Skip to content

10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Mudah

Apakah cara untuk hilangkan sakit kepala ? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara hilangkan sakit kepala yang mudah dan berkesaan

“ Sakit kepala adalah antara bentuk kesakitan yang sering terjadi dan menyebabkan seseorang yang menghidapnya mengalami ketidak selesaan yang teramat. ”

Medicalnewstoday.com

Sakit kepala merupakan salah satu gejala yang sering terjadi dalam kehidupan seharian kita tidak mengenal usia dan latar belakang seseorang. Ia boleh hadir dalam keadaan yang ringan dan kadang-kala ia boleh menyebabkan seseorang mengalami kesakitan yang berat hingga mengganggu pekerjaan seharian.

Punca Sakit kepala

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sakit kepala, antaranya ialah :

  • Sakit kepala akibat tekanan
  • Migrain
  • Perdarahan dalam otak serta struktur sekeliling
  • Ketumbuhan dalam otak
  • Masalah gigi seperti jangkitan gigi atau gusi
  • Masalah mata seperti keletihan otot-otot mata
  • Jangkitan pada sinus (Sinusitis) – atau nama lainnya resdung
  • Masalah psikosomatik – Masalah kesihatan yang disebabkan oleh faktor psikologi
  • Jangkitan kuman

10 Cara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Hilangkan Sakit Kepala

1. Banyakkan Minum Air

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan otak mengecut secara sementara lalu kedudukannya tertolak dari tengkorak kepala seterusnya menghasilkan gejala sakit kepala. Setelah anda minum air secukupnya ia akan kembali pada kedudukan dan bentuk asal lalu meredakan kesakitan tersebut.

Menurut kajian, individu yang mengalami dehidrasi ( kekurangan air dalam badan ) yang teruk boleh diatasi dalam tempoh 30 minit hingga ke 3 jam apabila dia minum air secukupnya.

2. Waktu Tidur Yang Optimum

Tidur secukupnya merupakan salah satu aspek penting dalam usaha untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Ia bertindak untuk merehatkan tubuh badan serta otak agar ia menjadi cergas kembali sebaik anda bangun semula dari tidur.

Kekurangan tidur atau deprivasi tidur merangsang penghasilan sejenis protein yang dikenali sebagai RAMP1 (Receptor Activity Modifying Protein 1) yang selanjutnya memberi suatu rangsangan terhadap sistem saraf lalu menyebabkan sakit kepala.

Kajian telah menyatakan bahawa individu yang tidurnya kurang dari 6 jam menghadapi kemungkinan untuk mengalami sakit kepala yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan individu yang mempunyai masa tidur lebih dari 6 jam.

Deprivasi tidur menyebabkan terjadinya dua jenis sakit kepala samada migrain atau Tension Headache ( sakit kepala akibat tekanan ).  

3. Menuam Pek Ais

Bahan – bahan yang bersuhu sejuk seperti air dingin dan sebagainya bertindak untuk mengecutkan saluran darah apabila suhunya dipindahkan ke saluran tersebut. Walaupun terdapat berbagai jenis faktor yang boleh mengecutkan saluran darah, untuk tajuk kali ini cukup sekadar kita membincangkan salah satu daripadanya. Proses tersebut dikenali sebagai “ Vasoconstriction ”

Oleh itu, menuam pek ais pada kawasan sekeliling belakang leher dan kepala mengecutkan saluran darah serta mengurangkan rangsangan saraf dan proses keradangan secara tidak langsung membantu dalam mengatasi gejala ini.

4. Tuaman Panas

Jika penuaman pek ais bertindak melalui rangsangan pada saluran darah dan saraf. Tuaman panas dengan menggunakan tuala pula mampu merendahkan tahap kesakitan kepala dengan mengurangkan tekanan-tekanan yang terhasil pada otot-otot di sekelilingya.

5. Pengambilan Suplemen Coenzyme Q10

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen yang dinyatakan adalah antara langkah efektif bagi menangani simptom ini kerana berfungsi sebagai salah satu bahan antioksida di dalam badan.

Terdapat satu kajian yang dilakukan ke atas 80 orang peserta di mana mereka mengambil suplemen Coenzyme Q10 sekali sehari dengan dos 100mg berhasil untuk mengurangkan simptom migrain dari sudut kekerapan, tahap kesakitan serta tempoh kesakitan.

Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan ke atas 42 orang yang sering mengalami gejala migrain berjaya untuk menurunkan kadar kekerapannya dengan pengambilan dos sebanyak 100mg 3 kali sehari.

6. Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Mengandungi Bahan Pengawet

Makanan berproses seperti sosej dan daging burger sering kali ditambah dengan bahan pengawet seperti Nitrat dan Nitrit untuk memastikannya bertahan lama dan mengelakkannya daripada terdedah pada pertumbuhan bakteria.

Kesan pengambilan yang mengandungi bahan-bahan seperti yang telah dinyatakan adalah ia bertindak mengembangkan saluran darah lalu mengakibatkan seseorang mengalami sakit kepala akibat daripada perubahan kuantiti di dalam otak.

7. Bersenam

Aktiviti bersenam telah terbukti sekian lama sebagai salah satu kegiatan yang mampu mengurangkan kekerapan gejala sakit kepala selain mengurangkan stres.

8. Menyingkirkan Segala Tekanan Yang Terdapat Pada Kawasan Kepala

Tekanan yang terhasil pada otot kepala dan kawasan sekeliling seperti ikatan rambut yang terlalu kuat atau pemakaian topi yang ketat merupakan salah satu faktor terjadinya gejala ini. Oleh itu tindakan menyingkirkannya sudah pasti dikira sebagi salah satu langkah bernas.

9. Suplemen Vitamin B-Kompleks

Anda juga boleh mencuba suplemen Vitamin B-Kompleks yang boleh didapati di klinik-klinik atau farmasi yang berdekatan kerana ia merupakan salah satu suplemen yang berkesan untuk menghadapi gejala ini.

10. Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau lebih dikenali dalam bentuk Panadol juga boleh diambil secara berkala bagi kesakitan ringan atau sederhana sementara menuggunya untuk betul-betul reda.

Jumpa Doktor jika anda ada Simptom ini

Selain itu anda juga perlu waspada terhadap tanda-tanda bahaya yang boleh hadir bersama dengan gejala sakit kepala seperti :

  • Kecelaruan fikiran dan percakapan
  • Rasa pening
  • Demam panas ( Suhu lebih 38 darjah )
  • Rasa kebas dan lemah sebahagian tubuh
  • Leher menjadi kaku
  • Masalah penglihatan kabur atau berganda
  • Masalah percakapan
  • Tidak mampu berjalan
  • Muntah dan loya secara berterusan

Tanda-tanda yang dinyatakan ini hadir sebagai isyarat penting yang mewajibkan anda untuk segera ke Jabatan Kecemasan di hospital-hospital terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 3 =