Penjual air Reverse Osmosis(RO) yang menipu pelanggan

***Post ini tidak merujuk kepada semua penjual air Reverse Osmosis(RO)

Mesti ramai daripada anda semua pernah berjumpa dengan penjual mesin air jenis Reverse Osmosis(RO). Dan mesti anda pernah juga melihat mereka melakukan demo dihadapan anda untuk menunjukkan beza diantara air biasa dan juga air RO drpd mesin mereka.

560832_10201796575465320_889785656_n

Perbezaan air yang digunakan apabila telah menjalani demo yang dibuat oleh penjual air RO. Nampak disitu air RO masih kelihatan bersih. Kami ada penjelasannya dibawah

Ada beberapa cara ataupun eksperimen yang mereka akan tonjolkan kepada anda agar anda percaya bahawa air Reverse Osmosis benar-benar lebih bagus daripada air yang lain.

Sebelum itu ingin saya memberi tahu bahawa air reverse osmosis adalah air yang benar-benar tulen. Bermaksud tiadanya molekul ataupun ion lain yang terdapat di dalam air tersebut. Air ini terhasil drpd satu proses yang dinamakan sebagai reverse osmosis.

Dimana air paip akan melalui satu lapisan membrane yang separa telap(semi permeable) yang hanya akan memberi laluan kepada molekul air sahaja. Ion ataupun molekul yang lebih besar drpd air akan tersekat pada membrane tersebut. Hasilnya adalah air yang benar-benar tulen dan tidak akan ada sebarang molekul ataupun kompoun lain di dalam air tersebut.

Saya masih ingat lagi 2 kaedah yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Kedua-dua kaedah ini menggunakan reaksi kimia agar perubahan dapat dihasilkan pada air

1. Menggunakan larutan Potassium Iodide

Penjual akan menunjukkan dua jenis air iaitu satu air paip dan satu lagi air RO. Selepas itu dia akan titiskan cecair jernih drpd satu botol kecil ke dalam kedua-dua bekas tersebut.

Bekas yang mempunyai air RO tidak berlaku sebarang perubahan apabila cecair daripada botol kecil itu dititiskan. Manakala bekas yang mempunyai air paip pula warnanya akan berubah kepada warna kuning keperangan.

Selepas itu, penjual itu akan menyatakan warna kuning keperangan inilah kekotoran yang berada di dalam air tersebut. Inilah yang akan mendatangkan penyakit ke atas badan.

Berlainan pula dengan air RO yang tiada sebarang perubahan langsung. Air ini sangat bersih dan bagus untuk kesihatan tambah penjual mesin RO

Penjelasan kami:Bila keadaan ini berlaku dihadapan mata saya, saya seolah-olah macam tak percaya. Tapi saya ingat balik ape yang cikgu-cikgu sekolah saya ajarkan. Segala ilmu kimia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Jadual berkala unsur, kumpulan halogen yang berada di dalam jadual tersebut dan juga bab electronegativiti semuanya menancap masuk ke dalam otak semula.

Maka teringat saya satu kompaun yang boleh bertindak balas dengan klorin di dalam air paip. Ianya dipanggil sebagai potassium iodide. Terus saya ambil botol kecil tersebut drpd penjual itu dan melihat pada kandungannya. Benar telahan saya, ianya potassium iodide.

Disebabkan klorin ini merupakan unsur yang terletak lebih atas dalam jadual berkala unsur, maka kekuatan elektronegativiti nya (kekuatan menarik elektron) lebih kuat berbanding unsur iodin (ataupun ion iodide dalam kes ini). Maka, ion iodide akan mendermakan elektronnya kepada atom chlorine menukarkan Ion iodide kepada unsur iodine yang berwarna kuning keperangan.

Disebabkan reaksi ini, iodine akan terhasil dan akan mewarnakan air paip itu kepada warna perang. Ujian ini hanya menunjukkan bahawa wujudnya Klorin dalam air paip itu. Bukan pula menunjukkan air paip itu kotor, tidak elok dan sebagainya. Klorine yang digunakan dalam air paip juga telah diletakkan pada tahap paling minimum yang sesuai untuk setiap manusia. Ia digunakan untuk membunuh majoriti bakteria dalam air paip yang selalu kita minum.

2. Menggunakan Proses elektrolisis

Penjual akan memasukkan 2 Rod besi ke dalam air paip dan juga 2 rod besi ke dalam air RO. Keempat-empat rod ini akan bersambungan dengan punca elektrik.

Ketika arus elektrik dibuka kelihatan tiada reaksi yang berlaku di dalam air RO. Manakala pada rod besi dalam air paip pula berlakunya tindak balas kimia yang dicetuskan oleh arus elektrik itu. Rod besi yang mewakili cathode akan menghasilkan gas dan yang mewakili anode pula seolah-olah mengeluarkan bendasing berwarna kuning keperangan.

Setelah dibiarkan beberapa minit, keseluruhan air paip itu akan bertukar menjadi warna perang pekat dan penjual mesin RO akan mengatakan inilah bukti bahawa air paip mempunyai banyak benda yang kotor di dalamnya. Malah mereka juga menggunakan air mineral dan mendapati keputusan yang sama. Iaitu air akan menjadi kotor.

Penjelasan kami: Tindak balas ini sebenarnya dinamakan sebagai elektrolisis. Ia boleh berlaku dalam air paip ataupun air mineral disebabkan kehadiran garam mineral(ion) yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Berbanding dengan air RO, ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik kerana ketiadaan garam mineral ini. Ini menyebabkan tiada tindak balas kimia yang berlaku dalam air RO

Ketika mana arus elektrik dialirkan dalam air paip, maka besi pada rod anode akan dioksidakan menjadi Ferum 3+ yang berwana coklat keperangan. Oleh sebab itu, ianya akan menukarkan air paip itu menjadi warna perang apabila dibiarkan lama.

Proses ini bukanlah menunjukkan air paip ataupun air mineral itu kotor. Ia hanya menunjukkan kehadiran mineral dalam air tersebut yang membenarkan arus elektrik berjalan dan tindak balas kimia boleh berlaku. Ia langsung tidak menunjukkan air tersebut kotor.

air-ro

Mesin Elektrolisis yang selalu digunakan oleh penjual mesin air RO.

Kesimpulan kami, cara2 demo seperti ini hanya memberi salah faham terhadap tindak balas kimia yang berlaku. Apa2 yang dikatakan oleh penjual air RO tersebut langsung tiada kaitan dgn reaksi kimia itu. Mereka hanya menggunakan sains untuk menarik pelanggan untuk membeli mesin mereka.

Diharap semua tidak tertipu lagi dengan demo-demo seperti ini
Sekian.

15 thoughts on “Penjual air Reverse Osmosis(RO) yang menipu pelanggan

  1. Bagaimana pula dengan air mild alkaline yang bermineral?

    Adakah air ini sangat bagus untuk kesihatan berbanding air reverse osmosis..

    Terima kasih

    1. Pandangan saya sahaja (saya bukan admin) – tidak ada perbezaan

      Kalau kita malnutrition, air bermineral boleh jadi ada kebaikkan. Misalnya kalsium rendah, atau potassium rendah. Tapi persoalannya adakah kita manusia yang sihat ni tak cukup mineral? Badan kita sentiasa mengawal kandungan mineral dengan jitu dan presis, orang yang sihat minum macam mana sekalipun kadungan mineral akan dikawal kepada julat normal melalui proses hemoistasis.

      Selain itu kita juga boleh dapat sumber meneral dari makan seperti sayur-sayuran dan daging yang biasanya mencukupi bagi individu normal. Jadi what is the point supplementing dengan “air alkali dengan mineral” when in-fact badan kita sentiasa mengawal kandungan meneral dengan presis.

      Kalau minum air beralkali dengan meneral pun kadungan mineral tidak berubah, minum air masak pun tak berubah dan minum air RO pun kandungan meneral tak berubah (provided you are taking normal diet). Ada perbezaan ka antara ketiga-tiga air ni?

      #Kecuali kalau anda memang badan mempunya masalah kesihatan yang mengangu proses homeostasis mineral jadi ini satu isu yang lain.

      Hanya pandangan saya. 😉

      1. Nak tambah sikit …

        pH dalam badan pun dikawal dengan presis, so minum yang alkali sekalipun tidak dapat membuat badan lebih beralkali

    1. air alkaline tak boleh diminium kerap dan boleh menyebabkan batu katang dan ia tak betul betul ditapis 100 peratus. Saya guna Amway eSpring. Even uric acid dalam badan pun kurang apatah kencing pun lawas ok. Jangan mudah tertipu dengan product penapis air yang air coke pun tak boleh nak turaskan kepada air jernih.

  2. Produk Elken jual RO water dan katanya mendapat pengiktirafan emas oleh pakar air dunia. Adakah ianya betul dan blh dipercayai atau hanya scam?

    1. ada juga yang terbaik di dunia dengan boleh menapis 140 possible health contaminants dengan teknologi smartchip…. e-spring.

  3. Artikel ini adalah tidak tepat, dan merupakan sebahagian dari ujian dan fakta yg tidak tepat terhadap air tulen, Air tulen juga boleh di ukur dgn menggunakan ppm tester yang mengukur bahan yang terlarut dlm air. Dengan menggunakan proses osmosis berbalik ia dpt menapis air sehingga menghasilkan air tulen. Untuk mendapat jawapan sebenar tidak boleh hanya dgn menggunakan ujian rode sahaja. Air tulen langsung tidak mempunyai mineral. Air sudah tentunya H2O, hanya mengandungi Hidrogen + oksigen. Dan tidak mengandungi sbg mana mineral Hidrogen + Oksigen + mangan + zat besi. Pencampuran ini sudah tentu bukan lah air sebenar..

    1. Bukan semua penapis adalah RO.
      R.O adalah merujuk kpd proses yg berlaku didalam mesin penapis tersebut. Osmosis berbalik.
      Cara umum dan mudah utk tahu mesin tersebit adalah RO, adalah dengan memerhatikan saluran air buangan. jika terdapat saluran air buangan menandakan ianya adalah penapis yang menggunakan sistem RO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.