Skip to content

10 Khasiat Buah Kerdas yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah kerdas? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, khasiat dan komponen sihat di dalam buah ini

Pengenalan

Pernahkah anda mendengar akan istilah buah kerdas? Buah kerdas turut dikenali dengan nama lain iaitu buah genuak. Buah ini berasal dari keluarga Fabaceae. Ianya sering dijadikan ulam di dalam kalangan masyarakat Melayu. Bagi yang mengenali buah ini, pasti mereka sudah terbiasa dengan baunya yang kuat sama seperti ulam petai dan jering.

Warna buah ini bergantung kepada kematangannya di mana ianya akan berwarna hitam kegelapan apabila sudah tua dan berwarna putih kekuningan apabila masih muda. Namun begitu apakah kebaikkan buah ini terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan buah ini.

Kandungan Nutrisi dan Komponen Sihat

Buah kerdas merupakan ulam yang boleh dimakan bersama makanan utama dan mengandungi pelbagai jenis nutrisi. Ianya mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi manakala kandungan lemaknya pula rendah. Ianya turut mempunyai komponen penting yang lain seperti tannin dan tripsin. 

10 Khasiat Buah Kerdas untuk Kesihatan

1. Mencegah kencing manis

Diabetes merupakan penyakit kegagalan pengawalan gula di dalam darah. Ianya disebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak mencukupi ataupun masalah insulin yang tidak sensitif.

Hal ini akan menyebabkan gula di dalam darah kekal tinggi dan tidak dapat diturunkan dengan efektif. Pengambilan buah kerdas dikatakan dapat mencegah penyakit kencing manis namum pengambilannya haruslah secara bersederhana.

2. Melawaskan kencing

Masalah kencing yang tidak lawas merupakan antara masalah kesihatan yang sering dihidapi oleh segelintir masyarakat Malaysia. Ianya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran kencing.

Antara simptomnya adalah kencing di dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap dan berasa pedih dan panas ketika kencing. Mengikut perubatan tradisional buah kerdas dikatakan dapat membantu untuk mengatasi masalah kencing yang tidak lawas ini.

3. Pengawalan darah tinggi

Darah tinggi merupakan antara penyakit yang merbahaya kerana ianya dapat membawa maut di dalam diam. Hal ini kerana penyakit ini terkadang tidak mendatangkan simptom yang signifikan untuk disedari oleh pesakit darah tinggi.

Buah kerdas dikatakan dapat membantu di dalam pengawalan darah tinggi kerana kandungan anti oksida yang ada padanya. 

4. Kaya dengan antioksida

Buah kerdas merupakan sejenis ulam yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi. Kajian telah mendapati bahawa ianya mengandungi tannin dan tripsin. Sifat antioksida yang tinggi berfungsi untuk mencegah dan melawan kerosakkan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

5. Menambahkan selera makan

Sering merasa sukar untuk membuka selera makan? Cubalah memakan ulam buah kerdas bersama nasi dan hidangan utama untuk membuka selera makan. Bagi sesetengah individu, bau ulam ini yang kuat dapat membantu untuk membuatkan mereka berasa lagi berselera untuk menikmati hidangan.

Masyarakat warga emas sering menjadikan buah ini sebagai ulam di dalam makanan harian mereka. Namun untuk kesan sampingan yang kurang, buah ini haruslah direbus terlebih dahulu. 

6. Rendah kandungan kalori

Bagi mereka yang cuba untuk mengawal pengambilan kalori, anda bolehlah menambah buah kerdas ini di dalam hidangan makanan anda. Ulam ini bukan sahaja kaya dengan antioksida dan nutrisi penting lain, malah turut mempunyai kadar kalori yang rendah.

7. Mengekalkan awet muda

Bagaimana pengambilan buah kerdas dapat membantu untuk mengekalkan awet muda? Buah kerdas tinggi dengan kandungan antioksida yang dapat membantu menjaga kesihatan kulit dengan mencegah tanda-tanda penuaan. Ianya juga dapat mencegah tekanan oksidatif yang dapat menyebabkan kerosakkan sel kulit. 

8. Menjaga sistem imun

Sistem imuniti yang lemah akan mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Buah kerdas merupakan antara buah yang kaya dengan tanin ianya dapat membantu untuk meningkatkan imunisasi badan dengan menyokong fungsi sel darah putih yang membantu untuk menyingkirkan patogen dan kuman dari luar.

9. Bersifat antibakteria

Jangkitan bakteria merupakan antara masalah yang dapat menyebabkan pelbagai jenis penyakit kepada kesihatan. Buah kerdas mempunyai komponen yang bersifat antibakteria di mana ianya dapat melindungi tubuh badan dari pelbagai penyakit.

10. Merendahkan paras kolesterol

Masalah kolesterol merupakan antara masalah yang dapat menyebabkan pelbagai masalah kardiovaskular yang lain. Paras kolesterol yang tinggi dapat menyebabkan penyumbatan pada salur darah lalu menyekat bekalan oksigen pada organ-organ penting. Buah kerdas mengandungi antioksida yang dapat menghalang paras kolestrol daripada meingkat.

Rujukan

  1. Lim, T. K. (2012). Archidendron bubalinum. In Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants (pp. 541-543). Springer, Dordrecht.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + two =