Skip to content

10 Makanan Untuk Wanita Berpantang

Apakah makanan yang sesuai bagi mereka yang baru bersalin? Artikel ini akan membincangkan makanan untuk wanita berpantang yang sesuai bagi anda.

Pengenalan

Proses melahirkan anak merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai perubahan kepada tubuh badan dan oleh kerana ini seorang ibu perlu menitikberatkan nutrisi dan kesihatan diri mereka ketika selepas bersalin ataupun di dalam tempoh berpantang.

Apa itu proses berpantang? Berpantang adalah satu tempoh masa untuk si ibu untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh badan selepas bersalin kerana terdapat pelbagai proses yang berlaku pada si ibu seperti kehilangan darah, pengecutan rahim, ketegangan urat dan kehilangan tenaga (1).

Tempoh berpantang ini bergantung kepada kepercayaan masing-masing. Contohnya masyarakat Melayu akan mengamalkan pantang selama 40 hari. Untuk mengembalikan kembali kesihatan ibu-ibu selepas bersalin, mereka haruslah mengamalkan diet yang seimbang untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Fisiologi Wanita Lepas Bersalin

Terdapat pelbagai perubahan fisiologi yang akan dialami oleh wanita selepas bersalin. Berikut merupakan antara perubahan yang mungkin akan dialami oleh mereka (2).

1. Sakit pada bahagian rahim

Rasa sakit pada bahagian ini adalah disebabkan oleh pengeutan rahim. Pengecutan rahim perlu untuk menghalang pengaliran dan pengeluaran darah selepas tempoh melahirkan anak.

2. Tidak selesa semasa kencing ataupun kencing tidak lawas

Sesetengah wanita yang melahirkan anak akan merasakan sakit ataupun tidak selesa untuk membuang air kecil. Mereka juga mungkin akan mengalami masalah kencing tidak lawas. Hal ini kerana berlakunya regangan otot semasa proses melahirkan anak.

3. Sembelit

Sembelit merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami oleh wanita yan melahirkan anak. Oleh itu, pengambilan air dan serat yang mencukupi sangat penting di dalam fasa ini.

10 Makanan untuk Wanita Berpantang

1. Air kosong

Pengambilan air yang mencukupi penting untuk wanita selepas melahirkan anak kerana mereka memerlukan hidrasi yang mencukupi. Selain itu, pengambilan air yan mencukupi juga penting kerana wanita sering mengalami masalah sembelit selepas melahirkan anak. Saranan pengambilan air adalah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2. Makanan tinggi serat

Seperti yang dijelaskan di atas, wanita yang melahirkan anak sering mengalami masalah sembelit. Selain daripada pengambilan air yang mencukupi, pengambilan serat yang mencukupi juga penting untuk mengelakkan masalah sembelit. Kita digalakkan untuk mengambil sebanyak 3 hidangan sayur-sayuran, 2 hidangan buah-buahan dan 1 hidangan bijirin penuh untuk memenuhi keperluan serat harian.

3. Makanan tinggi protein (3)

Apabila menyentuh perihal protein, terdapat pelbagai mitos yang mengatakan bahawa wanita yang melahirkan anak tidak boleh memakan sumber protein seperti telur dan ayam untuk mengelakkan gatal.

Hal ini tidak benar sama sekali kerana di dalam tempoh inilah mereka memerlukan pengambilan protein yang tinggi untuk memperbaiki kerosakkan sel dan menggantikan sel dengan sel baru. Antara sumber protein yang boleh diambil adalah telur, ayam, daging, ikan, tauhu, tempeh dan lain-lain.

4. Karbohidrat (3)

Karbohidrat juga merupakan antara makronutrisi yang penting untuk wanita selepas bersalin. Hal ini kerana karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Lebihkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan buah-buahan berbanding dengan karbohidrat ringkas kerana pengambilan karbohidrat ringkas yang berlebihan akan menaikkan paras gula di dalam darah.

5. Lemak baik (3)

Lemak juga tidak kurang pentingnya di dalam proses pemulihan tubuh badan. Lemak diperlukan untuk pembinaan membran sel dan juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Antara sumber lemak baik adalah ikan salmon, ikan sardin, minyak sayuran dan lain-lain. Namun pengambilan lemak haruslah secara bersederhana kerana ianya tinggi dengan kandungan kalori.

6. Makanan tinggi zink (3)

Zink merupakan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk mengekalkan fungsi imunisasi tubuh badan. Ianya juga diperlukan untuk pembahagian sel dan penyembuhan luka. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan zink ialah daging, ayam, makanan laut, kekacang, telur, bijirin penuh dan lain-lain.

7. Makanan tinggi selenium (3)

Walaupun badan kita memerlukan selenium di dalam jumlah yang sedikit namum ianya memberikan impak kepada fungsi tubuh badan kita. Antara fungsi selenium adalah sebagai antioksida dan mengelakkan kerosakkan sel. Antara makanan yang kaya dengan sumber selenium ialah ayam, ikan, telur, daging dan lain-lain.

8. Makanan tinggi zat besi

Kekurangan zat besi semasa tempoh selepas bersalin akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan seperti keletihan dan depresi (4). Hal ini kerana zat besi berfungsi di dalam penghasilan sel darah merah yang diperlukan untuk mengangkut oksigen keseluruh anggota badan lalu menghasilkan tenaga.

Semasa melahirkan anak, wanita telah banyak kehilangan darah merah dan penghasilan sel darah merah yang baru diperlukan untuk mengekalkan kesihatan. Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah kerrang, daging merah, sayur-sayuran hijau seperti bayam dan lain-lain.

9. Makanan tinggi vitamin C

Antara kepentingan vitamin C adalah membantu penyerapan zat besi ke dalam badan. Pengambilan makanan yang tinggi zat besi bersama makanan yang tinggi kandungan vitamin C dapat mengoptimumkan penyerapan zat besi. Antara contoh makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah buah jambu, buah-buahan sitrus, beri dan lain-lain.

Artikel Berkaitan: 10 Makanan Tinggi Vitamin C

10. Makanan tinggi kalsium

Kalsium juga merupakan antara mineral yang tidak boleh diabaikan. Semasa kehamilan, bayi mendapat sumber kalsium dari ibunya dan ini meningkatkan risiko untuk mereka mengalami masalah kekurangan kalsium. Antara makanan yang kaya dengan sumber kalsium adalah makanan tenusu seperti keju, yogurt, susu dan lain-lain.

Artikel Berkaitan: 10 Makanan Tinggi Kalsium

Tips Pemakanan yang lain

Makanan untuk Pesakit Angin AhmarMakanan untuk Mencegah Kanser
Makanan untuk Kecantikan KulitMakanan untuk Wanita Berpantang
Makanan untuk Lawaskan KencingMakanan untuk Luka Cepat Sembuh
Makanan untuk Masalah JerawatMakanan untuk Masalah Cirit Birit
Mekanan untuk Menaikkan Berat BadanMakanan untuk Turunkan Berat Badan
Makanan untuk Penyakit JantungMakanan untuk Awet Muda
Makanan untuk Masalah GastrikMakanan untuk Ibu yang baru bersalin
Makanan untuk Tambah Darah MerahMakanan untuk Masalah Sembelit
Makanan untuk Kesihatan MataMakanan untuk Redakan Stress
Makanan untuk Pesakit EkzemaMakanan untuk Masalah Buasir
Makanan untuk Pesakit GERDMakanan Ketika Wanita Berpantang
Makanan tidak boleh untuk Pesakit GoutMakanan untuk Bina Badan
Pemakanan Bagi Pesakit DialisisMakanan yang Menyebabkan Mengantuk
Makanan untuk Lemah JantungMakanan untuk Mual dan Muntah
Makanan untuk Pesakit Asma

Rujukan:

  1. Muiz, M. (2016, March 16). Pemakanan Semasa BERPANTANG. PORTAL MyHEALTH. Retrieved September 11, 2021,
  2. Physical changes after child birth. Cleveland Clinic. (n.d.). Retrieved September 11, 2021
  3. Lindberg, S. (2020, July 31). Postpartum diet plan: Tips for healthy eating after giving birth. Healthline. Retrieved September 11, 2021
  4. World Health Organization. (2016). Guideline: Iron supplementation in postpartum women.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − one =