Skip to content

10 Khasiat Buah Langsat yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah langsat kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen sihat dan khasiat buah langsat.

Pengenalan

Buah langsat sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Buah tempatan bermusim ini sudah dikenali ramai di negara ini. Buah langsat merupakan sejenis buah brsaiz kecil, berbentuk bulat sama seperti buah dokong.

Buah ini mempunyai kulit nipis dan berwana putih kekuningan. Isinya pula berwarna putih cerah dan mempunyai rasa manis masam. Di dalam sebiji buah langsat terdapat beberapa ulas isi yang mempunyai biji di dalamnya.

Buah ini boleh dimakan begitu sahaja apabila masak. Oleh itu artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan buah langsat.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Berkhasiat

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah langsat.

  • Tenaga: 34 kcal
  • Karbohidrat: 8.2 g
  • Serta: 0.9 g
  • Protein: 0.4 g
  • Lemak: 0 g

Setiap 100 g buah langsat dapat membekalkan sebanyak 34 kcal tenaga, 8.2 g karbohidrat dan 0.9 g serat. Kandungan protein dan buah langsat boleh diabaikan kerana terlalu rendah 0.4 g per 100 g buah langsat. Selain itu buah langsat turut mempunyai komponen penting lain seperti vitamin C, kalium, kalsium dan fosforus.

10 Khasiat Buah Langsat

1. Meningkatkan sistem imunisasi

Sistem pertahanan badan merupakan sistem yang melindungi tubuh badan dari serangan virus dan patogen dari luar. Sistem imuniti yang lemah akan mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema dan batuk.

Vitamin C dapat membantu untuk meningkatkan imunisasi badan dengan menyokong fungsi sel darah putih yang membantu untuk menyingkirkan patogen dan kuman dari luar. Buah langsat merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin C di mana setiap 100 g buah ini dapat membekalkan sebanyak 13 mg vitamin C. 

2. Mencegah keradangan

Keradangan ataupun inflamasi merupakan antara salah satu cara badan untuk melawan serangan dari luar. Namun begitu, apabila terlalu banyak berlakunya keradangan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetes dan lain-lain kerana berlakunya kerosakkan pada sel tubuh. 

Buah langsat mengandungi vitamin C yang dapat mencegah keradangan dan juga komponen anti-oksida lain yang bermanfaat untuk tubuh badan.

3. Menjaga kesihatan kulit

Tahukah anda bahawa masyarakat dahulu menggunakan buah langsat untuk menjaga kesihatan kulit. Kulit dan isi buah langsat telah digunakan sebagai pencuci muka, toner, masker dan juga pelembab wajah. Ianya dikatakan dapat membantu untuk mencerahkan tona wajah.

4. Memberi tenaga segera

Bagaimana buah langsat dapat membantu untuk memberikan tenaga segera? Buah langsat mengandungi sejenis karbohidrat yang digelar fruktosa. Fruktosa merupakan sejenis gula yang dapat didapati di dalam semua jenis buah.

Namun  harus diingatkan bahawa pengambilannya haruslah secara bersederhana kerana pengambilan berlebihan dapat meningkatkan gula di dalam darah. 

5. Bersifat anti malaria

Malaria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit. Parasit tersebut disebarkan oleh nyamuk yang telah dijangkiti oleh parasit.

Antara simptom seseorang itu dijangkiti oleh malaria adalah demam dengan suhu badan yang tinggi, menggigil dan lain-lain. Biji buah langsat mengandungi sejenis komponen yang dapat mengganggu kitar hidup parasit lalu dapat mencegah penyakit malaria, 

6. Bersifat anti bakteria

Jangkitan bakteria dapat menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan yang dapat menjejaskan kualiti kehidupan seharian. Penggunaan antibiotik secara berlebihan dan tidak tepat dapat menyebabkan rintangan terhadap antibiotic.

Beberapa kajian telah mendapati bahawa ekstrak buah langsat terbukti berkesan untuk mengatasi beberapa jenis serangan  bakteria.

7. Baik untuk masalah kulit

Buah langsat turut bagus bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. Secara tradisionalnya, buah langsat digunakan untuk mengubati masalah kulit seperti kegatalan, keradangan, kemerahan dan jerawat. Caranya adalah dengan menyapu buah ini pada bahagian kulit yang bermasalah.

8. Kaya dengan vitamin A

Tahukah anda apakah kelebihan vitamin A? Vitamin A merupakan sejenis vitamin larut lemak yang baik untuk penglihatan dan kesihatan mata. Ianya turut berfungsi untuk menjaga kulit. Buah langsat mengandungi vitamin A yang bermanfaat untuk kesihatan.

9. Merawat masalah cirit birit

Masalah cirit-birit merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh masyarakat kita. Ianya boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan bakteria pada saluran pencernaan dan penghadaman. Buah langsat dapat merawat masalah ini kerana kandungan serat yang ada di dalamnya. Seratnya juga bagus sebagai makanan kepada bakteria baik di dalam usus. 

10. Menghalang serangan serangga

Diganggu serangga pasti membuatkan kita merasa tidak selesa untuk melakukan aktivit harian dengan tenang. Tahukah anda, secara tradisionalnya, kulit buah langsat digunakan sebagai penghalau serangga? Caranya adalah dengan membakar kulit buah langsat dan diletakkan di tempat yang diingini.

Khasiat Buah yang lain

Khasiat Buah LangsatKhasiat Buah Manggis
Khasiat Buah DokongKhasiat Buah Pulasan
Khasiat Buah RambutanKhasiat Buah Mata Kucing
Khasiat Buah LonganKhasiat Buah Nona
Khasiat Buah TinKhasiat Jagung

Rujukan:

  1. Abdallah, H. M., Mohamed, G. A., & Ibrahim, S. R. M. (2022). Lansium domesticum—A Fruit with Multi-Benefits: Traditional Uses, Phytochemicals, Nutritional Value, and Bioactivities. Nutrients14(7), 1531. MDPI AG.
  2. Jain, . (2018, November 16). Health Benefits of Langsat Fruit. Medindia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 13 =