Cara Tanam Kentang yang betul

cara tanam kentang

Bagaimanakah cara tanam kentang yang betul? Artikel ini akan membincangkan cara tanam kentang yang boleh mendatangkan hasil yang banyak, cara penjagaan dan jenis baja yang digunakan.

Pengenalan

Kentang merupakan sayuran yang tidak asing lagi dalam menu harian kita. Selepas beras dan gandum, kentang ialah tanaman makanan ketiga paling penting di dunia. Sebagai sumber karbohidrat yang utama, kentang juga mengandungi kadar serat yang tinggi selain vitamin C.

Ramai di antara kita berpendapat bahawa kentang tidak boleh ditanam di Malaysia disebabkan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. Negara- negara Asia merupakan pengeluar terbesar kentang di dunia iaitu China dan diikuti oleh India. Sebenarnya, kentang boleh ditanam di negara kita jika diberi penjagaan yang betul. Mari kita pelajari cara terbaik untuk menanam kentang di kebun mahupun halaman rumah.

Jenis-jenis kentang daripada thekitchn.com

Bahan keperluan

Nama saintifik kentang ialah Solanum tuberosum dan berasal daripada keluarga Solanaceae. Terdapat lebih 4000 varieti kentang yang ditanam di seluruh dunia. Pokok kentang berbatang lembut dan berketinggian kira-kira 2 kaki. Variasi bunga pokok kentang berwarna ungu, biru, merah, merah jambu dan putih.

Bahan keperluan untuk menanam kentang adalah seperti berikut:

  • Ubi kentang
  • Tanah sebagai media penanaman
  • Batas (jika mempunyai kawasan yang luas) atau polibeg (jika ruang adalah terhad)
  • Baja NPK
  • Sungkupan (bahan tambahan jika ada)

Penanaman kentang

Peta cara menanam kentang

Langkah-langkah menanam kentang dan penjelasannya seperti di bawah.

1. Cambahkan ubi

Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.

Susunan ubi kentang di dalam bekas

Ubi kentang yang sudah mengeluarkan pucuk

2. Sediakan batas

Pemilihan batas atau polibeg untuk menanam kentang bergantung kepada ruang yang ada. Bagi ruang yang luas, ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2-3 kaki.

Bagi penanaman dalam polibeg, pilihlah polibeg yang besar supaya dapat memaksimakan pertumbuhan pokok dan ubi. Ukuran saiz polibeg yang paling sesuai ialah 24 x 24 inci.

3. Tanam ubi

Selepas 2 minggu ubi kentang dicambah, pucuk baru kira-kira 2 – 3 inci panjang akan muncul pada tunas ubi. Setiap ubi boleh dipotong kepada beberapa bahagian bergantung kepada jumlah dan pertumbuhan tunas. namun, ubi tersebut boleh sahaja ditanam secara keseluruhan tanpa dipotong.

Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi. Bagi penanaman di dalam polibeg pula, isi tanah di dalam polibeg sebanyak separuh daripada ketinggian polibeg tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polibeg. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci.

Batang kayu digunakan untuk membuat lubang tanaman bata batas.

4. Jaga dan Pembajaan

Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.

Sungkupan juga boleh diletakkan di atas tanah untuk menjaga kelembapan tanah. Bahan-bahan organik seperti sabut kelapa, rumput kering, jerami padi dan kompos amat baik sebagai sungkupan serta sumber nutrien.

Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dilakukan. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi. Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.

Semestinya, proses merumpai perlu dilakukan secara berkala supaya rumpai yang tumbuh tidak mengambil nutrien yang diberi kepada tanaman kentang. Racun kimia boleh disembur dengan kadar yang disyorkan sekiranya terdapat kehadiran perosak.

Pokok kentang daripada eatlikenoone.com

5. Tambah tanah

Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polibeg. Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.

6. Tuai

Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning.

Penulis berharap artikel ini menjadi panduan dan cara bagi mereka yang mahu tanam kentang. Semoga bermanfaat untuk semua.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
Pokok KariPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Rujukan

  1. Fertilizing Potatoes. (n.d.). Garden Plan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =

Open

Close