Skip to content

Ubat Myoflex: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat myoflex? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan kepada manusia.

Kandungan didalam setiap tablet: Orphenadrine Citrate 35mg dan Paracetamol 450mg

Apa itu Ubat Myoflex?

Myoflex Tablet ialah sejenis ubat digunakan untuk merawat dan melegakan masalah kekejangan dan kesakitan otot serta kesakitan tulang. Myoflex Tablet boleh didapati melalui prekripsi doktor.

Fungsi dan Kegunaan Ubat Myoflex

Fungsi utama Myoflex Tablet adalah untuk merawat dan melegakan masalah kekejangan dan kesakitan otot serta kesakitan tulang. Ia juga sering digunakan untuk merawat masalah seperti:

  • Sakit sendi
  • Pening kepala
  • Sakit gigi
  • Period pain
  • Demam dan selesema
  • Sakit telinga

Cara pengambilan Myoflex Tablet

  • Myoflex Tablet diambil secara oral sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Myoflex Tablet Berfungsi?

  • Orphenadrine citrate didalam Myoflex berfungsi untuk mengurangkan kekejangan otot. Ia mempunyai aktiviti mengurangkan sakit pada otot dan merehatkan otot
  • Paracetamol pula mengurangkan gejala sakit dan demam

Langkah Berjaga-jaga Sebelum Anda Mula Mengambil Myoflex Tablet

Sebelum anda mengambil Myoflex Tablet, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa perkara penting berkaitannya seperti berikut:

1. Waktu bila tidak boleh ambil Myoflex?

  • Jangan ambil Myoflex jika anda alah kepada bahan aktif dan bahan tidak aktif didalamnya
  • Jangan ambil jika anda ada masalah seperti kesukaran untuk menelan, glaukoma, masalah gangguan sistem imun, pembesaran kelenjar prostat atau masalah pada perut dan usus.

Cara Penyimpanan

Simpan Myoflex Tablet pada suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Myoflex Tablet

Myoflex Tablet antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah kekejangan otot. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pendarahan didalam perut dan usus
  • Dedar dan rasa tidak sedap badan
  • Ruam dan kemerahan pada kulit
  • Reaksi alahan
  • Nafas pendek
  • Kerosakan pada hati
  • Sembelit
  • Mulut menjadi kering

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan dan sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat ini
  • Pengambilan semasa meyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan dan sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat ini

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Myoflex Tablet adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Myoflex Tablet, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan. Terlebih dos Myoflex Tablet mampu mengakibatkan berlakunya gejala seperti rasa mengantuk yang teruk, kesukaran untuk bernafas dan pengsan/pitam.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Myoflex Tablet, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap Orphenadrine Citrate atau Paracetamol
  • Beritahu juga sekiranya anda ada atau sedang mengambil ubat-ubatan lain
  • Jangan berhenti ambil ubat ini atau ubah dos yang ditetapkan melainkan atas arahan doktor
  • Jangan memandu atau mengendali sebarang peralatan mesin atau jentera berat selepas mengambil Myoflex Tablet kerana kesan mengantuk dan pening kepala mungkin terjadi
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain walaupun mempunyai simptom yang sama

Interaksi Myoflex Tablet Bersama Ubat Lain

  • Sesetengah ubat seperti Alprazolam, Atorvastatin, Cetrizine, Codeine, Diazepam, Diphenhydramine dan Esomeprazole mampu bertindak balas bersama Myoflex Tablet dan mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. 
  • Kongsikan senarai ubat-ubatan yang anda ambil kepada doktor agar sebarang reaksi buruk dapat dielakkan.
  • Demi keselamatan anda, jangan mulakan pengambilan Myoflex Tablet sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan lain sehingga mendapat nasihat dan konsultasi daripada doktor

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Myoflex Tablet”
  2. NPRA Malaysia “Myoflex Tablet”
  3. TabletWise “Myoflex tablet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + two =