Skip to content

10 Khasiat Buah Epal yang Perlu Anda Tahu

Apakah khasiat buah epal pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat dan kebaikan buah epal, kandungan nutrisi dan juga kompoun sihat di dalam buah ini.

Pengenalan

Buah epal merupakan buah yang tidak asing lagi dalam negara kita. Walaupun ianya bukan buah-buahan tempatan, namun ianya tetap digemari oleh rakyat Malaysia. Buah epal atau nama saintifiknya Malus Domestica merupakan sejenis buah berkulit hijau atau merah dan mempunyai isi berwarna putih. Buah epal turut digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan makanan seperti penghasilan jus minuman, jam buah, gula-gula dan banyak lagi. Namun apakah kebaikan yang ditawarkan oleh buah epal ini? Artikel ini membincangkan dengan lebih terperinci akan kebaikan buah epal terhadap kesihatan.

Kandungan Nutrisi

Makronutrisi

  • Kalori: 64kcal
  • Karbohidrat: 14.7g
  • Serat: 0.3g
  • Protein: 0.22g
  • Lemak: 0.4mg

Di atas menunjukkan kandungan makronutrisi yang terdapat pada buah epal. Di dalam sebiji buah epal bersaiz sederhana, terdapat sebanyak 63 kcal tenaga, 14.7 g karbohidrat, 0.3 g serat, 0.22 protein dan 0.4 lemak.

Mikronutrisi

  • Kalsium: 6mg
  • Zat Besi: 0.22mg
  • Fosforus: 10mg
  • Sodium: 3mg
  • Potassium: 93mg
  • Vitamin C: 5.5mg
  • Karotin: 164mcg

Di atas menunjukkan kandungan mikronutrisi yang terdapat pada buah epal. Di dalam sebiji epal bersaiz sederhana, terdapat sebanyak 6 mg kalsium, 0.22 mg zat besi, 10 mg fosforus, 3 mg sodium, 93 mg potassium, 5.5 mg vitamin C dan 164 µg karotin.

Kompaun Berkhasiat

Terdapat pelbagai komponen yang berkhasiat di dalam epal. Antaranya ialah polifenol seperti asid fenolik dan flavonoid. Kandungan polifenol adalah tinggi di bahagian kulit epal dan komponen ini mempunyai sifat anti oksida yang tinggi. Selain itu, epal turut mempunyai polisakarida yang tinggi termasuk pektin. Pektin mempunyai kebaikannya tersendiri seperti menyokong sistem penghadaman. Buah epal juga mempunya fitosterol yang bersifat anti radang di mana ianya bermanfaat untuk perubatan.

10 Khasiat Buah Epal Kepada Kesihatan

1. Membantu penurunan berat badan

Satu kajian percubaan klinikal telah dijalankan ke atas wanita yang mempunyai indeks jisim badan 25 kg/m2 keatas, didapati bahawa pengambilan buah epal sebanyak tiga biji sehari di dalam diet seharian mereka selama 10 minggu dikaitkan dengan penurunan berat badan sebanyak 0.93 kg.

2. Memperbaiki paras kolesterol dalam darah

Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk menguji kesan pengambilan epal ke atas paras kolesterol selepas lima minggu. Didapati bahawa pengambilan epal dapat menurunkan paras kolesterol, LDL and trigliserida dan menaikkan paras HDL.

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan

3. Mengurangkan risiko mendapat strok

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji warna isi buah dan kaitannya dengan kejadian strok. Didapati di dalam kajian tersebut, pengambilan buah dan sayur yang mempunyai isi berwarna putih seperti epal sebanyak 25 g/sehari mengurangkan risiko strok sebanyak 9%.

Artikel Berkaitan: Tanda Angin Ahmar

4. Mengurangkan risikan kencing manis

Pengambilan epal sebanyak 2 ke 6 biji sehari atau 1 biji sehari dikaitkan dengan 27% dan 28% penurunan risiko untuk menghidap kencing manis berbanding dengan individu yang tidak mengambil epal dalam diet mereka.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda kencing manis dan Rawatan

5. Mengurangkan risiko kanser

Satu kajian telah dijalankan melibatkan 6000 sampel di Itali. Didapati bahawa pengambilan satu atau lebih epal bersaiz sederhana sehari berkait dengan penurunan risiko untuk mendapat kanser berbanding dengan mereka yang mengambil kurang dari satu biji epal sehari.

6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung

Pengambilan epal dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Kajian menunjukkan pengambilan lebih dari 71 g epal sehari dalam kalangan wanita dikaitkan dengan 43% kurang risiko kematian berkait dengan masalah jantung. Bagi lelaki pula, pengambilan 54 g epal dan lebih sehari dikaitkan dengan 19% kurang risiko.

Artikel Berkaitan: Tanda Serangan Sakit Jantung dan Rawatan

7. Bersifat anti oksida

Satu kajian telah dijalankan di kalangan warga emas di mana mereka telah mengambil 2g/kg epal sehari selama satu bulan. Didapati bahawa pengambilan buah epal telah meningkatkan enzim anti oksida seperti glutathione peroksida.

8. Mengurangkan kejadian asma.

Di dalam satu kajian, didapati bahawa pengambilan buah epal mengurangkan kejadian asma. Selain itu, pengambilan buah epal sebanyal lebih dari 31.2 g sehari berkait dengan penurunan sebanyak 10% risiko untuk mendapat asma.

9. Baik untuk kesihatan tulang

Satu kajian telah dijalankan dalam kalangan wanita berusi 19 ke 50 tahun di mana mereka diminta untuk mengambil epal segar, sos epal dan gula-gula. Analisa air kencing mendapati bahawa pengambilan epal mengurangkan kehilangan kalsium.

10. Melindungi sistem penghadaman

Kajian telah menemuui bahawa pengambilan buah epal dapat melindungi dari ulser perut. Komponen karotenoid dari epal juga melindungi dari H. pylori.

Konklusinya, buah epal mempuyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Namun haruslah diingat bahawa pengambilannya haruslah secara bersederhana dan mendapatkan nasihat dan pandangan pakar telebih dahulu.

Khasiat Buah yang lain

Khasiat Buah ManggaKhasiat Buah Tembikai
Khasiat Buah StrawberriKhasiat Buah Betik
Khasiat Buah NanasKhasiat Buah Jambu Air
Khasiat Buah EpalKhasiat Buah Markisa
Khasiat Buah DelimaKhasiat Buah Belimbing
Khasiat Buah DurianKhasiat Buah Pisang
Khasiat Buah NagaKhasiat Buah Kiwi
Khasiat Buah KurmaKhasiat Durian Belanda
Khasiat Buah Jambu Batu

Rujukan:

  1. Cho, K. D., Han, C. K., & Lee, B. H. (2013). Loss of body weight and fat and improved lipid profiles in obese rats fed apple pomace or apple juice concentrate. Journal of medicinal food16(9), 823–830.
  2. de Oliveira, M. C., Sichieri, R., & Venturim Mozzer, R. (2008). A low-energy-dense diet adding fruit reduces weight and energy intake in women. Appetite51(2), 291–295.
  3. Hyson D. A. (2011). A comprehensive review of apples and apple components and their relationship to human health. Advances in nutrition (Bethesda, Md.)2(5), 408–420.
  4. Oude Griep, L. M., Verschuren, W. M., Kromhout, D., Ocké, M. C., & Geleijnse, J. M. (2011). Colors of fruit and vegetables and 10-year incidence of stroke. Stroke42(11), 3190–3195.
  5. Patocka, J., Bhardwaj, K., Klimova, B., Nepovimova, E., Wu, Q., Landi, M., Kuca, K., Valis, M., & Wu, W. (2020). Malus domestica: A Review on Nutritional Features, Chemical Composition, Traditional and Medicinal Value. Plants (Basel, Switzerland)9(11), 1408.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =