Skip to content

10 Makanan untuk Mencegah kanser

Apakah makanan yang boleh mencegah kanser? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan yang boleh mencegah kanser.

Pengenalan

Kanser merupakan sejenis penyakit yang tidak asing lagi di kalangan kita. Kanser didefinisikan sebagai pembahagian sel badan yang tidak terkawal lalu membentuk sekumpulan sel-sel yang digelar tumor. Tumor pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu benign dan malignant.

Tumor kategori benign adalah sejenis tumor yang tidak berbahaya dan tidak akan merebak ke tisu disekelilingnya manakala malignant pula adalah sejenis tumor yang berbahaya dan berupaya untuk merebak (metastasis) ke kawasan badan yang lain. Antara perbezaan antara sel yang normal dan sel kanser adalah:

  1. Sel normal hanya membahagi apabila terdapat signal manakala sel kanser akan membahagi secara tidak terkawal.
  2. Sel kanser akan tidak berhenti membahagi walaupun telah menerima signal.
  3. Sel normal tidak akan menggangu kawasan yang lain manakala sel kanser berupaya untuk merebak ke kawasan badan yang lain.

Untuk perawatan pula, selalunya pesakit kanser akan menerima rawatan seperti pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi. Persoalannya, selain perubatan apakah diet yang sesuai diamalkan untuk mencegah kemunculan sel kanser ini? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan makanan yang sesuai diambil untuk mencegah kanser.

Punca Kanser

Berikut merupakan punca-punca bagi kanser.

  1. Jangkitan pada tubuh badan seperti jangkitan H. pylori.
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  3. Tabiat merokok dan juga perokok pasif
  4. Pengambilan makanan tinggi kalori dan lemak yang kerap dan tinggi
  5. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  6. Gaya hidup yang tidak aktif atau sedentari
  7. Punca genetik
  8. Terdedah kepada pencemaran dan bahan-bahan yang bersifat karsinogenik

10 Makanan untuk Mencegah Kanser

Berikut merupakan makanan yang boleh diambil untuk pencegahan kanser.

1. Kacang soya

Tahukah anda kacang soya selain dijadikan minuman dan produk makanan lain, ianya mempunyai kebaikannya yang tersendiri iaitu dapat mencegah pembentukkan sel kanser. Satu kajian telah dijalankan Jepun untuk mengkaji hubungan di antara produk berasaskan kacang soya dan risiko untuk mendapat kanser payudara. Kajian ini mendapati pengambilan makanan berasaskan kacang soya (tofu) dapat menurunkan risiko untuk mendapatkan kanser payudara di kalangan wanita yang belum mengalami menopaus.

2. Teh hijau

Teh hijau merupakan sejenis minuman yang popular di kalangan masyarakat Jepun. Teh hijau mengandungi sumber fenol dan antioksida yang tinggi. Proses penyediaannya menjadikan teh hijau catechins yang bertindak untuk pencegahan kanser .

Artikel Berkaitan: 10 Khasiat Teh Hijau

3. Kopi

Selain daripada teh hijau, kopi merupakan antara minuman yang bagus di dalam pencegahan kanser. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara pengambilan kopi dan risiko untuk mendapat kanser kolorektal. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan kopi pada dos yang tertentu dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolorektal.

4. Bawang putih

Bawang putih bukanlah sejenis makanan yang asing lagi bagi masyarakat. Seringkali ianya digunakan di dalam masakan sebagai penambah rasa dan kelazatan makanan. Bawang putih juga berpotensi untuk mencegah kanser kerana kandungan organosulfur di dalamnya. Ianya dikatakan dapat mencegah kanser perut, kolorektal dan payudara.

Artikel Berkaitan: 10 Khasiat Bawang Putih

5. Tomato

Tomato dikatakan dapat mencegah kanser kerana kandungan likopena yang terdapat di dalamnya. Likopena merupakan sejenis komponen yang bersifat antioksida yang bersifat anti kanser terutamnya kanser prostat.

Artikel Berkaitan: 10 Khasiat Tomato

6. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis merupakan antara herba yang sering digunakan di dalam masakan. Tahukah anda bahawa kulit kayu manis juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Hal ini kerana komponen yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan apoptosis (kematian sel) terhadap sel kanser.

Artikel Berkaitan: 10 Khasiat Kulit Kayu Manis

7. Lobak merah

Satu analisa telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan lobak merah dan kanser gastrik. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan lobak merah dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser gastrik.

8. Buah-buahan

Buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan. Kita digalakkan untuk mengambil sebanyak 2 hidangan buah-buahan setiap hari untuk melengkapkan keperluan serat, vitamin dan mineral harian. Ianya juga mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dan dapat mencegah pelbagai jenis kanser.

9. Sayur-sayuran hijau

Selain buah-buahan, sayur-sayuran hijau juga antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mencegah kanser. Kira perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur setiap hari. Pengambilan serat yang mencukupi dapat mencegah kanser yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

10. Makanan rendah kalori dan lemak

Bagi pencegahan kanser, kita digalakkan untuk mengambil makanan yang lemak dan mengawal pengambilan kalori. Bagaimana ini boleh dilakukan? Mudah sahaja, dengan mengikuti pinggan sihat suku-suku separuh kita dapat mengawal pengambilan makanan harian.

Tips Pemakanan yang lain

Makanan untuk Pesakit Angin AhmarMakanan untuk Mencegah Kanser
Makanan untuk Kecantikan KulitMakanan untuk Wanita Berpantang
Makanan untuk Lawaskan KencingMakanan untuk Luka Cepat Sembuh
Makanan untuk Masalah JerawatMakanan untuk Masalah Cirit Birit
Mekanan untuk Menaikkan Berat BadanMakanan untuk Turunkan Berat Badan
Makanan untuk Penyakit JantungMakanan untuk Awet Muda
Makanan untuk Masalah GastrikMakanan untuk Ibu yang baru bersalin
Makanan untuk Tambah Darah MerahMakanan untuk Masalah Sembelit
Makanan untuk Kesihatan MataMakanan untuk Redakan Stress
Makanan untuk Pesakit EkzemaMakanan untuk Masalah Buasir
Makanan untuk Pesakit GERDMakanan Ketika Wanita Berpantang
Makanan tidak boleh untuk Pesakit GoutMakanan untuk Bina Badan
Pemakanan Bagi Pesakit DialisisMakanan yang Menyebabkan Mengantuk
Makanan untuk Lemah JantungMakanan untuk Mual dan Muntah
Makanan untuk Pesakit Asma

Rujukan

  1. What is cancer? National Cancer Institute. (n.d.). Retrieved September 18, 2021
  2. Park, S., Bae, J., Nam, B. H., & Yoo, K. Y. (2008). Aetiology of cancer in Asia. Asian Pac J Cancer Prev, 9(3), 371-380.
  3. Hirose, K., Imaeda, N., Tokudome, Y., Goto, C., Wakai, K., Matsuo, K., … & Tajima, K. (2005). Soybean products and reduction of breast cancer risk: a case–control study in Japan. British journal of cancer, 93(1), 15-22.
  4. Mahan, L. K., & Raymond, J. L. (2016). Krause’s food & the nutrition care process-e-book. Elsevier Health Sciences. Schmit, S. L., Rennert, H. S., Rennert, G., & Gruber, S. B. (2016). Coffee consumption and the risk of colorectal cancer. Cancer Epidemiology and Prevention Biomarkers, 25(4), 634-639.
  5. Omar, S. H., & Al-Wabel, N. A. (2010). Organosulfur compounds and possible mechanism of garlic in cancer. Saudi Pharmaceutical Journal, 18(1), 51-58.
  6. Edward Giovannucci, Eric B. Rimm, Yan Liu, Meir J. Stampfer, Walter C. Willett, A Prospective Study of Tomato Products, Lycopene, and Prostate Cancer Risk, JNCI: Journal of the National Cancer Institute, Volume 94, Issue 5, 6 March 2002, Pages 391–398
  7. Sadeghi, S., Davoodvandi, A., Pourhanifeh, M. H., Sharifi, N., ArefNezhad, R., Sahebnasagh, R., … & Mirzaei, H. (2019). Anti-cancer effects of cinnamon: Insights into its apoptosis effects. European journal of medicinal chemistry, 178, 131-140.
  8. Fallahzadeh, H., Jalali, A., Momayyezi, M., & Bazm, S. (2015). Effect of Carrot Intake in the Prevention of Gastric Cancer: A Meta-Analysis. Journal of gastric cancer, 15(4), 256–261.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − six =