10 Khasiat Buah Delima yang Perlu Anda Tahu

Apakah khasiat buah delima kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat buah delima, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalam buah delima.
Pengenalan
Delima (Promegranate) dengan nama saintifiknya ‘Punica Granatum’ merupakan buah yang mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.
Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.
Kandungan nutrisi
Delima lebih dikenali dengan kandungan antioksida di dalamnya. Selain daripada vitamin C, komponen anti radang, antimikrob dan anti mutagenic, ia juga mengandungi polifenol seperti asid gallic, asid ferulic dan catechin. Antara mineral yang dijumpai dalam delima ialah kalsium,kalium, magnesium,fosforus,zink dan juga zat besi.
Nutrisi | Jumlah | DV ( nilai harian yang diperolehi) |
Tenaga | 83 kkal | |
Karbohidrat Serat Gula | 19g 4g 14g | 7% 14% |
Protein | 1.7g | 3% |
Lemak | 1.2g | 2% |
Kalsium | 10mg | 1% |
Vitamin C | 10.2 mg | 11% |
Zat Besi | 0.3 mg | 2% |
Data diperolehi dari USDA Standard Reference untuk 100 g biji buah delima
Komponen berkhasiat
18% dari kandungan biji buah delima terdiri daripada lemam iaitu asid lemak seperti asid punicid iaitu kumpulan asid linolenik. Terdapat juga komponen fitoestrogen di dalam biji buah delima. Sementara isi atau jus buah delima kaya dengan fruktosa, glukosa dan sukrosa, asid malik, asid sitrik, dan asid fumarik, tannin, fenolic dan antioksida, kulit buah delima lebih tinggi dengan kandungan flavanoid, anthocyanin dan asid askorbik. Bahagian batang dan akar pokok delima mengandungi bahan alkaloid digunakan dalam perubatan tradisional dan juga membantu dalam rawatan cacing di dalam usus.
10 khasiat buah delima
1. Rawatan dan pencegahan kanser
Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemampuan buah delima dalam rawatan kanser contohnya kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru. Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain –lain mekanisme sel kanser.
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida serta meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL)untuk pesakit hiperlipidemia. Kawalan kolesterol darah yang normal akan menurunkan risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular seperti serangan jantung, diabetes dan strok.
3. Osteoarthritis
Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mengurangkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Sifat anti radang dalam buah delima mampu membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
4. Rheumatoid arthritis
Penyakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan dan lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan perubatan. Bahan anti radang dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang
5. Antimikrob/antifungal
Sifat antimikrob /antifungal membantu dalam rawatan berkaitan mikrob dan fungal seperti jangkitan candida dan bacteria e coli yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. Aktiviti bakteria dan fungal ini dikurangkan dengan kehadiran antimikrob dalam buah delima
6. Kesihatan mulut
Kesihatan mulut yang tidak elok pastinya mengundang bau mulut dan ketidakselesaan individu. Bau mulut dikaitkan dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria di dalam buah delima membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.
7. Penyembuhan luka
Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama Komponen kimia buah delima mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka, secara tidak langsung kawasan kulit yang terdedah kepada luka berkurangan
8. Kesuburan
Delima dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat . manakala untuk kesuburan wanita pula, ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan
9. Alzheimer
Walaupun tiada kajian yang membuktikan penyakit Alzheimer boleh dilewatkan, tetapi terdapat kajian yang mencadangkan perubahan diet yang lebih seimbang dapat mengurangkan risiko kejadian Alzheimer berlaku. Delima mengandungi tinggi kandungan polifenol yang terbukti berperanan dalam memelihara sel –sel neuron otak. Kajian ke atas haiwan juga membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima. walaubagaimanapun lebih kajian diperlukan untuk mengenalpasti mekanisme bahan ini bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer
10. Sumber tenaga
Ini ialah sumber tenaga yang cepat kerana kandungan fruktosa di dalamnya. 100g bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7 g karbohidrat dan 13g gula sementara protein dan lemak 1-2 g. Sekiranya kita mengambil 50g nasi , ia membekalkan 65 kalori dari 15 g karbohidrat. Oleh itu sekiranya kita minum jus delima, ia boleh memberkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.
Kesimpulan
Buah delima kaya dengan kebaikan nutrisi untuk tubuh badan. Isinya yang manis meningkatkan lagi potensi buah ini untuk senang diterima sebagai makanan dan minuman yang berkhasiat dalam meningkatkan status kesihatan. Walaubagaimanapun besederhanalah dalam pengambilan buah-buahan untuk pemakanan seharian. Dapatkan nasihat pegawai perubatan di hospital atau klinik untuk rawatan penyakit selanjutnya.
Rujukan:
- Pablo Melgarejo Et Al (2019), Pomegranate (Punica Granatum L.) A Dry Pericarp Fruit With Fleshy Seeds.
- Javad Mottaghpishah Et Al. (2018) Total Anthocyanin, Flavanois, Poliphenol And Tannin Contents Of Seven Pomegranate Cultivats Grown In Iran
- Aida Zarfwshany, Sedighah Asgavi, Shaghayegh Haghjoojmenmard (2014). Potent Health Effects Of Pomegranate
- Guruh Sarjana, Deny Yudi Fitranti (2014). Pengaruh Pemberian Jus Kulit Delima Terhadap Kadar HDL Danldl Dikalangan Wanita Dislipedemia