Skip to content

Masalah bahu terkehel

  • by

Antara masalah kesihatan yang utama melibatkan kecederaan fizikal badan yang sering dialami antaranya adalah terkehel bahu atau pun shoulder dislocation. Terkehel adalah kecederaan kepada sendi. Kecederaan ini berlaku apabila tulang beralih masuk dan keluar dari kedudukan asal pada sendi.

Ianya terjadi terutamanya dalam bidang sukan yang melibatkan contact sport(dimana melibatkan pertembungan badan senang berlaku) seperti bola sepak. Terdapat juga risiko dimana aktiviti sukan itu berulang kali melakukan aktiviti yang sama(golf, tennis, berenang, bola tampar). Ini antara yang penyebab utama bahu terkehel untuk golongan muda dan dewasa.

Untuk mereka yang berumur lanjut atau warga emas pula, mereka juga turut mudah untuk mengalami kecederaan ini kerana mudah jatuh dalam posisi yang pelbagai. Ianya selalu berlaku kerana ligamen(membrane penghubung antara dua bahagian tulang rawan contohnya) sudah semakin lemah. Terdapar juga situasi dimana jatuh itu dalam pelbagai arah(multidirectional awkward fall) yang sekaligus memudahkan tulang tangan(humerus) terkeluar daripada soket bahu.

Antara tanda-tanda bahu terkehel(selepas aktiviti fizikal atau jatuh) adalah:

1) Kesakitan bahu yang significant. Dimana sampai anda boleh menangis. Apetah lagi nak tidur atau buat aktiviti lain.

2) Pergerakan bahu terbatas(limited shoulder range of movement)

3) Bentuk bahu berbeza daripada biasa dari segi contour(nampak lebih rendah) dan ada deformity(nampak tidak normal)

4) Tidak mampu melakukan sesetengah jenis aktiviti(sikat rambut, angkat tangan) dimana sama ada ianya lemah atau terbatas.

5) Seluruh tangan rasa kebas dan bahu mudah rasa ‘lari’ daripada posisi asalnya(partial subluxation).

Majoriti kes yang berlaku pula adalah jenis anterior dislocation/terkehel kedepan dimana kepala tulang tangan berubah posisi menjauhi daripada tubuh badan.

Untuk mengenalpasti sama ada bahu benar-benar terkehel atau tidak, biasanya imbasan X-Ray akan dilakukan pada bahagian tersebut(2 sisi). Terdapat beberapa teknik untuk memasukkan semula(shoulder reduction). Namun begitu seeloknya ianya dilakukan okeh perubatan yang bertauliah. Antaranya:

1) Traction-countertraction – tolak balik masuk dengan menekan daripada 2 arah berbeza(satu tarik satu tolak).

2) External rotation/manipulation/Kocher – dengan perlahan menarik tulang tangan (humerus) supaya boleh masuk balik soket bahu(sebab ada attachments yang membantu masuk semula)

3) Stimson – pakai pemberat sambil baring sampai masuk balik.

4) Cunningham – menekan sambil pergerakan dilakukan oleh pesakit sendiri(aktive movement)

5) Milch – pergerakan humerus dimanipulasi daripada pelbagai arah sampai masuk semula.

6) Pembedahan – hanya untuk kes-kes yang khusus yang tidak dapat diselesaikan melalui teknik-teknik diatas. Jarang dilakukan.

Anda tak perlu risau kerana segala teknik yang dilakukan turut disertakan ubat pelali(anaesthetic) dan ubat tahan sakit(analgesic) sebelum dan selepas. Tangan juga akan dianduh supaya bahu itu tidak mudah terkehel semula. Yang pasti, sila dapatkan khidmat ahli perubatan secepat mungkin instead of pergi jumpa bomoh tulang.

Berapa lama masa untuk baik semula bergantung kepada tahap kecederaan(severity). Selalunya bila turut melibatkan otot(rotator cuff muscles) atau ligamen yang tercedera, ianya mengambil masa lebih lama(berbulan bulan). Untuk yang hanya terkeluar dari soket bahu(glenoid) sahaja, yang boleh sembuh dalam 2-3 minggu.

Rujukan:

The epidemiology of shoulder dislocations in Malaysia. Med J Malaysia. 2004 Dec;59 Suppl F:19-23 Yeap JS, Lee DJ, Fazir M, Borhan TA, Kareem BA

Blake R, Hoffman J. Emergency department evaluation and treatment of the shoulder and humerus. Emerg Med Clin North Am. 1999;17:859–76.

Hill JA. Epidemiologic perspective on shoulder injuries. Clin Sports Med. 1993;2:241–7

Jiang N, Hu YJ, Zhang KR, et al. Intra-articular lidocaine versus intravenous analgesia and sedation for manual closed reduction of acute anterior shoulder dislocation: an updated meta-analysis. J Clin Anesth. 2014;26:350–9

Gul M, Yavuz U, Sokucu S, et al. Flexion-adduction-external rotation method for shoulder dislocations. Acta Orthop Traumatol Turc. 2014;48:164–8

Daya M. Shoulder. In: Marx JA, Hockberger RS, Walls RM, editors. Rosen’s emergency medicine. Concepts and clinical practice. 5th ed. Mosby Inc: Missouri; 2002

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − five =