Skip to content

10 Khasiat Jagung yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat jagung kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen sihat dan khasiat jagung.

Pengenalan

Jagung merupakan sejenis sayuran berkanji yang mempunya bentuk yang panjang dan berbulu halus di permukaannya. Ianya mempunyai biji isi yang banyak berwarna kuning dan mempunyai rasa yang manis ketika sudah masak.

Jagung merupakan sejenis bijirin yang tidak asing lagi di negara kita malah ianya turut dijadikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah negara lain. Di Malaysia, jagung sering digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti digunakan di dalam penghasilan bijirin, minuman, snek ringan dan pelbagai lagi.

Jagung bukanlah sejenis tumbuhan yang bermusim dan boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu apakah kebaikan jagung terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikkan jagung terhadap kesihatan.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Penting

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g jagung.

  • Tenaga: 355 kcal
  • Karbohidrat: 69.3 g
  • Serat: 2 g
  • Protein: 9.2 g
  • Lemak: 4.6 g

Berdasarkan jadual di atas, setiap 100 g jagung dapat membekalkan sebanyak 355 kcal tenaga kepada tubuh badan. Selain itu, ianya turut mengandungi sebanyak 69.3 g karbohidrat, 2 g serat, 9.2 g protein dan 4.6 g lemak. Antara komponen penting yang boleh didapati di dalam jagung adalah fosforus dan kalium. Jagung turut kaya dengan kandungan karotin dan rendah kandungan sodium. 

10 Khasiat Jagung Kepada Kesihatan

1. Mencegah sembelit

Antara masalah penghadaman yang sering dialami adalah sembelit ataupun lebih dikenali sebagai masalah untuk membuang air besar. Hal ini boleh disebabkan oleh kekurangan air dan serat di dalam diet.

Kekurangan dua komponen ini akan mengeraskan najis dan menyulitkan proses untuk membuang air besar. Jagung merupakan sayuran yang kaya dengan sumber serat yang mampu untuk menggalakkan proses peristalsis iaitu proses pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit.

2. Baik untuk sistem penghadaman

Tahukah anda bahawa sistem penghadaman kita turut mengandungi bakteria baik yang mempunyai fungsinya yang tersendiri? Antara fungsi bakteria bakteria di dalam sistem penghadaman adalah menjaga keseimbangan sistem penghadaman dan mencegah serangan bakteria jahat.

Jagung mengandungi serat yang merupakan makanan kepada bakteria baik. Hal ini dapat membuatkan bakteria baik dapat bertahan lebih lama di dalam sistem pencernaan.

3. Memberi rasa kenyang yang lama

Jagung dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Serat akan mengisi perut dalam tempoh lama yang lebih lama. Hal ini dapat membantu menjaga pengambilan kalori harian terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Baik untuk kesihatan mata

Bagaimana jagung dapat melindungi dan meningkatkan kesihatan mata? Hal ini kerana jagung mengandungi dua komponen yang memang terbukti baik untuk matai aitu lutein dan zeaxanthin.

Lutein berfungsi sebagai antioksida yang melindungi mata daripada sinaran cahaya biru yang merosakkan mata manakala zeaxanthin merupakan sejenis karotenoid tumbuhan yang turut mempunyai sifat antioksida yang tinggi.

5. Bersifat antioksida

Jagung mempunyai sifat antioksida yang tinggi kerana mempunyai beberapa komponen seperti lutein, zeaxanthin dan vitamin C. Komponen ini dapat bertindak sebagai antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel yang disebabkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

6. Baik untuk minda dan ingatan

Bagaimana jagung dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan minda dan ingatan? Jagung mengandungi sejenis komponen yang digelar quercetin yang dapat mencegah kerosakkan dan keradangan pada saraf. 

7. Baik untuk tekanan darah

Tahukah anda tekanan darah yang tidak terkawal dan tinggi dapat menyebabkan salur darah untuk pecah dan mengakibatkan serangan angin ahmar. Kandungan kalium yang tinggi di dalam jagung dapat mengurangkan paras tekanan darah dengan menyebabkan salur darah untuk mengembang. Pengembangan salur darah dapat membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada salur darah.

8. Memberi tenaga kepada badan

Jagung adalah sejenis sayuran berkanji dan ini bermakna ianya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Pengambilan setengah tongkol jagung sudah bersamaan dengan pengambilan satu senduk nasi putih. Hal ini  menjadikan pengambilan jagung dapat memberi tenaga kepada badan dengan segera.

9. Membekalkan vitamin C

Jagung turut dapat membekalkan vitamin C kepada tubuh badan. Antara kebaikan vitamin C adalah dapat meningkatkan sistem imuniti tubuh badan dan meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Badan yang mempunyai tahap vitamin C yang mencukupi akan lebih bertenaga dan sihat kerana ianya membantu di dalam pembentukkan sel darah merah.

10. Baik untuk kesihatan lelaki

Kajian mendapati bahawa kandungan quercetin di dalam jagung dapat membantu untuk mencegah masalah prostat. Komponen ini dikatakan dapat mencegah keradangan prostat yang sering berlaku di kalangan lelaki.

Khasiat Buah yang lain

Khasiat Buah LangsatKhasiat Buah Manggis
Khasiat Buah DokongKhasiat Buah Pulasan
Khasiat Buah RambutanKhasiat Buah Mata Kucing
Khasiat Buah LonganKhasiat Buah Nona
Khasiat Buah TinKhasiat Jagung

Rujukan:

  1. Anarson,. (2019, May 16). Corn 101: Nutrition Facts and Health Benefits. Healthline.
  2. Health Benefits of Corn. (2020, November 12). WebMD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − nine =