Skip to content

10 Khasiat Buah Mata Kucing Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah mata kucing? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen sihat dan khasiat buah mata kucing.

Pengenalan

Buah mata kucing atau nama saintifiknya Nephelium malaiense merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di negara kita. Buah ini mempunyai kulit yang bertekstur kasar, berbentuk bulat kecil dan mempunyai isi berwarna putih jernih. Bijinya pula berwarna hitam, bulat dan licin. Ini yang membuatkan buah ini digelar mata kucing kerana rupa bentuk isinya yang seakan-akan mata kucing.

Buah ini mempunyai rasa yang manis dan enak dimakan ketika cuaca panas kerana ianya mempunyai kandungan air yang tinggi. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa buah ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Artikel ini akan mengulas dengan lebih lanjut akan kebaikkan buah mata kucing terhadap kesihatan.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Penting

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang boleh didapati di dalam 100 g buah mata kucing. 

  • Tenaga: 70 kcal
  • Karbohidrat: 16 g
  • Protein: 0.8 g
  • Lemak: 0.3 g

Di dalam setiap 100 g buah mata kucing terdapat sebanyak 70 kcal tenaga dan 16 g karbohidrat. Terdapat juga sebanyak 0.8 g protein dan 0.3 g lemak di dalam buah ini. Selain itu, buah mata kucing turut mengandungi komponen penting lain seperti mineral kalium, vitamin C dan riboflavin. Ianya turut mempunyai paras sodium yang rendah.

10 Khasiat Buah Longan untuk Kesihatan

1. Memberi tenaga segera

Tahukah anda bahawa buah mata kucing mampu untuk memberi tenaga dengan segera. Hal ini kerana ianya mempunyai kandungan air dan mineral yang mampu untuk menghidrat tubuh badan. Selain itu ianya juga mempunya kandungan gula fruktosa, iaitu sejenis gula yang terkandung di dalam buah yang mampu untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. 

2. Rendah kandungan kalori

Buah mata kucing juga merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan kalori yang rendah. Di dalam setiap 100 g buah ini terdapat hanya sebanyak 70 kcal tenaga. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah jadikan buah ini sebagai snek harian. Tapi harus diingat pengambilan yang berlebihan pun boleh menaikkan berat badan ya. 

3. Sesuai untuk pesakit darah tinggi

Buah mata kucing merupakan sejenis buah yang sesuai diambil oleh pesakit darah tinggi kerana ianya mengandungi kandungan sodium ataupun garam yang rendah. Pesakit darah tinggi haruslah mengehadkan pengambilan sodium harian mereka untuk mencegah kenaikkan paras tekanan darah.

4. Mengawal paras tekanan darah

Tahukah anda bahawa buah mata kucing kaya dengan mineral yang kalium? Apakah kebaikkan mineral ini? Kalium berfungsi untuk mengembangkan saluran darah lalu sedikit sebanyak dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan darah. Hal ini dapat membantu pesakit darah tinggi mengawal paras tekanan darah mereka.

5. Baik untuk jantung

Jantung yang sihat merupakan nadi kepada kesihatan. Hal ini kerana jantung merupakan antara organ yang menjalankan fungsi terpenting kepada tubuh badan seperti membekalkan oksigen kepada tubuh badan manusia. Buah mata kucing mengandungi kandungan kalium yang mampu untuk membantu otot jantung untuk mengecut dan mengendur dengan baik. Hal ini dapat membantu jantung untuk mengepam dengan lebih baik.

6. Meningkatkan sistem imuniti

Sistem imuniti yang kuat dapat membantu tubuh badan untuk melawan patogen dan virus yang menyerang tubuh badan. Buah mata kucing dapat membantu menguatkan sistem imuniti tubuh badan kerana ianya mengandungi kandungan vitamin C yang mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Vitamin C bertindak dengan membantu mengaktifkan sel darah putih iaitu sejenis sel darah yang berfungsi untuk melindungi tubuh badan dari serangan luar.

7. Mencegah skurvi

Tahukah anda apa itu penyakit skurvi? Skurvi adalah satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin ini dapat menyebabkan keadaan seperti keletihan, lesu dan gusi yang senang berdarah. Buah mata kucing kaya dengan kandungan vitamin C di mana setiap 100 g buah ini dapat membekalkan sebanyak 70 mg vitamin C. Satu jumlah yang agak banyak bukan?

8. Mencegah anemia

Anemia adalah satu keadaan di mana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah. Keadaan ini akan menyebabkan oksigen tidak dapat diangkut dengan cekap keseluruh badan dan menyebabkan pesakit berasa cepat penat dan lesu. Buah mata kucing mengandungi kandungan vitamin C yang mampu untuk membantu penyerapan zat besi ke dalam badan. Zat besi yang mencukupi dapat membantu di dalam penghasilan sel darah merah.

9. Baik untuk kesihatan kulit

Buah mata kucing juga bagus untuk kesihatan kulit kerana kandungan vitamin C yang berfungsi untuk menghasilkan kolagen pada tubuh badan. Selain itu vitamin C juga berfungsi sebagai antioksida untuk menjaga sel kulit daripada kerosakkan.

10. Bertindak sebagai antioksida

Antioksida merupakan sejenis komponen yang membantu menghalang tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif ini terjadi kerana terdapatnya keradangan dan tekanan terjadap sel. Sekiranya berlanjutan, tekanan ini akan dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada tubuh badan manusia.

Khasiat Buah yang lain

Khasiat Buah LangsatKhasiat Buah Manggis
Khasiat Buah DokongKhasiat Buah Pulasan
Khasiat Buah RambutanKhasiat Buah Mata Kucing
Khasiat Buah LonganKhasiat Buah Nona
Khasiat Buah TinKhasiat Jagung

Rujukan:

  1. Food Compositon Database Module Industry. (n.d.). fcd.moh.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + 1 =