Skip to content

Apakah itu Geologi?

Secara am, geologi adalah salah satu bidang cabang sains yang mengkaji tentang ciri-ciri bumi.

Ciri-ciri ini adalah termasuk fizikal bumi, kimia bumi serta proses-proses yang terlibat semasa pembentukkan atau perubahan bumi.

Ciri-ciri fizikal adalah termasuk mengenalpasti jenis-jenis batuan, mineral, fosil, struktur batuan yang wujud di sesuatu kawasan.

Ciri kimia adalah untuk mengenalpasti sifat kimia serta komposisi bagi batuan dan mineral yang dikaji. Semua maklumat-maklumat yang diperolehi sama ada dalam cirri fizikal dan kimia akan digunakan untuk mengenalpasti gambaran semua proses dan kejadian yang pernah berlaku di bumi pada masa sekarang dan juga semasa zaman lampau.

Siapakah Ahli Geologi (Geologist)?

Ahli sains atau golongan professional yang mengkaji tentang bumi digelar sebagai ahli geologi (geologist) atau geosaintis. Antara tugas-tugas ahli geologi adalah termasuk melakukan pemetaan geologi, mencari sumber – sumber mineral (cth. minyak petroleum, emas, bauksit dan sebagainya), melakukan penyiasatan tapak, menjangka kemungkinan berlaku letupan gunung berapi, gempa atau tsunami serta lain – lain tugas.

Ahli geologi sedang mengumpul data dan maklumat dengan menggunakan alat kompas geologi.

Semua tugas – tugas ini secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta menjamin keselamatan masyarakat dan alam sekitar. Penerangan ringkas tentang kerja – kerja ahli geologi antaranya adalah:-

1. Pemetaan geologi – Setiap ahli geologi perlu mempunyai ilmu dalam membuat pemetaan geologi. Ini adalah kerana semua maklumat – maklumat yang telah diperolehi semasa kajian lapangan perlu direkodkan kedalam peta. Contoh – contoh maklumat biasa yang terdapat dalam peta geologi antaranya adalah jenis – jenis batuan utama yang wujud di kawasan kajian, struktur – struktur batuan, formasi – formasi batuan, kewujudan mineral ekonomi serta fosil dan lain – lain lagi.

Di samping itu kebanyakkan peta geologi juga meletakkan kedudukan lombong emas dan kuari sama ada yang masih aktif atau tidak dimana ia bertujuan supaya ahli geologi boleh mengambil sampel – sampel batuan serta membuat latihan kajian geologi.

2. Mencari sumber ekonomi – Ahli geologi juga bertanggungjawab untuk mencari dan mengenalpasti sumber – sumber mineral ekonomi serta petroleum yang wujud di sesuatu kawasan. Mereka semua juga perlu mengkaji dengan lebih terperinci dimana dan bagaimana hasil bumi wujud di kawasan tersebut. Ini adalah kerana maklumat –maklumat ini sudah semestinya akan digunakan untuk mencari hasil bumi dikawasan lain.

Secara amnya kesemua hasil bumi ini boleh dijumpai di dalam batuan atau tanah. Walaubagaimanapun bukan semua batuan dan tanah mempunyai hasil – hasil mineral ini.

Salah satu contoh sampel kewujudan emas (kuning) yang membentuk bersama
mineral kuarza (kelabu cerah – putih) dan arsenopirit (kelabu gelap)

3. Penyiasatan tapak – Penyiasatan tapak adalah sangat penting sebelum apa – apa aktiviti pembangunan boleh dijalankan. Tujuan utama penyiasatan tapak dilakukan adalah untuk menilai risiko – risiko bahaya seperti kejadian lubang benam, tanah runtuh dan lain – lain yang boleh mengancam keselamatan masyrakat dikawasan tersebut.

Di samping itu ahli geologi juga boleh menilai tahap pencemaran tanah serta air dikawasan perlombongan dan permbangunan supaya pihak berkuasa dapat membendung masalah alam sekitar.

Contoh gambar kegagalan cerun yang menyebabkan kemusnahan harta benda
serta menyebabkan kematian

Harap maklumat ini bermanfaat dan dapat memberitahu perkara asas berkenaan bidang geology

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 5 =