehkannya kenyang dengan lebih lama sehingga masa makan yang seterusnya. Serat yang terdapat di dalam kacang botol juga dapat mengurangkan rasa lapar yang berterusan dan mengurangkan rasa ingin makan makanan yang manis dan berlemak.

Selain daripada menurunkan berat badan, kacang botol membantu dalam membina otot-otot badan kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Disamping membantu membina otot, protein yang terdapat di dalam kacang botol dapat membantu memperbaiki otot-otot di dalam badan. Pengambilan kacang botol secara berkala amat bermanfaat bagi membekalkan protein ketika pembinaan otot badan dan menurunkan berat badan.

3. Meningkatkan Tenaga dan Membantu Mengisi Keperluan Nutrisi

Kacang botol yang mengandungi fosforus dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan tenaga harian. Hal ini seterusnya amat membantu untuk mengurangkan keletihan dan lemah otot. Jumlah karbohidrat yang terdapat di dalam kacang botol dapat membekalkan dan meningkatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan.

Oleh sebab itu, kacang botol boleh mengisi kekurangan nutrisi di dalam badan. Pengambilan kacang botol yang mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin amat membantu dalam mengembalikan tahap nutrisi pada kadar normal mengikut keperluan badan. Jika anda kerap berasa lesu, memakan kacang botol mungkin dapat membantu.

4. Membantu bagi Ibu-ibu Sebelum dan Selepas Bersalin

Ketika mengandung, ibu-ibu memerlukan jumlah folat yang banyak untuk membantu tumbesaran bayi di dalam kandungan. Kacang botol merupakan salah satu sumber yang kaya dengan jumlah folat. Folat di dalam kacang botol boleh menyokong dan membantu pembentukan bayi di dalam kandungan seterusnya mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi. Seiring dengan kandungan folat, sumber zat besi yang terdapat di dalam kacang botol juga boleh menurunkan risiko berlakunya anemia pada ibu yang mengandung.

Anemia ketika mengandung amat merbahaya kerana boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Selain itu, ibu yang selepas bersalin juga boleh memakan kacang botol kerana kacang botol dapat membantu dalam proses pencernaan dan mencegah sembelit. Serat yang terdapat di dalam kacang botol selain membantu mengelakkan sembelit juga mampu mengurangkan risiko kekembungan perut.

5. Mengurangkan Risiko Diabetes dan Melindungi DNA

Kacang botol dapat membantu dalam mengurangkan risiko berlakunya diabetes. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium bersama vitamin D dapat dijadikan salah satu pencegahan penyakit diabetes. Hal ini demikian kerana kacang botol mempunyai jumlah kalsium yang agak tinggi. Gabungan kalsium dan vitamin D dapat menstabilkan metabolisma glukosa di dalam badan dan memberi kesan kepada sel pankreas untuk menghasilkan rembesan insulin selaras dengan kadar gula darah.

Dengan keseimbangan kadar gula di dalam darah, kacang botol dapat mencegah berlakunya diabetes. Selain itu, kacang botol juga mempunyai vitamin A yang sangat baik untuk badan. Vitamin A ini dapat membantu melindungi DNA di dalam badan daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Artikel Berkaitan: Kencing manis dan Rawatannya

6. Meningkatkan Keanjalan Kulit dan Mencegah Penuaan Pramatang

Seperti yang disebutkan di atas, pengambilan kacang botol secara berkala sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan vitamin C yang terdapat di dalam kacang botol boleh mengurangkan kerosakan kulit dari dalam dan luar seterusnya mengekalkan keanjalan kulit.

Kandungan vitamin C di dalam kacang botol seterusnya merangsang pertumbuhan kolagen di dalam kulit untuk mengelakkan permukaan kulit menjadi kering, kusam dan berkedut. Vitamin C, vitamin A dan selenium yang terdapat di dalam kacang botol dapat membantu melawan radikal bebas di dalam badan dan mengurangkan risiko penuaan pramatang.

7. Mengurangkan Sakit Kepala dan Migrain

Kandungan asid amino triptofan sebanyak 1.08g bagi setiap 100gram kacang botol sebenarnya sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan kepala yang disebabkan tekanan dan ketegangan. Triptofan terbukti dalam banyak kajian membantu mengurangkan risiko berlakunya sakit kepala dan migrain. Hal ini demikian kerana, triptofan membantu dalam penghasilan serotonin. Serotonin ini seterusnya membantu menghilangkan gejala sakit kepala dan migrain yang disebabkan oleh cahaya.

8. Membantu dalam Penyakit Asma

Individu yang menghidap asma bolehlah mengambil kacang botol bagi mengurangkan risiko berlakunya serangan asma. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam kacang botol sebenarnya dapat membantu merehatkan otot-otot bronkus dalam sistem pernafasan. Hal ini seterusnya membantu penderita asma kronik dalam menangani gangguan serangan asma. Kandungan magnesium di dalam kacang botol juga dapat membantu pernafasan menjadi lebih baik dan terkawal. Oleh itu, pesakit asma boleh mencuba mengambil kacang botol sebagai makanan pelengkap secara berkala.

9. Meningkatkan Kesihatan Tulang dan Memperbaiki Penglihatan

Kandungan kalsium dalam kekacang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh terutamanya untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang mencukupi dari pelbagai sumber dapat membantu menjaga kesihatan tulang dan seterusnya mengelakkan risiko berlakunya penyakit osteoporosis.

Selain dari kalsium, kandungan tiamin di dalam kacang botol dibuktikan dapat merawat masalah yang berkaitan dengan penglihatan. Penggunaan dan memakan kacang botol secara berkala dapat membantu mencegah timbulnya penyakit seperti glaukoma dan katarak mata. Tiamin juga dapat membantu meningkatkan keupayaan untuk menghantar isyarat otot dan saraf yang sangat penting dalam penglihatan dan fikiran.

10. Membantu Membuat Darah dan Meningkatkan Darah dalam Badan

Kacang botol sesuai diambil bagi individu yang mengalami gejala kurang darah merah. Pengambilan kacang botol secara berkala dapat membantu dalam penghasilan darah disebabkan kandungan folik asidnya yang tinggi. Seterusnya, kacang botol boleh dimakan untuk mencegah berlakunya anemia. Selain itu, individu yang menghadapi masalah kurang zat besi juga boleh mengambil kacang botol sebagai salah satu hidangan pelengkap bagi membantu penghasilan haemoglobin di dalam badan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kacang botol memang mengandungi pelbagai khasiat yang tersendiri yang baik untuk dimakan. Kacang botol boleh dimakan bersama ulam-ulaman lain atau sayur-sayuran lain untuk mendapatkan khasiat optimum. Bagi individu yang alergi terhadap kekacang dan menghidap penyakit kekurangan enzim G6PD harus berhati-hati untuk mengambil kacang botol. Ambillah kacang botol secara bersederhana mengikut jumlah yang disarankan.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan yang lain

Khasiat AvocadoKhasiat Petai
Khasiat BrokoliKhasiat Bunga Telang
Khasiat PeriaKhasiat Ketumbar
Khasiat SawiKhasiat Temulawak
Khasiat CendawanKhasiat Ulam Raja
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Pegaga
Khasiat Ubi KeledekKhasiat Salad
Khasiat LobakKhasiat Daun Kari
Khasiat Bawang PutihKhasiat Tomato
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Serai
Khasiat TimunKhasiat Ubi Kayu
Khasiat HaliaKhasiat Kacang Bendi
Khasiat LatokKhasiat Terung
Khasiat JeringKhasiat Sengkuang
Khasiat Kacang BotolKhasiat Bayam
Khasiat MengkuduKhasiat Timun Jepun
Khasiat Ubi JagaKhasiat Kacang Panjang
Khasiat Tongkat AliKhasiat Kangkung
Khasiat Kacip FatimahKhasiat Saderi
Khasiat Lidah Buaya

Rujukan:

  1. Ahmad, N. I., Daud, S. F., Sulaiman, L. H., Mahiyuddin, W. R. W., Abdullah, A., & Abdullah, M. P. (2010). Tabiat pengambilan ulam-ulaman di kalangan orang dewasa pelbagai etnik di Selangor. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia (Malaysian Journal of Health Sciences), 8(2).
  2. Chay, S. Y., Salleh, A., Sulaiman, N. F., Abidin, N. Z., Hanafi, M. A., Zarei, M., & Saari, N. (2018). Blood-pressure lowering efficacy of winged bean seed hydrolysate in spontaneously hypertensive rats, peptide characterization and a toxicity study in Sprague-Dawley rats.Food & function,9(3), 1657-1671.
  3. Chromatography Tandem Mass Spectrometry.Journal of nutritional science and vitaminology,63(1), 69-80.
  4. Cho, I. S., Lee, S. H., Park, C. M., & Kim, S. H. (2017). Phosphorylation Properties of Recombinant OsCPK11, a Calcium-dependent Protein Kinase from Rice.생명과학회지,27(12), 1393-1402.
  5. Cordain, L., Toohey, L., Smith, M. J., & Hickey, M. S. (2000). Modulation of immune function by dietary lectins in rheumatoid arthritis. British Journal of Nutrition, 83(3), 207-217.
  6. Cuvelier, K., Storsley, J., Mollard, R., Thandapilly, S. J., & Ames, N. (2017). A Review of the Impact of Whole Pulses on Glycemic Response.Cereal Foods World,62(2), 53-58.
  7. Fagbenro, O. A. (1999). Comparative evaluation of heat-processed Winged bean (Psophocarpus tetragonolobus) meals as partial replacement for fish meal in diets for the African catfish (Clarias gariepinus). Aquaculture, 170(3-4), 297-305.
  8. Higuchi, M., Inoue, K., & Iwai, K. (1984). Occurrence of TwoElectrophoretically Different Lectins in Winged Bean.Agricultural and biological chemistry,48(8), 2177-2180.
  9. Jena, A. K., Deuri, R., Sharma, P., & Singh, S. P. (2018). Underutilized vegetable crops and their importance.Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry,7(5), 402-407.
  10. Kadam, S. S., Salunkhe, D. K., & Luh, B. S. (1984). Winged bean in human nutrition.Critical Reviews in Food Science & Nutrition,21(1), 1-40.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 − 2 =