Skip to content

Air Cuka dan Garam. Adakah Benar boleh membuang tenaga negatif dalam rumah?

Tular satu post di Facebook menyatakan bahawa terdapat cara untuk mengesan aura negatif di dalam rumah kita dengan menggunakan air cuka dan garam. Post tersebut kami telah sertakan dibawah dan kami ingin memberi penjelasan berkenaan perkara ini

Di dalam post tersebut ada berapa point yang kita perlu tahu

  1. Cara untuk mengesan aura negatif di dalam rumah
  2. Cara tersebut mengunakan cuka dan garam yang diletakkan di dalam rumah. Selepas 24 jam, garam itu didapati naik ke atas dinding gelas. Dikatakan keputusan ini menunjukkan dalam rumah tersebut mempunyai aura negatif dan prosedur tersebut perlu diulang berkali-kali sehingga keadaan garam yang naik ke atas dinding gelas itu tidak terjadi
  3. Bacaan Ayat-quran kepada air tersebut

Cara untuk mengesan aura negatif di dalam rumah

Betul. Kita memang boleh merasakan adakah kita ini sedang berada dalam keadaan yang negatif dan juga positif. Dan perkara tersebut juga boleh dipengaruhi oleh keadaan sekeliling kita seperti di dalam rumah, dengan orang yang kita berurusan dan lain-lain lagi.

Tetapi adakah tenaga ataupun aura negatif sebagai contoh dari dalam rumah boleh dikesan. Jika pada seseorang kita boleh tanya orang tersebut bagaimana moodnnya pada hari ini.

Tetapi belum lagi ada satu kaedah ataupun alat yang kita boleh gunakan untuk mengesan sama ada dalam rumah tersebut mempunyai aura negatif yang banyak ataupun tidak. Malah tiada lagi kajian yang telah menjumpai berkenaan hal tersebut.

Jika anda merasakan tidak tenteram bila balik rumah, mungkin ada banyak aspek yang perlu dilihat. Jangan disebabkan rumah bersepah dan rasa tidak tenteram, maka anda menggunakan kaedah air garam+cuka ini. Sudah tentu tak menyelesaikan masalah tersebut.

Menggunakan Garam dan Cuka untuk mengesan tenaga negatif di rumah

Telah viral satu post seperti yang saya letakkan di atas yang menyatakan bolehnya kita mengesan dan juga membuang tenaga negatif dari rumah menggunakan Cuka dan juga garam.

Malah keputusannya juga membuatkan orang lain percaya kepada hal tersebut. Dimana garam tersebut benar-benar melekat pada dinding gelas air dan naik lebih tinggi dari paras air.

Sebenarnya, pembaca perlulah tahu bahawa perkara ini adalah proses yang dinamakan sebagai penghabluran ataupun ‘crystallization‘.

Ketika air garam + cuka tersebut diletakkan dalam gelas yang terbuka dan terdedah, maka ia membenarkan air tersebut tersejat(Bukan sajat) menjadi wap air. Keadaan dalam air yang bertambah pekat dengan garam akan menyebabkan garam ini menjadi kristal ataupun hablur garam semula yang akan melekat pada dinding gelas.

Boleh rujuk dalam eksperimen ini. Di dalam video ini, dia menggunakan garam kuprum (II) sulfat yang berwarna biru. Setelah beberapa hari, garam telah terbentuk pada benang itu dan juga pada dinding gelas kaca yang digunakan.

Oleh itu, perkara ini adalah suatu fenomena yang normal. Ia bukan digunakan untuk mengesan tenaga negatif. Ianya adalah suatu perkara yang boleh dijelaskan dengan sains

Menggunakan ayat al-quran dalam kaedah ini

Tiada nas dalam al-quran mahupun dalam hadith berkenaan perkara ini. Malah kaedah ini diambil dari pelbagai laman web luar negara. Ia bukanlah berasal dari islam.

Cuba search dalam google ‘How to detect negative energy in house’, anda akan jumpa pada muka pertama google adalah kaedah mengesannya menggunakan cuka dan garam. Selalunya perkara ini apabila dapat dekat orang islam Malaysia, di islamkannya dengan memasukkan elemen islamik seperti bacaan ayat quran dan sebagainya.

Kesimpulan

Kita tidaklah menolak bahawa wujudnya perasaan negatif ataupun emosi yang tidak baik pada seseorang. Tetapi tiada lagi cara yang benar-benar terbukti untuk mengesan tenaga negatif yang berada di dalam rumah terutamanya.

Cara yang ditunjukkan di dalam post yang telah tular tersebut pula adalah lebih kepada fenomena sains yang biasa dan selalu kita lihat terutamanya bagi mereka yang berkerja di kilang garam.

Artikel Mitos yang Lain

Minum Kicap Anak Jadi HitamMakan Nanas Punca Keguguran
Mandi Malam Punca Paru BerairLumpuh Sebab Ambil Air Tulang Belakang
Gelombang Telefon Punca KanserMSG punca Sakit Kepala
Rawat Stroke Dengan Cucuk JariEpal Stem Cell bagus untuk Kulit
Belimbing Buluh Kurangkan Kuning BayiPanadol Punca Hati Rosak
Rawatan Ozon TerapiDiet Ikut Jenis Darah
Penjual Air Reverse OsmosisKeluarkan Darah Rawat Gout
Cuka dan Garam untuk Buang Tenaga NegatifTerapi Rendaman Kaki Ion
Vitagen Punca KanserProduk Cuci Kerak Usus
Mandi Waktu Peluh Punca Panau

1 thought on “Air Cuka dan Garam. Adakah Benar boleh membuang tenaga negatif dalam rumah?”

  1. πŸ˜‚sempat melawak lg, sajatla keje kilang garamlaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚tp benar.πŸ–’πŸ–’πŸ–’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 8 =