Kolesterol Tinggi: Punca, Simptom dan Rawatan

kolesterol tinggi

Apakah punca kepada kolesterol tinggi dan rawatannya? Artikel ini akan membincangkan punca, tanda dan rawatan kepada masalah ini.

Pengenalan

Kolesterol merupakan sejenis lemak. Ia dihasilkan secara semulajadi di dalam badan oleh hati dan mempunyai fungsi yang penting dalam penghasilan lapisan sel, hormone dan vitamin D.

Kolesterol tidak larut dalam air, oleh itu ia dibawa dalam darah menggunakan sejenis protein dinamakan lipoorotein. Selain kolesterol, lipoprotein juga membawa lemak jenis lain seperti triglycerides.

Jika badan mengandungi terlalu banyak kolesterol, ia boleh menyebabkan terjadinya beberapa masalah kesihatan termasuk serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Kolesterol tinggi tidak menghasilkan sebarang tanda. Oleh sebab itu, anda perlu memeriksa kandungan kolesterol secara berkala.

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol LDL dan kolesterol HDL. Kolesterol LDL (low density lipoprotein) juga dipanggila kolesterol jahat. Ini kerana ia membawa kolesterol ke dalam saluran darah. Apabila terdapat kandungan LDL yang tinggi, ia boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol pada dinding saluran darah. Plak kolesterol ini boleh menyempitkan saluran darah dan menghalang bekalan darah dan terjadinya darah beku. Jika ketulan darah beku menyumbatkan saluran darah di otak dan jantung, ia menyebabkan serangan angin ahmar dan sakit jantung.

Kolesterol HDL (high density lipoprotein) juga dipanggil kolesterol baik. Ia membawa kolesterol dari saluran darah Kembali ke hati bagi dibuang. Ia menghalang terjadinya pengumpulan kolesterol dalam saluran darah. Kandungan kolesterol HDL yang tinggi boleh mengurangkan risiko anda mendapat sakit jantung dan stroke.

Punca Kolesterol Tinggi

Antara punca utama yang sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi ialah pengambilan makanan yang tinggi kolesterol, lemak tepu dan lemak trans. Selain itu, faktor gaya hidup seperti kurang aktiviti bersenam, merokok juga menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Selain itu, faktor genetik anda juga mempengaruhi kandungan kolesterol anda. Terdapat beberapa gene yang akan mempengaruhi cara badan menghasilkan kolesterol.

Selain itu, beberapa keadaan lain seperti kencing manis dan hypothyroidism iaitu kelenjar tiroid kurang aktif juga meningkatkan risiko anda mengalami masalah ini.

Faktor risiko kolesterol tinggi:

  • Berat badan berlebihan atau obes
  • Pengambilan diet yang tidak sihat
  • Tidak mengamalkan aktivit senaman
  • Merokok
  • Sejarah keluarga mengalami kolesterol tinggi
  • Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, buah pinggang dan hypothyroidism

Komplikasi Kolesterol Tinggi

Jika dibiarkan tanpa rawatan, kolesterol tinggi boleh menyebabkan plak kolesterol pada saluran darah. Plak ini seterusnya boleh menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat.

Ia boleh mengganggu bekalan darah dan menyebabkan terjadinya darah beku. Ia boleh menyebabkan keadaan yang membawa maut seperti:

Ia juga boleh menyebabkan penyakit batu hempedu.

Ujian Pemeriksaan

Bagi memeriksa kandungan kolesterol anda, doktor akan mengambil sampel darah dan menguji untuk kandungan lemak. Ujian ini boleh mengesan jumlah kolesterol, kolesterol HDL dan LDL(Kolesterol jahat) serta trigylcerides.

Rawatan Kolesterol Tinggi

Rawatan kolesterol tinggi terbahagi secara amnya kepada ubatan dan gaya hidup sihat.

Statin merupakan ubat yang sering digunakan bagi mengawal kandungan kolesterol. Ia menghalang hati daripada menghasilkan kolesterol berlebihan.

Antara contoh ubat statin ialah:

  • Atorvastatin (Lipitor)
  • Fluvastatin (Lescol)
  • Rosuvastatin (Crestor)
  • Simvastatin (Zocor)

Selain itu, terdapat juga ubatan lain seperti Niacin, Ezetemibe dan Cholestyramine yang juga mempunyai fungsi yang sama iaitu menghalang penghasilan kolesterol berlebihan. Doktor mungkin akan memberikan anda 2 jenis ubatan bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan seperti Statin dan Ezetemibe. Kedua ubatan ini jika digunakan Bersama berkesan untuk menurunkan kandungan kolesterol.

Selain ubatan, doktor juga akan menyarankan anda megurangkan jumlah kolesterol melalui cara pemakanan anda. Antaranya ialah:

  • Mengehadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, lemak tepu dan lemak trans
  • Memperbanyak pengambilan protein seperti ayam, ikan dan bijirin
  • Mengambil makanan kaya serat seperti buahan, sayuran dan bijirin
  • Memilih makanan yang disediakan secara bakar, rebus, kukus berbanding makanan bergoreng
  • Mengelakkan pengambilan makanan segera dan makanan ringan

Makanan yang tinggi jumlah kolesterol termasuk:

  • Daging merah, bahagian dalam haiwan, telur kuning, produk tenusu
  • Makanan proses seperti mentega, minyak kelapa
  • Makanan bergoreng seperti kentang, ayam goreng

Pengambilan ikan dan makanan lain yang kaya dengan omega-3 juga boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol LDL. Sebagai contoh, ikan salmon, kembung dan mackerel, kekacang dan buah avocado kaya dengan omega-3.

Pencegahan

Faktor genetik yang menyumbang kepada masalah kolesterol tinggi tidak dapat dicegah. Namun begitu, anda boleh mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

  • Pengambilan diet yang bernutrisi tinggi, rendah lemak dan tinggi serat
  • Mengelakkan pengambilan alcohol berlebihan
  • Mengekalkan berat badan pada skala ideal
  • Mengamalkan aktiviti riadah dan bersukan
  • Berhenti merokok

Rujukan:

  1. Causes of high cholesterol (2017). – American Heart Association
  2. Conditions we treat: High cholesterol (hyperlipidemia). (n.d.). – Hopkins Medicine
  3. Daniels SR, et al. (2012). Expert panel on integrated guidelines for cardiovascular health and risk reduction in children and adolescents: Summary report. – National Institute of Health
  4. High blood cholesterol: What you need to know. (2005). – National Institute of Health
  5. High cholesterol facts. (2017). -CDC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + fourteen =

Open

Close