Skip to content

Pemakanan Bagi Pesakit Dialisis

Bagaimanakah cara pemakanan bagi pesakit kegagalan buah pinggang yang perlu menjalani dialisis? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis makanan yang anda perlu elak atau tambah bagi pesakit ini.

Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang apabila buah pinggang sudah tidak boleh berfungsi.

Di antara sesi dialisis, sisa dan bahan buangan akan berkumpul dalam darah dan membuatkan keadaan pesakit tidak selesa. Pesakit boleh mengurangkan pengumpulan sisa buangan dengan mengawal pemakanan. Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas tentang pemakanan bagi pesakit dialisis.

1. Protein

Pesakit dialisis memerlukan protein yang tinggi kerana protein akan disingkirkan sewaktu rawatan. Antara sumber protein adalah:

Elakkan sumber protein yang terproses seperti sosej dan daging kisar kerana ia mengandungi kandungan sodium dan fosforus yang tinggi.

Secara umumnya, keperluan protein bagi pesakit dialysis adalah 1.2 g/kg/ berat badan. Namun keperluan ini mungkin berubah mengikut kondisi pesakit. Doktor dan dietitian yang akan menentukan berapakah keperluan bagi pesakit.

protein pemakanan pesakit dialisis

2. Sodium

Sodium adalah sebahagian daripada garam. Sodium berfungsi untuk mengawal kemasukan cecair daripada luar dan dalam sel dan tisu badan.

Bagi pesakit dialysis, terlalu banyak sodium akan membahayakan keadaan mereka kerana buah pinggang tidak boleh menyingkirkan lebihan sodium dan cecair daripada badan. Apabila sodium berkumpul dalam badan, ia akan meningkatkan tekanan darah, edema (bengkak pada kaki, tangan dan muka), sesak nafas dan masalah jantung.

Makanan yang tinggi garam akan membuatkan anda cepat dahaga dan akan minum air lebih banyak. Ini adalah sangat bahaya bagi pesakit dialysis kerana air akan berkumpul dalam badan dan memyebabkan komplikasi. Berikut adalah contoh makanan tinggi sodium yang perlu dielakkan:

garam natrium pesakit dialisis

Tips kurangkan sodium dalam pemakanan:

  • Gantikan garam dengan herba dan rempah ratus dalam masakan
  • Semak label makanan dan pilih produk ‘rendah sodium’
  • Elakkan makanan terproses, diawet dan makanan dalam tin dan botol.

3. Potasium

Potasium merupakan mineral yang berfungsi untuk mengawal degupan jantung dan memastikan otot berfungsi dengan baik. Fungsi buah pinggang adalah untuk memastikan jumlah potasium dalam badan seimbang. Namun apabila buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi, pesakit perlu menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi potassium kerana ia akan membahayakan kondisi mereka.

 Jika paras potasium dalam darah tinggi, pesakit akan berasa lelah, kebas dan boleh menyebabkan serangan jantung. Berikut merupakan contoh makanan yang mengandungi tinggi potasium yang perlu dielakkan:

garam potasium pemakanan pesakit dialisis

Tips mengurangkan potassium dalam makanan:

  • Basuh dan rendam sayur selepas dipotong untuk meningkatkan kehilangan potassium
  • Elakkan mengambil kuah dari masakan lauk-pauk dan sayur.
  • Buang kulit buah-buahan sebelum makan
  • Makan buah dalam tin tanpa sirapnya.

4. Fosfat

Fosfat adalah mineral yang terdapat dalam tulang. Ia berfungsi untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Bagi pesakit dialysis, mereka perlu menghadkan makanan yang tinggi fosfat kerana hanya sedikit sahaja fosfat yang akan disingkarkan ketika dialisis.

Tahap fosfat yang tinggi akan menyebabkan kalsium ditarik keluar daripada tulang dan menjadikan tulang lemah. Selain itu, tahap fosfat dan kalsium yang tinggi juga akan menyebabkan kalsium berkumpul pada saluran darah dan seterusnya akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau kematian.

Pesakit akan diberi ubat pengikat fosfat yang perlu dikunyah bersama makanan. Ubat pengikat fosfat ini akan ‘mengikat’ fosfat daripada makanan supaya ia tidak akan diserap ke dalam salur darah dan seterusnya ia akan disingkir melalui najis.

Berikut merupakan senarai makanan yang mengandungi tinggi fosfat yang perlu dielakkan:

Makanan tinggi fosfat yang perlu dielakkan pesakit dialisis

Nota tambahan: Nasi/mi yang dimasak bersama ikan /daging /ayam /kekacang akan mengandungi fosfat yang tinggi. Ikan, ayam, dan daging tinggi fosfat dan perlu dimakan bersama ubat pengikat fosfat

5. Cecair

Pesakit perlu menghadkan pengambilan cecair seperti yang ditetapkan oleh doktor. Cecair berlebihan akan menyebabkan pesakit mengalami kenaikan berat badan di antara sesi dialisis, sukar untuk bernafas, edema dan menggangu bacaan tekanan darah.

Tambahan pula, hidangan seperti sup dan sesetengah pencuci mulut juga mengandungi cecair. Jadi, pastikan jumlah cecair daripada makanan ini juga diambil kira.

Tips bagi mengawal pengambilan cecair:

  • Sediakan jumlah air yang tetap untuk diminum
  • Hisap ketulan ais sekiranya dahaga tetapi sukatannya perlu diambil kira
  • Berkumur tanpa menelan air sekiranya mulut kering
  • Hisap gula-gula bagi merangsang pengeluaran air liur.
  • Hadkan makanan yang tinggi garam

Kesimpulan

Pesakit hemodialysis menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu perlu menghadkan potasium, sodium, fosfat dan cecair dalam pemakanan mereka. Ini kerana darah mereka hanya dibersihkan tiga kali seminggu dan berkemungkinan sisa dan cecair akan berkumpul dalam darah sewaktu hari yang tidak membuat rawatan jika mereka tidak menjaga pemakanan. Artikel ini hanya menjelaskan tentang pemakanan bagi pesakit dialisis secara umum. Bagi penerangan lebih terperinci, pesakit disarankan untuk berbincang dengan doktor dan dietitian mereka.

Tips Pemakanan yang lain

Makanan untuk Pesakit Angin AhmarMakanan untuk Mencegah Kanser
Makanan untuk Kecantikan KulitMakanan untuk Wanita Berpantang
Makanan untuk Lawaskan KencingMakanan untuk Luka Cepat Sembuh
Makanan untuk Masalah JerawatMakanan untuk Masalah Cirit Birit
Mekanan untuk Menaikkan Berat BadanMakanan untuk Turunkan Berat Badan
Makanan untuk Penyakit JantungMakanan untuk Awet Muda
Makanan untuk Masalah GastrikMakanan untuk Ibu yang baru bersalin
Makanan untuk Tambah Darah MerahMakanan untuk Masalah Sembelit
Makanan untuk Kesihatan MataMakanan untuk Redakan Stress
Makanan untuk Pesakit EkzemaMakanan untuk Masalah Buasir
Makanan untuk Pesakit GERDMakanan Ketika Wanita Berpantang
Makanan tidak boleh untuk Pesakit GoutMakanan untuk Bina Badan
Pemakanan Bagi Pesakit DialisisMakanan yang Menyebabkan Mengantuk
Makanan untuk Lemah JantungMakanan untuk Mual dan Muntah
Makanan untuk Pesakit Asma

Rujukan

  1. Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Atlas Makanan: Saiz pertukaran dan Porsi
  3. Eating & Nutrition for Hemodialysis. (2016, September 01). Retrieved November 14, 2020, from National Institute of Health
  4. Kidney failure/ESRD diet. (n.d.). Retrieved November 14, 2020, from Kidney Fund
  5. Potassium and Your CKD Diet. (2020, June 15). Retrieved November 14, 2020, from Kidney.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 8 =