Skip to content

10 Khasiat Buah Pear yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah pear pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen berkhasiat dan juga khasiat anak kepada

Pengenalan

Tahukah anda akan buah pear? Buah pear merupakan sejenis buah yang berasal dari genus pyrus dan mempunyai bentuk yang tirus di bahagian atas dan sfera di bahagian bawahnya. Isinya pula berwarna putih dan kulitnya pula berwarna hijau kekuningan. Apakah khasiat buah pear pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen berkhasiat dan juga khasiat anak kepada

Kedua-dua kulit dan isi buah ini selamat dimakan, kulitnya mempunyai rasa sedikit kelat manakala isinya pula mempunyai rasa yang manis apabila sudah masak. Buah pear ini mempunyai kandungan air yang tinggi.

Buah ini telah lama digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti digunakan di dalam penghasilan minuman dan makanan. Namun begitu apakah kebaikkan buah ini terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikkan buah pear terhadap kesihatan tubuh badan manusia. 

Kandungan Nutrisi dan Komponen Penting

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang boleh didapati di dalam setiap 100 g buah pear.

KomponenKandungan
Tenaga, kcal66 kcal
Karbohidrat, g16 g
Serat. g1.8 g
Protein, g0.4 g
Lemak, g0

Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap 100 g buah pear dapat membekalkan sebanyak 66 kcal tenaga. Di samping itu, ianya turut mengandungi sebanyak 16 g karbohidrat dan 1.8 g serat.

Antara komponen penting yang boleh didapati di dalam buah pear adalah serat, kalium dan vitamin C. Selain itu, pear turut kaya dengan sumber antioksida, fruktosa dan sorbitol.

10 Khasiat Buah Pear pada Kesihatan

1. Mencegah masalah sembelit

Sembelit ataupun lebih dikenali sebagai masalah untuk membuang air besar bukanlah masalah yang asing lagi bagi dewasa dan kanak-kanak di Malaysia. Hal ini boleh disebabkan oleh kekurangan air atau serat di dalam diet harian. Kekurangan dua komponen ini akan mengeraskan najis dan menyulitkan proses untuk membuang air besar. Buah pear mengandungi sumber serat yang mampu untuk menggalakkan proses peristalsis iaitu proses pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit.

2. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman

Sistem penghadaman turut mengandungi bakteria baik yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Fungsi bakteria bakteria di dalam sistem penghadaman adalah untuk menjaga keseimbangan sistem penghadaman dan mencegah serangan bakteria jahat. Kandungan serat di dalam buah pear merupakan makanan kepada bakteria baik di dalam sistem penghadaman. Pengambilan serat yang mencukupi dapat memastikan bakteria baik di dalam sistem penghadaman mendapat makanan yang mencukupi.

3. Mencegah skurvi

Tahukah anda apakah itu skurvi? Skurvi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam badan. Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit skurvi adalah gusi yang senang berdarah, keletihan dan kelesuan. Buah pear mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan pengambilannya dapat membantu mencegah skurvi. Pengambilan vitamin C juga dapat membantu di dalam penyerapan zat besi di dalam badan dan membantu di dalam penghasilan sel darah merah. 

4. Meningkatkan penyerapan zat besi

Anemia adalah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen keseluruh badan. Hal ini akan menjadikan penghidap anemia berasa cepat penat, lesu dan pucat kerana sel badan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Vitamin C di dalam buah pear dapat membantu penyerapan zat besi lalu menggalakkan penghasilan sel darah merah. 

5. Baik untuk kulit

Memiliki kulit yang cantik dan sihat merupakan idaman setiap insan. Buah pear mengandungi kandungan antioksida yang tinggi yang dapat membantu untuk mencegah kerosakkan kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan. Ianya juga dapat membantu di dalam penghasilan kolagen.

6. Kaya dengan sumber kalium

Kalium merupakan sejenis komponen yang sangat berguna untuk badan. Kalium dapat membantu di dalam pengawalan tekanan darah kerananya ianya akan membuatkan salur darah untuk mengembang dan ini sekaligus dapat menurunkan tekanan yang dikenakan pada salur darah.

7. Bersifat anti kanser

Kanser merupakan antara penyakit yang merbahaya dan dapat membawa maut. Penyakit ini disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu membentuk sekumpulan sel kanser yang menganggu sel-sel di sekeliling. Buah pear mengandungi kandungan antioksida yang tinggi yang dapat mencegah kerosakkan pada sel-sel yang sihat di dalam tubuh badan.

8. Memberi rasa kenyang yang lama

Buah pear dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya. Serat yang tinggi dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana serat akan mengisi perut dalam tempoh lama yang lebih lama. Hal ini dapat membantu menjaga pengambilan kalori harian terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

9. Meningkatkan sistem imuniti

Sistem imuniti yang lemah akan mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Antara cara untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan adalah dengan pengambilan vitamin C. Buah pear merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan Vitamin C yang dapat membantu untuk meningkatkan imunisasi badan dengan menyokong fungsi sel darah putih yang membantu untuk menyingkirkan patogen dan kuman dari luar.

10. Merendahkan risiko diabetes

Diabetes merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam badan ataupun juga disebabkan oleh insulin yang kurang sensitif. Hal ini menyebabkan paras gula di dalam darah tinggi dan gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dengan baik. Buah pear merupakan sejenis buah yang mengandungi indeks glisemik yang rendah yang dapat membantu di dalam pengawalan paras gula di dalam darah. 

Rujukan

  1. Espley, R., & Martens, S. (2013). Health properties of apple and pear. Bioactives in fruit: health benefits and functional foods, 81-100.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =