Skip to content

11 Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Pesakit Gout

Apakah makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit gout? Artikel ini akan menjelaskan beberapa makanan yang menjadi larangan atau tidak boleh diambil oleh pesakit gout.

Gout merupakan satu bentuk radang yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan merupakan sebab utama terjadinya gout. Asid urik ini terbentuk ketika bahan kimia yang disebut purin dicerna di dalam badan. Kebiasaannya, purin terbentuk di dalam badan secara semulajadi. Namun begitu, purin juga terdapat di beberapa jenis makanan.

Makanan yang tinggi urik asid dan mengandungi urik asid sederhana perlu diambil secara berhati-hati oleh pesakit gout untuk mengurangkan risiko berlaku serangan gout yang teruk dan melambatkan kerosakan sendi. Penjagaan diet untuk pesakit gout sememangnya amat perlu dilaksanakan bagi membantu menurunkan paras asid urik di dalam darah. Teruskan membaca artikel untuk mengetahui apakah makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit gout.

1. Sardin

Mungkin ada pesakit gout sudah pernah mengalami serangan gout selepas mengambil ikan sardin. Ikan sardin mempunyai jumlah purin yang sangat tinggi di dalamnya. 100 gram ikan sardin mempunyai sebanyak kira-kira 480mg purin di dalamnya. Walaupun jumlah kandungan purin ini berubah-ubah bergantung kepada jenis ikan, namun kesemua jenis ikan sardin menunjukkan jumlah kandungan purin yang tinggi iaitu kira-kira 399mg – 560mg bagi setiap 100gram.

Oleh sebab itu, pesakit gout perlu berhati-hati ketika mengambil roti sandwich atau makanan yang dihidangkan dimana-mana sahaja sebelum menikmatinya. Hal ini demikian kerana pengambilan yang sedikit juga sudah meninggikan risiko untuk terkena serangan gout.

2. Cendawan

Cendawan adalah salah satu bahan tambahan masakan yang boleh menambah rasa dan keenakan sesuatu hidangan. Cendawan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis masakan seperti goreng, dijadikan sup sayur malah sesuai dicampurkan ke dalam lauk pauk. Namun begitu, cendawan tidak sesuai dimakan bagi penghidap gout.

Cendawan mempunyai kadar purin yang tinggi di dalamnya dimana cendawan dapat menaikkan asid urik di dalam badan. 100 gram cendawan mempunyai kira-kira sebanyak 488mg purin di dalamnya. Oleh sebab itu, tidak mungkin pesakit gout dapat memakan cendawan. Pengambilan yang sedikit boleh meninggikan risiko terkena serangan gout dan boleh mempercepatkan kerosakan sendi berlaku.

3. Organ dalaman

Elakkan mengambil organ dalaman seperti hati, paru dan limpa ayam, ikan atau haiwan lain. Ada sesetengah individu menjadikan organ dalaman sebagai makanan kegemaran masing-masing tanpa mengetahui risiko ketika mengambilnya. Organ dalaman biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi malah tidak baik bagi kesihatan badan.

Pengambilan organ dalaman yang berlebihan bukan sahaja dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan berat badan, malah meninggikan risiko terkena serangan gout. 100 gram hati mempunyai kira-kira sebanyak 530mg purin manakala 100 gram paru mempunyai kira-kira sebanyak 435miligram purin. Tidak terkecuali 100gram limpa mempunyai purin yang tinggi iaitu sebanyak 516mg hingga 770mg purin di dalamnya.

4. Yis

Pasti ramai penghidap gout yang tidak tahu bahawa yis mempunyai kandungan purin yang tinggi di dalamnya. Yis digunakan untuk membentuk satu produk daripada produk yang lain seperti menaikkan volum, mengubah rasa dan bentuk asal sesuatu produk. Namun begitu, yis sebenarnya mengandungi jumlah purin yang tinggi.

100 gram yis yang digunakan di dalam makanan mengandungi sebanyak 680mg purin manakala 100gram yis yang digunakan di dalam minuman mengandungi sebanyak 1810mg purin. Oleh sebab itu, cuba untuk mengelakkan mengambil makanan atau minuman yang memerlukan yis ketika penghasilannya.

5. Ikan Bilis

Kandungan purin di dalam 100gram ikan bilis iailah sebanyak 240mg. Hal ini menjadikan ikan bilis sebagai salah satu produk yang mengandungi purin tertinggi dalam kategori sederhana kandungan purin. Namun begitu, ikan bilis sering digunakan dalam masakan harian masyarakat di Malaysia. Ada yang menjadikan ikan bilis sebagai bahan tumisan, ada yang menjadikan ikan bilis sebagai bahan hiasan selepas digoreng tidak kurang juga menjadikan ikan bilis sebagai paste masakan.

Sambal ikan bilis juga menjadi kegilaan bagi sesetengah individu. Namun begitu, pesakit gout perlu sentiasa memantau pengambilan jumlah makanan yang mengandungi ikan bilis ini. Pengambilan makanan yang mempunyai ikan bilis sebagai bahan masakan secara berulang-ulang boleh meningkatkan risiko terkena serangan gout.

6. Makanan Laut

Selain ikan bilis, ada sesetengah makanan laut lain juga mempunyai jumlah kandungan purin yang agak tinggi. Antaranya termasuklah kerang, sotong, udang, ketam dan lobster. Pengambilan makanan laut yang tidak terkawal boleh menerukkan keadaan bagi pesakit gout. 100 gram makanan laut mempunyai lebih kurang sebanyak 200mg – 250mg jumlah purin di dalamnya.

Makanan laut yang dicampur di dalam masakan juga haruslah diambil perhatian kerana jumlah pengambilan yang sedikit dari pelbagai jenis masakan juga boleh membuatkan asid urik berkumpul di dalam darah dan menyebabkan berlakunya serangan gout.

7. Daging Merah

Daging merah mempunyai jumlah protein yang tinggi dan membekalkan pelbagai vitamin tertentu di dalam badan. Namun, daging merah juga mempunyai lemak dan kolesterol yang tinggi apabila diambil secara berlebihan. Bagi pesakit gout, daging merah merupakan makanan yang perlu diambil secara bersederhana atau dielakkan kerana mengandungi jumlah purin yang sederhana tinggi.

Kebanyakan daging merah seperti lembu, kambing, khinzir dan lain-lain secara purata mempunyai jumlah purin yang sederhana tinggi iaitu sebanyak 150mg – 200mg purin bagi setiap 100gram. Oleh sebab itu, elakkan mengambil daging merah terutamanya yang dimasak sup.

8. Kacang Soya dan Kekacang

100gram kacang soya mempunyai kira-kira sebanyak 190mg jumlah purin. Oleh sebab itu, kacang soya dikategorikan sebagai makanan yang sederhana tinggi purin. Tidak kurang juga kekacang yang lain mengandungai sebanyak 130mg purin bagi setiap 100gram. Oleh sebab itu, produk yang berasaskan kacang soya agak tidak sesuai dimakan bagi penghidap gout.

Pengambilan kekacang yang berlebihan juga tidak digalakkan bagi penghidap gout. Masakan yang berasaskan kacang seperti dhal, vadai, bubur kacang dan lain-lain amat tidak digalakkan kerana pengambilan makanan seperti ini menggalakkan pengambilan yang banyak sekaligus pada sesuatu masa. Pengambilan seperti ini meningkatkan lagi risiko peningkatan kadar asid urik di dalam darah dan meninggikan risiko penyakit gout.

9. Produk Berserat Penuh

Produk berserat penuh biasanya mempunyai 3 bahagian utama iaitu lapisan luar cengkerang (bran), lapisan tengah yang terdiri daripada karbohidrat dan bahagian dalam yang mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral dan protein. Produk berserat penuh (wholegrain products) seperti roti berserat tinggi, gandum berserat tinggi termasuklah beras perang mengandungi jumlah purin yang sederhana.

Oleh sebab itu, bagi mereka yang menderita penyakit gout kronik adalah tidak digalakkan untuk mengambil produk gandum berserat tinggi. Walaupun produk berserat tinggi amat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes namun untuk pesakit gout kronik, pengambilan produk seperti ini perlu diambil perhatian. Produk yang berserat penuh ini, jika diambil bagi pesakit gout perlulah disukat dan diambil secara sedikit untuk mengurangkan risiko terkena serangan gout dan mengurangkan kerosakan sendi berlaku.

11. Makanan Bergoreng dan Berminyak

Salah satu konsep untuk mengurangkan risiko berlakunya serangan gout ialah dengan menurunkan berat badan bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Oleh sebab itu, makanan yang bergoreng dan tinggi kandungan lemak amat tidak disarankan untuk pesakit gout. Pesakit gout boleh menambah berat badan dengan mudah apabila mengambil makanan yang bergoreng, berminyak dan tinggi kandungan lemak seperti pisang goreng, keropok goreng, santan dan lain-lain lagi.

Selain kandungan lemak trans yang tinggi di dalam makanan seperti ini dan tidak baik untuk kesihatan jantung, kajian membuktikan bahawa makanan yang berminyak meninggikan berlakunya risiko radang. Seterusnya, penyingkiran asid urik di dalam darah tidak dapat dilakukan dengan baik.

11. Makanan yang Manis dan Bergula

Sama seperti makanan yang tinggi lemak yang telah diterangkan, makanan yang manis dan bergula juga mempunyai jumlah kalori yang tinggi. Hal ini seterusnya menyukarkan proses penurunan berat badan bagi pesakit gout. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan sepatutnya berusaha untuk menurunkan berat badan disamping mengelakkan makan makanan yang tinggi purin dan sederhana purin.

Penurunan berat badan yang konsisten dapat membantu menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam badan selain menjaga kesihatan jantung dan mengelakkan berlakunya penyakit metabolik. Banyak kajian yang membuktikan bahawa pengambilan makanan yang tidak manis dan tidak bergula dapat mengurangkan radang yang berlaku.

Kesimpulan

Pesakit gout yang mengamalkan diet gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik. Disebabkan asid urik boleh disingkirkan dan dibuang melalui air kecil, pengambilan air masak yang mencukupi amat penting bagi membantu pembuangan asid urik di dalam badan.

Menurunkan berat badan bagi individu yang berlebihan berat badan juga menjadi konsep utama dalam mengawal penyakit gout disamping mengawal pengambilan makanan. Tingkatkan aktiviti fizikal untuk membantu mengurangkan berat badan dan menggalakkan penyingkiran asid urik.

Tips Pemakanan yang lain

Makanan untuk Pesakit Angin AhmarMakanan untuk Mencegah Kanser
Makanan untuk Kecantikan KulitMakanan untuk Wanita Berpantang
Makanan untuk Lawaskan KencingMakanan untuk Luka Cepat Sembuh
Makanan untuk Masalah JerawatMakanan untuk Masalah Cirit Birit
Mekanan untuk Menaikkan Berat BadanMakanan untuk Turunkan Berat Badan
Makanan untuk Penyakit JantungMakanan untuk Awet Muda
Makanan untuk Masalah GastrikMakanan untuk Ibu yang baru bersalin
Makanan untuk Tambah Darah MerahMakanan untuk Masalah Sembelit
Makanan untuk Kesihatan MataMakanan untuk Redakan Stress
Makanan untuk Pesakit EkzemaMakanan untuk Masalah Buasir
Makanan untuk Pesakit GERDMakanan Ketika Wanita Berpantang
Makanan tidak boleh untuk Pesakit GoutMakanan untuk Bina Badan
Pemakanan Bagi Pesakit DialisisMakanan yang Menyebabkan Mengantuk
Makanan untuk Lemah JantungMakanan untuk Mual dan Muntah
Makanan untuk Pesakit Asma

Rujukan:

  1. Beydoun, M. A., Fanelli-Kuczmarski, M. T., Canas, J. A., Beydoun, H. A., Evans, M. K., & Zonderman, A. B. (2018). Dietary factors are associated with serum uric acid trajectory differentially by race among urban adults. British Journal of Nutrition, 120(8), 935-945.
  2. Choi, H. K., Liu, S., & Curhan, G. (2005). Intake of purine‐rich foods, protein, and dairy products and relationship to serum levels of uric acid: the Third National Health and Nutrition Examination Survey. Arthritis & Rheumatism: Official Journal of the American College of Rheumatology, 52(1), 283-289.
  3. Donsbough, A. L., Powell, S., Waguespack, A., Bidner, T. D., & Southern, L. L. (2010). Uric acid, urea, and ammonia concentrations in serum and uric acid concentration in excreta as indicators of amino acid utilization in diets for broilers. Poultry Science, 89(2), 287-294.
  4. Edozien, J. C., Udo, U. U., Young, V. R., & Scrimshaw, N. S. (1970). Effects of high levels of yeast feeding on uric acid metabolism of young men. Nature, 228(5267), 180-180.
  5. Ekpenyong, C. E., & Daniel, N. (2015). Roles of diets and dietary factors in the pathogenesis, management and prevention of abnormal serum uric acid levels. PharmaNutrition, 3(2), 29-45.
  6. Gao, X., Qi, L., Qiao, N., Choi, H. K., Curhan, G., Tucker, K. L., & Ascherio, A. (2007). Intake of added sugar and sugar-sweetened drink and serum uric acid concentration in US men and women. Hypertension, 50(2), 306-312.
  7. Gdoura, N., Abdelmouleh, A., Murat, J. C., Chaabouni, K., Makni-Ayedi, F., & Elfeki, A. (2012). Negative health effects in rats fed on sardine fishes. Environmental chemistry letters, 10(2), 193-199.
  8. Hyun, S. H., Mun, H. Y., Lee, H. B., Kim, H. K., & Lee, J. S. (2013). Isolation of yeasts from wild flowers in Gyonggi-do province and Jeju island in Korea and the production of anti-gout xanthine oxidase inhibitor. Microbiology and Biotechnology Letters, 41(4), 383-390.
  9. Jakše, B., Jakše, B., Pajek, M., & Pajek, J. (2019). Uric acid and plant-based nutrition. Nutrients, 11(8), 1736.
  10. Johnson, R. J., Nakagawa, T., Sanchez-Lozada, L. G., Shafiu, M., Sundaram, S., Le, M., … & Lanaspa, M. A. (2013). Sugar, uric acid, and the etiology of diabetes and obesity. Diabetes, 62(10), 3307-3315.
  11. Johnson, R. J., Titte, S., Cade, J. R., Rideout, B. A., & Oliver, W. J. (2005, January). Uric acid, evolution and primitive cultures. In Seminars in nephrology (Vol. 25, No. 1, pp. 3-8). WB Saunders.
  12. Kaneko, K., Aoyagi, Y., Fukuuchi, T., Inazawa, K., & Yamaoka, N. (2014). Total purine and purine base content of common foodstuffs for facilitating nutritional therapy for gout and hyperuricemia. Biological and Pharmaceutical Bulletin, b13-00967.
  13. Lee, S. J., Oh, B. K., & Sung, K. C. (2020). Uric acid and cardiometabolic diseases. Clinical hypertension, 26(1), 1-7.
  14. Maulid, D., Bahar, B., Sirajuddin, S., Hadju, V., Citrakesumasari, C., & Masni, M. (2020). Effect of the Stems Lemongrass (Cymbopogon citratus) in Pallumara and Pepes Anchovy (Stolephorus Sp.) to Uric Acid Levels of Hyperuricemia Elderly Women. Open Access Macedonian Journal of Medical Sciences, 8(T2), 109-114.
  15. Sheng, F., Fang, W., Zhang, B., Sha, Y., & Zeng, X. (2017). Adherence to gout management recommendations of Chinese patients. Medicine, 96(45).
  16. Takahashi, S., Yamamoto, T., Tsutsumi, Z., Moriwaki, Y., Yamakita, J., & Higashino, K. (1997). Close correlation between visceral fat accumulation and uric acid metabolism in healthy men. Metabolism, 46(10), 1162-1165.
  17. Tamba, S., Nishizawa, H., Funahashi, T., Okauchi, Y., Ogawa, T., Noguchi, M., … & Matsuzawa, Y. (2008). Relationship between the serum uric acid level, visceral fat accumulation and serum adiponectin concentration in Japanese men. Internal medicine, 47(13), 1175-1180.
  18. Waryani, B., Tahira, A., Ameen, S., Willande, M., Abbasi, A. R., & Ibupoto, Z. H. (2020). The Enzyme Free Uric Acid Sensor Based on Iron Doped CuO Nanostructures for the Determination of Uric Acid from Commercial Seafood. Journal of Electronic Materials, 49(10), 6123-6129.
  19. Wehling, R. L., & Wetzel, D. L. (1983). High-performance liquid chromatographic determination of low level uric acid in grains and cereal products as a measure of insect infestation. Journal of Chromatography A, 269, 191-197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 4 =