Betul Ke Produk Apple Stem Cell Bagus untuk Kesihatan dan Kulit?

Penggunaan stem cell merupakan suatu teknologi yang sangat berguna di masa kini dan masa hadapan. Ianya telah dibuktikan mampu merawat penyakit thalasemia dan juga beberapa jenis penyakit kanser darah. Malah pada masa hadapan, ianya dikatakan boleh membantu dengan lebih banyak lagi dalam penyembuhan sesuatu penyakit

Stem cell merupakan sel asas yang belum diubahsuai menjadi sel-sel yang spesifik seperti sel otot, sel lemak dan sebagainya. Contoh stem cell adalah sel yang baru sahaja terhasil selepas persenyawaan diantara ovum dan sperma. Sel seperti ini mampu berubah menjadi sel otot, sel otak, sel jantung dan sebagainya. Jika kita mampu mengawal pembahagian stem cell dan juga pengubahsuainnya, maka kita mungkin mampu menghasilkan sesuatu organ ataupun yang berfungsi sepertinya

Oleh kerana itu, kajian yang intensif dilakukan pada stem cell ini agar ia mampu membantu manusia terutamanya dalam bidang perubatan pada masa hadapan

Conceptual cells

Gambaran sel

Cuba bayangkan jika daripada stem cell sahaja kita mampu menghasilkan jantung manusia, sudah tentu ianya mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung.

Jika kita mampu menghasilkan sel beta yang sama seperti dalam pankreas, mungkin kita juga mampu merawat penyakit kencing manis

Dan pelbagai lagi potensi yang kita boleh dapat dengan mengkaji perkara ini

Stem cell dan kecantikan kulit

Sudah menjadi trend sekarang dimana ramai daripada kaum wanita menggunakan produk stem cell utk mencantikkan kulit. Tetapi adakah kita tahu bahawa produk yang dikatakan mempunyai stem cell itu hanyalah retorik semata-mata. Pendek kata, tiada langsung stem cell yang benar-benar wujud dalam produk mereka.

Jika kita lihat pada packaging produk mereka, selalunya ia wujud dalam 2 bentuk iaitu sama ada dalam krim ataupun dalam bentuk serbuk yang dikeringkan. Kita semua sedia maklum setiap sel perlu berada pada suhu dan keadaan yang sesuai untuk terus hidup. Begitu juga stem cell. Packaging yang berbentuk serbuk yang dikeringkan mahupun dalam bentuk krim akan membunuh stem cell itu serta merta.

Ini kerana:
1) Bila sesuatu sel dikeringkan ia akan menyebabkan kandungan air di dalam sel semakin kurang dan metabolisma di dalam sel tidak dapat berjalan seperti biasa. Akhirnya, sel kekeringan dan mati. Perlu diketahui bahawa majority komposisi sesuatu sel adalah air. Air tiada, maka sel pun mati.

2)Stem sell dalam bentuk krim yang tertutup pula akan menyebabkan sel kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen, metabolisma pun tidak akan berlaku dan sel akan mati. Bukan itu sahaja, krim juga selalumya bersifat hypertonic dan ini akan menyebabkan air diserap keluar drpd sel. Seperti yang saya kata di atas, jika air tiada sel akan mati.

Yang anda guna itu mungkin hasil terakhir stem cell yang telah mati dan ia tidak mendatangkan manfaat pada kulit pun

Apple stem cell untuk mencantikkan kulit manusia?

Perkara ini menjadi semakin tidak masuk akal apabila ada yang menggunakan stem cell drpd epal(tumbuhan) untuk digunakan pada manusia.

Penggunaan stem cell daripada tumbuh-tumbuhan tidaklah mampu menyebabkan kulit manusia menjadi semakin cantik. Ini kerana stem cell drpd tumbuhan mempunyai genetik yang sangat berbeza drpd manusia. Ia tidak akan membantu sel-sel kulit untuk menghasilkan kulit yang baik.

Kesimpulan kami, tiada pun stem cell daripada epal yang boleh memberi kesan yang efektif kepada kulit kita

images-1

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science

2 Replies to “Betul Ke Produk Apple Stem Cell Bagus untuk Kesihatan dan Kulit?”

  1. Penjual produk2 mengarut ni mana nak baca semua ni. Yang penting makcik2 percaya, duit pun masuk. Musibah2.

  2. Assalam… doc, mohon kupaskan tentang pelbagai jenama lotion dan gel lutut yang kononnya boleh menyembuhkan sakit lutut.
    I’m recovering from a knee surgery tapi dimomok kawan2 yang cakap patutnya sapu gel je boleh baik.
    Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.