Skip to content

10 Makanan Yang Bagus Bagi Pesakit GERD

Apakah makanan yang bagus bagi pesakit Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD) atau dikenali sebagai asid refluks? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan yang sesuai bagi masalah ini.

Apakah itu GERD?

GERD merupakan singkatan bagi ‘Gastroesophageal Reflux and Esophagitis’ dan lebih dikenali sebagai asid reflux. GERD merupakan sejenis keadaan di mana kandungan asid di dalam perut naik ke saluran esofagus lalu mengganggu lapisan pertahanan di dalam esofagus lalu menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati.

GERD kategori menghakis lebih berkait dengan simptom-simptom di dalam jangka masa yang lama berbanding dengan GERD kategori tidak menghakis.

GERD bukan sahaja boleh terjadi pada orang dewasa, malah penyakit ini turut berlaku di kalangan kanak-kanak. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan pemakanan yang sesuai diamalkan oleh pesakit GERD.

Punca-punca GERD

Terdapat pelbagai punca kepada terjadinya penyakit GERD. Berikut merupakan antara punca yang menyebabkan terjadinya penyakit GERD.

  1. Kekurangan penghasilan air liur
  2. Kurangnya pergerakkan saluran pencernaan
  3. Pendedahan kepada asid dalam tempoh yang lama
  4. Berada berada posisi terlentang (supine)
  5. Hiatal hernia (sebahagian atas perut berada di atas diafragma)
  6. Mempunyai masalah pernafasan yang kronik
  7. Obesiti dan berat badan berlebihan
  8. Tekanan yang tidak terkawal

Simptom GERD

Pesakit GERD akan mengalami beberapa simptom-simpton semasa serangan penyakit GERD. Berikut merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit GERD.

  1. Pedih ulu hati
  2. Sakit pada bahagian abdomen
  3. Muntah-muntah
  4. Kesukaran untuk menelan atau disfagia
  5. Perut berasa tidak selesa atau berangin
  6. Batuk
  7. Terasa masam pada bahagian mulut dan tekak/Sakit tekak

10 Makanan Untuk Pesakit GERD

1. Sayur-sayuran hijau

Pesakit GERD digalakkan untuk mengambil sayur-sayuran hijau kerana ianya kaya dengan sumber serat dan rendah kandungan lemak yang tidak akan meransang rembesan asid yang akan menyebabkan GERD.

Kita digalakkan untuk mengambil 3 sajian sayur-sayuran yang bersamaan dengan 3 cawan sayur sehari untuk memenuhi keperluan serat harian.

Satu kajian yang dijalankan di kalangan ibu-ibu yang hamil mendapati bahawa pengambilan sayur-sayuran hijau dapat mencegah daripada terjadi GERD.

2. Buah-buahan

Buah-buahan juga merupakan makanan yang sesuai bagi pesakit GERD namun buah-buahan yang sesuai diambil oleh pesakit GERD ialah buah-buahan yang bukan sitrus seperti pisang, betik, tembikai dan lain-lain.

Hal ini kerana buah-buahan sitrus mengandungi kandungan asid sitrus yang boleh menyebabkan GERD.

Di dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan golongan dewasa Iran mendapati bahawa pengambilan buah-buahan dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit GERD.

3. Daging tanpa lemak

Pesakit GERD digalakkan untuk mengurangkan pengambilan lemak untuk mengelakkan asid refluks daripada terjadi. Makanan yang tinggi lemak dapat menyebabkan tekanan sfinkter esofagus bawah berkurang lalu melambatkan pengosongan perut.

Hal ini akan menyebabkan asid refluks ke bahagian esofagus. Oleh itu, pemilihan protein yang betul membantu dalam menangani masalah GERD. Pilihlah daging atau ayam yang telah ditrim kulitnya dan dibuang lemaknya.

Pemilihan cara masakan yang sihat seperti gril, bakar, kukus atau lain-lain juga penting dalam mengurangkan pengambilan lemak.

4. Makanan laut

Antara sumber protein lain yang boleh diambil oleh pesakit GERD adalah makanan laut. Hal ini kerana makanan laut kurang dengan kandungan lemak di mana setiap satu pertukaran makanan laut hanya mengandungi 1 g lemak menjadikan makanan ini sesuai diambil oleh pesakit GERD.

Walaupun begitu, cara penyediaan dan cara masakan juga perlu diambil kira di mana penggunaan lemak dan minyak banyak semasa memasak juga dapat menyebabkan GERD.

5. Teh bunga chamomile

Pesakit GERD tidak digalakkan untuk mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi. Namun begitu, mereka boleh mengambil teh bunga chamomile kerana ianya terbukti dapat mengurangkan stress yang merupakan salah satu punca kepada terjadinya GERD.

Selain itu, teh bunga chamomile juga mempunya sifat anti radang yang dapat mengurangkan simptom GERD.

6. Gula-gula getah

Tahukah anda bahawa gula-gula getah juga sesuai dimakan oleh pesakit GERD. Hal ini kerana dengan mengunyah gula-gula getah, penghasilan air liur dapat diransang.

Antara punca berlakunya GERD adalah kurangnya penghasilan air liur. Satu kajian telah mendapati bahawa dengan mengunyah gula-gula getah selama 1 jam selepas makan dapat mengurangkan kejadian asid refluks.

Namun begitu, kita haruslah bijak memilih jenis gula-gula getah yang ingin diambil seperti memilih gula-gula getah yang tiada kandungan gula dan kalori untuk pemilihan yang lebih sihat.

7. Beras perang

Jika sebelum ini anda mengamalkan beras putih, anda boleh cuba bertukar kepada beras perang. Beras perang merupakan sejenis beras yang kaya dengan kandungan serat dan nutrisi penting lain yang bagus untuk kesihatan.

Serat dikatakan dapat mengurangkan keasidan di dalam perut lalu dapat mengurangkan simptom GERD.

Satu kajian mendapati bahawa pengambilan makanan yang tinggi serat dapat mengurangkan kekerapan refluks dan pedih ulu hati.

8. Oat

Sama seperti beras perang, oat merupakan sejenis makanan yang kaya dengan serat. Pengambilan serat dapat membantu mengurangkan paras keasidan di dalam perut. Oat boleh dimakan bersama buah-buahan ataupun dijadikan overnight oat untuk menambahkan lagi rasanya.

9. Halia

Halia merupakan makanan yang sesuai diambil oleh pesakit GERD. Halia telah digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah penghadaman dan pedih ulu hati.

Halia juga bersifat anti radang yang boleh keradangan di bahagian esofagus. Halia boleh dihiris nipis dan diletakkan di dalam minuman ataupun diletakkan di dalam masakan.

Artikel Berkaitan: Khasiat Halia

10. Minyak berlemak baik (lemak tidak tepu)

Tahukah anda bahawa terdapat juga minyak dari sumber lemak yang baik iaitu lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, dan lain-lain. Pengambilan sumber lemak ini menggantikan sumber lemak tepu dapat meningkatkan tahap kesihatan jika diambil dalam jumlah yang disarankan. Kandungan omega 3 di dalam minyak ini dapat mengurangkan inflamasi.

Konklusinya, terdapat pelbagai jenis makanan yang sesuai diamalkan oleh pesakit GERD. Namun, pesakit haruslah mengenali punca-punca terjadinya GERD kerana setiap individu mempunyai penyebab yang berbeza. Nasihat dan ubat-ubatan yang diberikan oleh pegawai kesihatan anda haruslah tidak diabaikan untuk mengelakkan kesan yang mudarat pada masa hadapan. Terima kasih

Tips Pemakanan yang lain

Makanan untuk Pesakit Angin AhmarMakanan untuk Mencegah Kanser
Makanan untuk Kecantikan KulitMakanan untuk Wanita Berpantang
Makanan untuk Lawaskan KencingMakanan untuk Luka Cepat Sembuh
Makanan untuk Masalah JerawatMakanan untuk Masalah Cirit Birit
Mekanan untuk Menaikkan Berat BadanMakanan untuk Turunkan Berat Badan
Makanan untuk Penyakit JantungMakanan untuk Awet Muda
Makanan untuk Masalah GastrikMakanan untuk Ibu yang baru bersalin
Makanan untuk Tambah Darah MerahMakanan untuk Masalah Sembelit
Makanan untuk Kesihatan MataMakanan untuk Redakan Stress
Makanan untuk Pesakit EkzemaMakanan untuk Masalah Buasir
Makanan untuk Pesakit GERDMakanan Ketika Wanita Berpantang
Makanan tidak boleh untuk Pesakit GoutMakanan untuk Bina Badan
Pemakanan Bagi Pesakit DialisisMakanan yang Menyebabkan Mengantuk
Makanan untuk Lemah JantungMakanan untuk Mual dan Muntah
Makanan untuk Pesakit Asma

Rujukan

  1. Avidan, B., Sonnenberg, A., Schnell, T. G., & Sontag, S. J. (2001). Walking and chewing reduce postprandial acid reflux. Alimentary pharmacology & therapeutics, 15(2), 151–155.
  2. Diet Changes for GERD. (2021). About GERD.
  3. Johnson, J. (2020). What to eat and avoid if you have GERD. Medical News Today.
  4. Keshteli, A. H., Shaabani, P., Tabibian, S. R., Saneei, P., Esmaillzadeh, A., & Adibi, P. (2017). The relationship between fruit and vegetable intake with gastroesophageal reflux disease in Iranian adults. Journal of research in medical sciences : the official journal of Isfahan University of Medical Sciences, 22, 125.
  5. Ramya, R. S., Jayanthi, N., Alexander, P. C., Vijaya, S., & Jayanthi, V. (2014). Gastroesophageal reflux disease in pregnancy: a longitudinal study. Tropical gastroenterology : official journal of the Digestive Diseases Foundation, 35(3), 168–172.
  6. McKay, D. L., & Blumberg, J. B. (2006). A review of the bioactivity and potential health benefits of chamomile tea (Matricaria recutita L.). Phytotherapy research : PTR, 20(7), 519–530.
  7. Morozov, S., Isakov, V., & Konovalova, M. (2018). Fiber-enriched diet helps to control symptoms and improves esophageal motility in patients with non-erosive gastroesophageal reflux disease. World journal of gastroenterology, 24(21), 2291–2299.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − thirteen =