Skip to content

10 Khasiat Cekur Terhadap Kesihatan

Apakah khasiat cekur kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat cekur, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Kenalkah anda akan ulam cekur? Cekur merupakan sejenis ulam yang menjadikan makanan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Cekur merupakan tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan mempunya sekitar tujuh helai daun sahaja.

Batangnya yang muda berwarna hijau muda manakala yang tua pula berwarna hijau tua. Ulam cekur mempunyai bau yang agak wangi dan mampu untuk menarik selera. Ianya biasa dimakan bersama sambal ataupun budu. Namun begitu apakah kebaikan ula mini terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan ula mini terhadap kesihatan.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Sihat

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang boleh didapati di dalam cekur.

  • Protein
  • Serat
  • Mineral seperti zink, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, selenium
  • Vitamin seperti vitamin C, B dan K
  • Komponen aktif yang lain seperti antibakteria, antiradang, antioksida

10 Khasiat Cekur Pada Kesihatan

1. Mengawal paras kolesterol

Paras kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit terutamanya penyakit yang berkaitan dengan salur darah dan jantung. Paras kolesterol tidak baik yang tinggi boleh mendatangkan masalah-masalah ini. Ulam cekur mengandungi kandungan antioksida yang dapat membantu untuk mengawal paras kolesterol darah.

2. Kaya dengan antioksida

Tekanan oksidatif sering terjadi disebabkan radikal bebas yang menyerang sel badan. Lama kelamaan tekana oksidatif ini dapat menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan lain-lain. Ulam cekur mengandungi komponen antioksida yang tinggi yang dapat mencegah tekanan oksidatif dan kerosakkan pada sel tubuh badan.

3. Rawatan batuk

Batuk merupakan masalah kesihatan yang sering dialami di musim endemic ini. Menurut rawatan perubatan tradisional, ulam cekur ini sering digunakan sebagai rawatan bagi masalah batuk. Caranya adalah dengan dengan mengekstrak jus daripada ulam ini lalu dicampurkan bersama madu dan limau sebagai perasa.

4. Rawatan kepada radang

Bagaimana ulam cekur dapat membantu di dalam mengatasi masalah radang? Ulam cekur merupakan sejenis ulam yang bersifat antiradang dan tahan sakit. Hal ini menjadikan ianya digunakan sebagai pengganti kepada ubat tahan sakit. Masyarakat Melayu sering menggunakannya sebagai rawatan kepada sakit kepala dan ulser mulut.

5. Membantu penyembuhan luka

Bagaimana cekur digunakan untuk membantu penyembuhan luka? Rizomnya akan dituam pada kawasan yang luka dan turut dicampur bersama minyak. Ianya dipercayai dapat mempercepatkan pengeluaran nanah dari kawasan luka. Selain itu, ianya juga bersifat anti bakteria dan dapat membantu untuk mengatasi sebarang masalah jangkitan kuman pada kawasan luka.

6. Mengurangkan masalah angin perut

Masalah angin dan kembung perut bukanlah suatu perkara yang asing lagi bagi kalangan rakyat Malaysia. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai punca antaranya kelewatan pengambilan makanan dan pengambilan makanan yang pedas dan berasid. Ulam cekur dapat membantu mengeluarkan angin di dalam badan kerana ianya mengandungi  komponen yang bersifat carminative. 

7. Merawat masalah kelumumur

Masalah kelemumur bukanlah masalah yang baru. Ianya disebabkan oleh kulit kepala yang terlalu kering lalu mengelupas ataupun jangkitan kulat pada kulit kepala. Cekur digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kelemumur.

8. Memberikan tenaga

Pernahkah anda merasa cepat penat dan letih setelah seharian penat bekerja. Ulam cekur ini dapat membantu untuk memberikan tenaga dengan segera. Caranya adalah dengan merebus ulam ini dengan segelas air dan meminumnya sebelum tidur. Ianya dapat memberikan tenaga untuk keesokkan harinya.

9. Merawat masalah tekanan darah tinggi

Masalah darah tinggi adalah masalah pengawalan tekanan yang dikenakan pada salur darah. Masalah ini dapat menyebabkan pelbagai masalah lain seperti serangan angin ahmar dan masalah jantung. Ulam cekur mengandungi komponen yang dapat membantu untuk mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai relaxant.

10. Mengawal paras gula di dalam 

Diabetes merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam badan ataupun juga disebabkan oleh insulin yang kurang sensitif. Hal ini menyebabkan paras gula di dalam darah tinggi dan gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dengan baik. Kandungan kaempferol di dalam cekur dapat membantu untuk mengurangkan paras gula di dalam darah.

Rujukan

  1. Srivastava, N., Singh, S., Gupta, A. C., Shanker, K., Bawankule, D. U., & Luqman, S. (2019). Aromatic ginger (Kaempferia galanga L.) extracts with ameliorative and protective potential as a functional food, beyond its flavor and nutritional benefits. Toxicology reports6, 521-528.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − one =