Skip to content

Tips untuk menghadapi kanak-kanak yang selsema(2 tahun ke bawah)

Ramai dikalangan ibubapa yang selalu risau apabila anaknya mempunyai selsema. Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda diluar sana:

1) Tak perlu pakai ubat selsema kerana ianya akan menyebabkan bayi mengantuk. Bila anak mengantuk dan tidur, ibubapa tidak dapat detect anaknya dalam keadaan normal ataupun dalam keadaan yang berbahaya.

Saya selalu nasihatkan kepada pesakit saya, tak perlu pakai ubat selsema. Kalau anak susah bernafas atau bernafas laju bawak je ke hospital jumpa doktor. Kita takut kalau bagi ubat selsema, akan menyebabkan anak kita nampak macam normal walhal tidak.

Bahkan, pemberian ubat selsema boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas.

2) Perlu diingatkan bahawa penyebab selsema pada kanak-kanak majoritinya adalah disebabkan jangkitan virus. Oleh itu, ianya akan baik dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa ubat.

3) Kalau anak aktif bermain macam biasa, menyusu ataupun makan macam biasa dan tidur tidak pun terganggu, maka tak perlu untuk kita risaukan. Biarkan sahaja mereka bermain.

4) Jika mereka tidak selesa ketika menyusu dan tidur disebabkan hidung yang tersumbat, anda boleh menggunakan cecair normal saline untuk dititikkan ke dalam hidung kanak-kanak tersebut.

Ini akan mencairkan hingus itu dan membuatkan saluran pernafasan menjadi normal semula. Apabila saluran pernafasan menjadi normal, kanak-kanak itu akan selesa untuk tidur dan menyusu.

p_php3040088

Pemberian normal saline boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat

5) Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus daripada bayi.

nose-sucker

Alat yang digunakan untuk menyedut hingus bayi

6) Kalau anak anda, selsema sahaja anda tidak perlu risau ataupun tidak perlu bawak berjumpa dengan doktor. Boleh praktikkan cara di atas dahulu.

7) Tetapi jika ada demam untuk bayi yang kurang daripada 4 bulan, perlu untuk bawa berjumpa dengan doktor supaya kita dapat periksa sama ada penyebab demam itu adalah benda yang serius ataupun tidak.

Jika lebih drpd 4 bulan dan bayi demam tetapi masih aktif dan makan seperti biasa, boleh cuba bagi ubat demam dahulu untuk 2-3 hari. jika demam melebihi 4 hari, perlu berjumpa dengan doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + 11 =