Skip to content

Gliserin: Definisi, Jenis dan Kegunaan

Apakah itu gliserin? Artikel ini akan membincangkan berkenaan gliserin, jenis-jenisnya dan kegunaan gliserin dalam kehidupan seharian

Apa itu Gliserin?

Pernahkah anda mendengar tentang gliserol? Atau gliserin? Atau anda terjumpa perkataan ini di belakang produk yang anda gunakan? Di belakang botol sabun? Pencuci muka yang anda gunakan?

Definisi

Gliserol atau nama komersialnya gliserin, adalah sejenis karbohidrat yang dipanggil sebagai alkohol gula (sugar alkohol) atau poliol (polyol). Ia mengandungi jumlah kalori per gram yang sedikit tinggi daripada gula dan mempunyai kemanisan sebanyak 60 hingga 75 peratus. Gliserin boleh didapati secara semula jadi di dalam makanan atau minuman yang ditapai, termasuklah minuman keras, madu, cuka, wain dan cuka wain.

Gliserin juga boleh dihasilkan daripada lemak atau minyak yang melalui proses penapaian yis menggunakan gula atau kanji. Selain itu ia juga digunakan di dalam pelbagai jenis produk makanan dan minuman, termasuklah produk bernutrisi dan minum tenaga, produk makanan ringan, gula-gula getah, krim, makanan diet, buah-buahan kering, dan banyak lagi.

Gliserin telah diiktiraf dan diyakini selamat penggunaannya oleh pelbagai badan-badan kesihatan dan keselamatan termasuk U.S. Food and Drug Administration. 

Jenis-jenis Gliserin

Terdapat dua jenis gliserin iaitu

  1. Gliserin semula jadi yang didapati daripada sumber minyak dan lemak tumbuhan seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit, dan
  2. gliserin sintetik yang dibuat daripada petroleum.

Dalam proses pembuatan gliserin, kebiasaannya gliserin mentah dihasilkan daripada proses pemurnian (refining) dan pemeluwapan (condensing) larutan akues yang didapati daripada proses hidrolisis minyak dan lemak, kemudian diikuti dengan proses penyulingan (distillation) and pemurnian sehingga produk akhir iaitu gliserin berjaya dihasilkan.

Di Malaysia, sumber utama gliserin yang digunakan dalam pembuatan produk adalah daripada sumber asli (99.74%) yang didapati dari minyak kelapa sawit.

Kegunaan Gliserin dalam Produk

Gliserin dalam produk kosmetik

Disebabkan gliserin bersifat polar (manarik air), ia banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan yang ada di pasaran sebagai bahan yang dipercayai boleh memberikan kelembapan kepada kulit dan membuatkan kulit kelihatan lembap dan lembut.

Disebabkan faktor itu, penggunaan gliserin dalam produk kecantikan wajah adalah sangat meluas. Gliserin juga adalah agen pelembap yang sangat efektif untuk diletakkan di dalam pencuci muka, krim, toner, minyak pencuci, krim malam mahupun krim pelindung matahari dan memberi perlindungan kepada wajah daripada kekeringan sepanjang hari.

Gliserin dalam produk makanan

Selain boleh digunakan di dalam produk kecantikan, gliserin juga sudah dibuktikan selamat penggunaannya dalam produk makanan. Ia digunakan untuk mengekalkan kelembapan makanan, sebagai bahan pengawet, pemanis supaya makanan yang dihasilkan mempunyai jangka hayat yang lebih lama untuk dipasarkan di pasaran.

Selain itu, penggunaan gliserin juga sangat meluas di dalam industri pembuatan minuman berkarbonat dan berlakohol sebagai bahan pelembut minuman seterusnya. Jika gliserin tidak diletakkan, minuman tersebut akan mempunyai rasa ‘tajam’ dan tidak begitu mesra untuk diminum.

Apabila ia digunakan di  dalam produk makanan dan dimakan,  gliserin akan diserap sepenuhnya ke dalam usus kecil. Seperti alkohol gula yang lain (kecuali aritritol), gliserin mengandungi kalori dalam bentuk karbohidrat. Walaupun ia

wujud sebagai sumber karbohidrat, gliserin tidak membuatkan insulin dirembeskan di dalam badan  apabila ia dimakan. Hal ini akan membuatkan paras glukosa di dalam darah lebih rendah daripada jumlah yang dihasilkan  apabila kita memakan jenis karbohidrat yang lain termasuklah gula.

Gliserin dalam produk cucian

Selain digunakan dengan sangat meluas dalam produk kosmetik, makanan, gliserin juga adalah bahan utama yang digunakan dalam produk cucian. Satu ciri-ciri penting yang dimiliki oleh gliserin yang buatkan ia sangat penting adalah ia mempunyai nilai toksik yang rendah terhadap manusia.

Menurut Helaian Data Keselamatan (MSDS) untuk gliserin menunjukkan ianya adalah sejenis bahan biodegradasi (biodegrade) membuatkan gliserin termasuk di bawah kategori bahan kimia yang mesra alam sekitar. Selain itu juga, gliserin adalah produk sampingan yang terhasil daripada proses pembuatan sabun, yang mana pengkilang kebiasaannya akan menyingkirkan gliserin ketika proses pembuatan sabun atau mengekalkan keberadaan gliserin.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh SEVAS Bioinformatics Institute, gliserin adalah pelarut yang baik untuk bahan organik dan tidak organik dalam bentuk pepejal. Ini bermaksud, gliserin boleh menaikkan keupayaan sabun pencuci untuk melarutkan pelbagai jenis kotoran, membersihkan kotoran tanpa meninggalkan kesan dan menghalang penguraian pelbagai jenis bahan ketika mencuci.

Artikel Berkaitan:

  1. Lemak: Definisi, Jenis, Kegunaan dan Kepentingan

Rujukan

  1. Natural Pigment (2021). Glycerin.
  2. Sollid. K (2020). What Is Glycerin. Food Insight.
  3. Chandler. S (2021). Why Use Glycerin for a Liquid Laundry Soap Recipe?. eHOW.
  4. Mackanzie. M (2018). Why Glycerin Is the Ultimate Moisturizing Ingredient in Skin-Care Products. Allure.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =