Skip to content

Kanser Jantung: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah kanser jantung? Artikel ini akan membincangkan punca, simptom dan rawatan untuk masalah kanser ini.

Pengenalan

Tahukah anda, walaupun jantung kita boleh menghidapi pelbagai jenis masalah, namun kanser jantung adalah kanser yang paling jarang didapati di dunia. Kanser ini amat jarang dihidapi oleh orang muda dan lebih banyak dikesan pada orang yang lebih berusia. Kanser amat jarang tumbuh di jantung kerana sel-sel jantung yang unik.

Jantung diperbuat daripada tisu dan sel otot yang tidak tumbuh dengan cepat, yang menjadikannya agak mustahil untuk menjadi kanser. Kanser berhasil daripada sel-sel badan tumbuh dan membiak dengan sangat cepat melibihi kelajuan sel-sel yang normal. 

Punca Kanser Jantung

Kanser ini terbahagi kepada dua, primer atau sekunder. Kanser primer ialah kanser jantung yang terbentuk daripada tisu asal jantung sendiri dan kanser ini sangat jarang berlaku. Satu kajian mendapati bahawa hanya 7 daripada 12,000 orang menghidapi kanser ini daripada hasil bedah siasat mayat. Bahkan, di Mayo Clinic, sebuah klinik yang paling terkenal di Amerika Syarikat hanya melaporkan seorang pesakit kanser jantung primer ini setiap tahun.

Kanser jantung sekunder pula ialah kanser yang disebabkan oleh kanser pada organ lain yang telah merebak dan menghidapi jantung, menjadikan tisu kanser tersebut tumbuh di jantung pula. Walaupun jarang berlaku juga, kanser jantung sekunder adalah lebih banyak didapati berbanding kanser jantung primer.

Antara kanser-kanser yang boleh merebak ke jantung termasuklah yang berasal daripada organ yang bersebelahan atau berdekatan dengan bahagian jantung seperti seperti kanser paru-paru dan kanser payudara. Kanser sekunder juga boleh didapati daripada kanser yang merebak melalui darah seperti kanser esofagus, kanser buah pinggang, leukemia, limfoma dan melanoma.

Risiko

Oleh sebab kebanyakan kanser jantung berasal daripada kanser yang menghidapi bahagian organ lain, maka risiko kanser jantung juga akan turut berkurangan sekiranya anda mengelakkan diri daripada risiko kanser-kanser tersebut. Oleh itu, risiko untuk menghidapi kanser ini adalah lebih tinggi pada golongan yang:

  • Merokok atau menggunakan tembakau
  • Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk menggunakan sunscreen.
  • Membuat pemeriksaan berkala bahagian badan yang boleh mendapati risiko kanser yang boleh merebak ke jantung seperti payudara, PAP smear untuk kanser serviks dan kolonoskopi untuk kanser kolon. Lebih awal tumor dikesan, lebih besar kemungkinan rawatan untuk berjaya 100%. 
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser jantung adalah sangat digalakkan untuk menjalani pemeriksaan, kerana kanser ini boleh didapati daripada genetik.

Simptom Kanser Jantung

Gejala kanser ini adalah berbeza-beza mengikut lokasi kanser pada jantung. Kanser jantung boleh terbentuk pada beberapa tempat seperti pada permukaan luar jantung, dalam ruang jantung atau dalam dinding jantung.

Sekiranya kanser terletak pada bahagian ruang kanan jantung, pesakit boleh mendapat simptom-simptom seperti bengkak kaki, buku lali dan/atau perut atau ketegangan urat leher. 

Manakala, sekiranya kanser tersebut terletak pada bahagian perikardium (kantung nipis yang mengandungi cecair menutupi jantung), cecair akan berkumpul di dalam kantung tersebut dan simptom-simptom yang boleh didapati termasuklag sakit dada, sesak nafas, keletihan dan jantung berdebar.

Sebahagian kecil tisu kanser boleh tertanggal dan masuk ke dalam aliran darah lalu tersekat pada bahagian organ yang lain. Sekiranya tisu ini tersekat pada bahagian otak, pesakit boleh menghidapi strok dan sekiranya tersekat di paru-paru pula, pesakit boleh mengalami sesak nafas dan sakit dada. 

Antara simptom-simptom lain termasuklah:

  • Batuk berdarah
  • Masalah aliran elektrik jantung / irama jantung
  • Bengkak pada wajah
  • Demam
  • Pengurangan berat
  • Berpeluh malam
  • Letih dan lesu
  • Jari yang bertukar warna, atau bertukar menjadi biru (fenomena Raynaud), apabila tekanan dikenakan.
  • Kuku melengkung dan membesar

Oleh sebab simptom-simptom kanser ini adalah sangat serupa dengan simptom-simptom penyakit lain, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan masalah kanser.

Pemeriksaan dan Ujian

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengesahkan kanser jantung. Antaranya termasuklah:

  • Ekokardiogram. Alat ini merupakan alat yang paling sering digunakan untuk memeriksa jantung kerana doktor boleh melihat saiz dan lokasi kanser yang tepat dengan probyang dilalukan di atas dada. Terdapat juga dalam bentuk transesophageal iaitu prob akan dimasukkan ke dalam perut kerana jantung terletak berhampiran dengan perut untuk memeriksa imej jantung dengan lebih terperinci.
  • Elektrokardiogram (ECG atau EKG). Alat ini akan merekod aktiviti elektrik jantung, menunjukkan irama yang tidak normal (aritmia atau disritmia) dan mengesan kerosakan otot jantung yang boleh disebabkan oleh kanser.
  • X-ray dada. Untuk melihat saiz jantung yang membesar akibat kanser jantung dan melihat keadaan paru-paru yang juga boleh dikaitkan dengan kanser jantung.
  • Imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan pengimejan resonans magnetik (MRI). Digunakan untuk mengukur saiz kanser, lokasi dan ciri-ciri lain dengan lebih tepat. Perbezaan antara keduanya ialah, MRI menggunakan tenaga magnetik untuk mengimbas organ dalaman badan.
  • Biopsi. Kaedah ini dilakukan dengan mengambil sedikit isi kanser di jantung untuk memeriksa sel kanser menggunakan mikroskop. Biopsi boleh mengesahkan kanser ini melalui bentuk sel yang tidak normal. 
  • Ujian darah. Kebiasaannya digunakan untuk memeriksa kesihatan pesakit secara menyeluruh.

Rawatan

Rawatan khusus untuk kanser ini adalah berbeza mengikut pesakit berdasarkan beberapa faktor seperti umur, kesihatan keseluruhan, penyakit lain, tahap dan lokasi kanser, penerimaan badan pesakit terhadap ubat, prosedur atau terapi tertentu. Rawatan akan menjadi lebih mencabar apabila kanser jantung mula merebak ke tempat lain. Antara prosedur-prosedur dan rawatan yang dilakukan untuk merawat kanser ini termasuklah:

  • Pembedahan jantung terbuka. Doktor akan memastikan terlebih dahulu sekiranya kanser boleh dikeluarkan melalui prosedur pembedahan jantung terbuka. Walaubagaimanapun, kebiasaannya agak suka untuk mengeluarkan bahagian kanser tersebut kerana lokasinya yang kadang-kadang terletak di dalam jantung.
  • Pemindahan jantung. Bagi kanser yang sukar dikeluarkan sepenuhnya, pemindahan jantung akan dilakukan dan pesakit akan mendapat jantung baru. 
  • Autotransplantasi. Autotransplantasi ialah prosedur baru yang masih dalam kajian. Semasa prosedur ini dijalankan, jantung pesakit akan dikeluarkan daripada badan untuk mengeluarkan bahagian kanser sepenuhnya dan diakhir pembedahan, jantung tersebut akan dimasukkan semula ke dalam badan pesakit.
  • Bagi sesetengah pesakit, rawatan mereka akan diteruskan dengan radioterapi dan kemoterapi selepas pembedahan untuk melegakan simptom yang masih ada dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Komplikasi dan Prognosis

Oleh sebab tiada rawatan yang benar-benar khusus untuk kanser ini maka kanser ini agak sukar untuk dirawat. Selepas rawatan, kanser ini sering tumbuh kembali dan boleh merebak ke bahagian lain badan. Purata jangka hayat selepas diagnosis kanser ini adalah kira-kira enam bulan jika tiada pembedahan, dan lebih daripada setahun sekiranya pembedahan dilakukan. 

Jenis Kanser yang lain

Kanser Paru-paruKanser Prostat
Kanser PayudaraKanser Usus
Kanser TekakKanser Jantung
Kanser LidahKanser Tonsil
Kanser PankreasKanser Pundi Kencing
Kanser EsofagusKanser Hati
Kanser TulangKanser Rahim
Kanser OtakKanser Pangkal Rahim
Kanser PerutKanser Gusi

Rujukan:

  1. Cardiac sarcoma. Johns Hopkins Medicine. (2021, August 8).
  2. Mayo Foundation for Medical Education and Research. (2022, April 23). Heart cancer: Is there such a thing? Mayo Clinic.
  3. Heart cancer: Prevalence, symptoms & management. Cleveland Clinic. (n.d.).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − nine =