Perbezaan antara green tea dan matcha

perbezaan antara green tea dan matcha

Pernahkah anda tertanya-tanya apa perbezaan antara teh hijau (green tea) dan matcha? Atau anda rasa mereka adalah benda yang sama saja? Artikel kali ini akan menjelaskan beberapa perbezaan antara teh hijau dan matcha.

Kedua-dua teh hijau dan matcha ini sebenarnya berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia sinensis. Tetapi proses penghasilannya sahaj yang berbeza dan ia merupakan satu minuman yang semakin popular pada masa ini.

Perbezaan antara Teh Hijau dan Matcha

Teh hijau dan matcha mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek. Antaranya ialah:

1. Tekstur

Matcha mempunyai tekstur seperti serbuk dan rasa lembut apabila disentuh, manakala teh hijau mempunyai tekstur kasar seperti daun yang dikisar.

2. Warna

Matcha mempunyai warna hijau yang terang berbanding teh hijau yang kelihatan keperangan dan kusam. Warna yang terang itu datangnya daripada kandungan klorofil dan polyphenol yang tinggi.

serbuk green tea (teh hijau) dan matcha

3. Rasa

Kedua-dua teh hijau dan serbuk matcha boleh digambarkan mempunyai rasa yang sedikit pahit. Matcha pula mempunyai rasa yang lebih kuat. Ia selalu dibancuh bersama susu atau susu manis untuk dijadikan matcha latte yang sering dijumpai di café berdekatan.

Teh hijau mempunyai rasa yang lebih segar dan ringan. Ada teh hijau yang dicampur dengan ramuan semasa ia diproses bagi menambahkan rasa bebunga atau buah pada teh hijau seperti madu, jasmine, peach, sitrus, halia atau aroma lain.

4. Proses

Bagi menghasilkan serbuk matcha yang berkualiti, hanya teh hijau yang berkualiti saja yang dipilih dan ditual dengan tangan. Rumput the dilindung daripada cahaya matahari selama 20-30 hari sebelum dituai. Lindungan daripada matahari ini akan meningkatkan kandungan klorofil dan menjadikan warnya hijau daun itu lebih gelap serta meningkatkan penghasilan asid amino. Batang dan urat daun dikeluarkan dan kemudian digiling menggunakan batu hingga menjadi serbuk matcha.

Bagi teh hijau pula, daunnya seperti dikisar dan dibancuh dengan air panas sehingga kembang.

5. Kandungan nutrisi

Memandangkan keseluruhan daun itu digunakan, matcha mempunyai lebih tinggi zat berbanding teh hijau seperti antioksidan dan kafein.

Satu cawan (237 ml) bersamaan dengan 4 sudu kecil serbuk matcha mempunyai 280 mg kafein. Kandungannya lebih tinggi berbanding satu cawan (237 ml) teh hijau, dimana ia mempunyai hanya 35 mg kafein.

Namun, kebanyakkan orang tidak akan minum satu cawan matcha sekaligus kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Kebiasaannya diambil 60-120 ml sahaja. Kandungan kafein berbeza mengikut berapa banyak serbuk anda bancuh.

Kebaikan teh hijau dan matcha

Oleh kerana kedua-duanya berasal dari pokok yang sama, teh hijau dan matcha mempunyai beberapa khasiat. Yang membezakan cuma jumlah kandungannya saja kerana matcha mempunyai nilai yang lagi tinggi berbanding teh hijau. Antara kebaikannya ialah:

1. Diperkaya dengan antioksidan

Antioksidan mampu melawan radikal bebas yang dihasilkan dalam badan serta melindungi sel dan tisu daripada kerosakkan.

Teh hijau dan matcha mempunyai antioksidan catechin dan antara catechin yang paling kuat ialah epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG telah dikaji secara berleluasa dan para pengkaji mendapati bahawa ia dapat melawan keradangan dalam badan dan membantu mengekalkan kesihatan arteri.

Satu kajian mendapati bahawa matcha mengandungi 137 kali ganda antioksidan berbanding teh hijau.

2. Membantu menurunkan berat badan

Teh hijau selalu dikaitakn dengan turun berat badan. Kebanyakan kajian dijalankan ke atas manusia mendapati bahawa teh hijau meningkatkan jumlah kalori yang dibakar dengan meningkatkan tahap kadar metabolisma.

Namun, tidak semua kajian bersetuju dengan ini. Ada satu kajian yang menganggap kesan penurunan berat badan dengan teh hijau tidak signifikan.

3. Membuat anda rasa lebih tenang dan terjaga

The hijau dan matcha mempunyai asid amino yang unik iaitu L-theanine. L-theanine meningkatkan gelombang alfa dalam otak. Gelombang ini berkait rapat dengan ketenangan mental dan membantu untuk mengurangkan tekanan.

Selain itu, L-theanine juga akan mengubah kesan kafein dalam badan anda dengan meningkatkan kewaspadaan tanpa menyebabkan rasa mengantuk yang sering disebabkan oleh pangambilan kopi. Tambahan pula, kebanyakan kajian mendapati bahawa teh hijau dapat meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan masalah penurunan mental yang berkaitan usia dalam kalangan orang tua.

Kesimpulan

Matcha dan teh hijau mempunyai perbezaan dari segi tekstur, warna, rasa, cara proses dan kandungan nutrisi. Matcha mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding the hijau biasa.

Rujukan

  1. Bjarnadottir, A. (2019, February 22). Matcha – Even More Powerful Than Regular Green Tea? Retrieved October 13, 2020, from Healthline
  2. Matcha Tea Powder vs. Green Tea: What’s the Difference? (2019, April 23). Retrieved October 13, 2020, from epicmatcha
  3. Matcha vs. Green Tea: What Is the Difference? (2020, September 18). Retrieved October 13, 2020, from therepublicoftea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − four =

Open

Close