Penggunaan cuka apple telah di gunakan sejak zaman purba lagi. Hippocrates, iaitu bapa kemodenan perubatan menggunakan cuka buah apple Bersama madu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit terutama ketika mengubati tentera Amerika semasa zaman peperangan.

Apa itu cuka apple.
Cuka apple adalah subkumpulan dalam keluarga cuka. Cuka biasanya dihasilkan daripada jus buah seperti anggur, epal, plum, kelapa, dan tomato; beras dan kentang. Manakala epal cider dihasilkan dengan menghancurkan epal dan kemudian ditambah bakteria kepada cecair untuk memulakan proses penapaian alkohol. Gula kemudian ditukar kepada alkohol dan dalam fasa penapaian kedua dan seterusnya alkohol ditukar ke dalam bentuk cuka oleh bakteria dan kemudiannya membentuk asid asetik (Acetobacter) (Sheng 2014; Anila dan Vijayalakshmi 2002).

Penggunaan cuka apple.
Cuka apple dilihat sebagai salah remedi yang sangat popular terutama remedi yang boleh disediakan di rumah. Salah satu kepentingan cuka apple adalah ia bertindak sebagai antimicrobial. Di dalam kajian saintifik yang di jalankan oleh Gopal et al, bertajuk ‘Authenticating apple cider vinegar’s home remedy claims: antibacterial, antifungal, antiviral properties and cytotoxicity aspect’ beliau memberi penekanan walaupun dilihat 25% kadar keberkesanan cuka apple sebagai antibacterial dan juga kesan sebagai antifungal, ia tidak boleh di salahertikan dengan tidak mengambil rawatan yang sepatutnya.

Adakah benar Cuka Apple natural remedy?
Penulis memberi sedikit contoh mengenai kesan penggunaan cuka apple yang dikatakan sebagai remedi yang alami.
1. Sebagai rawatan untuk dermatology seperti ketuat dan penyakit kulit yang lain seperti di bawah. Betul ke?
Mengikut carian di YouTube, terdapat ratusan petua mengenai cuka apple yang di aplikasi untuk rawatan kulit. Daripada Journal Cutaneous Pathology (2018), yang di tulis oleh sekumpulan doktor perubatan, mereka menerangkan keburukan menggunakan cuka apple di permukaan kulit. Salah satu kesan utama adalah kulit akan terbakar (Chemical Burn). Kesan ini merupakan kesan sekunder daripada penggunaan cuka apple yang di sapu secara topical di permukaan kulit.
Di dalam satu article yang melibatkan kanak-kanak berumur 8 tahun dan mengidap penyakit crohn Diseas serta mempunyai molluscum contagiosum (sejenis penyakit kulit yang berjangkit), ibu kanak-kanak tersebut telah menggunakan kapas yang dicelup ke dalam cuka apple dan di sapu ke atas bahagian gelembungan molluscum contagiosum. Beberapa jam selepas iu ibu kanak-kanak tersebut telah membawa anak beliau ke hospital, dan doctor mengesahkan kesan terbakar kepada kulit, selepas ujian histopathology dilakukan.

2. Sebagai remedy untuk demam si kalangan bayi.? Betul atau tidak?
Salah satu penggunaan cuka apple dikatakan dapat menurunkan suhu badan bayi semasa demam. Maka berkejarlah ibu ayah membeli cuka apple dan menyapu cuka apple di badan bayi. Apakah kesannya? Kulit bayi selembut salju itu akan lebih mudah terbakar, kesan daripada sifat asidic cuka apple tadi. Pastikan bayi anda mendapat rawatan yang sepatutnya apabila demam ya.

3. Menurunkan lemak di dalam badan.
Beberapa kajian makmal melibatkan haiwan telah menunjukkan bahawa cuka apple boleh membantu mengurangkan hiperglycemia, hyperinsulinemia, hyperlipidemia, dan obesiti. Mekanisme yang telah dicadangkan untuk menjelaskan kesan-kesan metabolik ini termasuklah melambatkan gastrik emptying, pengurangan pengeluaran glukosa pada bahagian hepatik, meningkatkan penggunaan glukosa, pengurangan lipogenesis (proses penghasilan lemak), peningkatan lipolisi serta merangsang perkumuhan asid hempedu. Walaupun begitu, percubaan klinikal bagi satu jangka masa panjang yang lebih besar adalah perlu disamping metodologi yang sempurna untuk memperolehi gambaran sebenar mengenai penggunaan cuka apple di dalam tubuh badan. Setakat ini belum ada kajian lengkap mengenai cuka apple danjuga penurunan berat badan terutama untuk masyarakat di Asia.

4. Sebagai cecair untuk memutihkan gigi.
Adalah tidak benar sama sekali. Anda meletakkan sesuatu yang bersifat asid kepada gigi. Paling-paling pun yang boleh diberikan oleh cuka apple mungkin untuk meningkatkan kebersihan oral, tetapi bukan untuk memutihkan gigi.

5. Kesan terkini pengambilan cuka apple.
Cuka apple kini dipasarkan bukan sahaja dalam bentuk cecair tetapi juga terdapat di dalam bentuk tablet. Terdapat tablet cuka apple dipasarkan tetapi pegguna mengalami kesan sampingan. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya, ph yang tidak sesuai, kepekatan acid yang terlalu tinggi hingga menyebabkan esophagus turut terkesan, serta penggunan binder di dalam tablet yang kurang sesuai.
Terdapat juga cuka apple di dalam bentuk tablet yang dicampur dengan herba yang pelbagai. Tahukah anda apakah kesan pengambilan herba yang telah ditukar kedalam bentuk tablet? Jika dilihat keada statistic kegagalan buah pinggang dan juga hati, peratusan yang disumbangkan daripada herba yang telah di komersilkan di lihat memberi impak negative yang sangat significat kepada kesihatan tubuh badan manusia jika kita berhati-hati.

Apakah kegunaan Cuka Apple yang paling selamat?
Di dalam masakan, cuka apple banyak kegunaannya. Salah satu contoh paling banyak digunakan adalah untuk marinate daging sebelum dimasak.

Rujukan

Adachi M, Saito H, Kobayashi H, Horie Y, Kato S, Yoshioka M, Ishii H. Hepatic injury in 12 patients
taking the herbal weight loss aids Chaso or Onshido. Ann Intern Med. 2003;139:488-492.

Neff GW, O’Brien C, Montalbano M, DeManno A, Kahn S, Safdar K, Nishida S, Tzakis A. Consumption
of dietary supplements in a liver transplant population. Liver Transplant. 2004;10:881-885.

Gold LS, Slone TH. Aristolochic acid, an herbal carcinogen, sold on the Web after FDA alert. N Engl
J Med. 2003;349:1576-1577.

Mueller BA, Scott MK, Sowinski KM, Prag KA. Noni juice (Morinda citrifolia): Hidden potential for hyperkalemia. Am J Kidney Dis. 2000;35:310-312.

Ashchyan H, Jen M., Elenitsas R, Rubin A. Surreptitious apple cider vinegar treatment of a melanocytic nevus: Newly described histologic features. J Cutan Pathol. 2018 Apr;45(4):307-309.

Gopala J et al. Authenticating apple cider vinegar’s home remedy claims: antibacterial, antifungal, antiviral properties and cytotoxicity aspect. Nat Prod Res. 2017 Dec 11:1-5.