1644Shares

Tular satu post yang menceritakan rawatan gout dimana dalam rawatan tersebut satu jarum digunakan untuk mencucuk kawasan sendi yang sedang keradangan disebabkan gout. Post tersebut seperti dibawah

Mengeluarkan Bisa Gout, Alhamdullilah dan terima kasih Ustaz Al Arif.#emceeazmiej#gout

Posted by Azmi EJ on Jumaat, 27 Julai 2018

Kami ada beberapa perkara yang ingin diperjelaskan.

1) Punca Gout

Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam sendi dan membentuk kristal dalam bentuk monosodium urate terhasil.

Ini akan menyebabkan sel darah putih mengesan kristal ini sebagai penceroboh di dalam badan. Lalu, sel darah putih pun beramai datang ke kawasan sendi yang terlibat dan merembeskan bahan yang menyebabkan keradangan. Akhirnya, sendi pun bengkak dan menjadi sangat sakit.

Selalunya pesakit mempunyai faktor risiko seperti

Pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan purine juga boleh menyebabkan gout terjadi

2) Kenapa darah memancut keluar dari kawasan gout?

Apa yang berlaku dalam video tersebut adalah jarum dicucuk pada salur darah dan ini menyebabkan darah memancut keluar. Ia bukan dicucuk terus ke dalam sendi tersebut. Sebab itu pengamal itu cucuk secara menyerong untuk terus mengenai saluran darah.

Apa yang keluar adalah darah daripada saluran darah jenis arteri. Sebab itulah darah itu kejap memancut kuat kemudian lemah. Ini kerana saluran darah arteri membawa darah yang dipam terus dari jantung ke kawasan badan yang lain. Ia memancut sama seperti denyutan nadi.

Cucuk kaki sebelah kiri ataupun kanan, kaki yang mempunyai gout ataupun tidak, ia masih akan menyebabkan kesan yang sama iaitu darah tersebut boleh memancut sama seperti dalam video di atas.

3) Kenapa darah tersebut membeku?

Ini adalah keadaan normal bagi semua jenis darah. Faktor pembeku berserta platlet akan menjalankan tugasnya apabila ia keluar dari saluran darah. Akhirnya darah tersebut akan membeku sama seperti darah haiwan yang lain(sebagai contoh darah lembu)

4) Adakah cara ini berkesan untuk mengelakkan serangan gout?

Gout bukanlah dirawat dengan membuang darah di dalam badan kerana kekurangan darah dalam badan itu sendiri akan membawa mudharat yang besar kepada diri.

Cara rawatan gout adalah dengan mengurangkan punca yang boleh menyebabkan peningkatan asid urik dalam badanĀ  berlaku seperti mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan purine yang tinggi dan juga mengelakkan diri daripada mempunyai faktor risiko yang telah diterangkan di atas.

Jika anda keluarkan darah tetapi masih lagi tidak berpantang daripada makanan yang telah dinyatakan, maka serangan gout masih akan terus berlaku.

Selain itu, penggunaan ubat cholchicine juga digunakan untuk merawat serangan gout. Ia dapat merencat keradangan yang berlaku dikawasan sendi yang terlibat

Bagi pembacaan penuh berkenaan gout, boleh rujuk kepada link ini

Gout: Punca, Rawatan dan Cara untuk Mengelakkannya