Skip to content

Ubat Zentel: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat zentel? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ini kepada kita

Kandungan didalam setiap tablet: Albendazole

Apa itu Zentel?

Zentel ialah sejenis ubat antelmintik (antiparasit) digunakan untuk merawat dan mengawal dan menghentikan masalah jangkitan parasit seperti jangkitan yang diakibatkan oleh cacing pita. Zentel boleh didapati melalui prekripsi doktor.

Fungsi dan Kegunaan Zentel

Fungsi utama Zentel adalah untuk merawat, mengawal dan menghentikan jangkitan parasit. Ia juga sering digunakan untuk merawat masalah seperti:

  • Ascariasis
  • Capillariasis
  • Echinococcus
  • Gnathostomiasis
  • Jangkitan cacing peniti
  • Jangkitan cacing pita
  • Neurocysticercosis
  • Penyakit untut
  • Penyakit hydatid

Cara pengambilan Zentel

  • Zentel diambil secara oral selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Zentel Berfungsi?

  • Zentel berfungsi dengan menghentikan sumber tenaga yang diperlukan oleh parasit seterusnya melemahkan parasit tersebut dan akhirnya ia akan mati.

Langkah Berjaga-jaga Sebelum Anda Mula Mengambil Zentel

Sebelum anda mengambil Zentel, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa perkara penting berkaitannya seperti berikut:

1. Amaran alahan

  • Zentel boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan kepada golongan yang alah kepadanya.
  • Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya gejala alahan seperti 

2. Amaran interaksi antara Zentel dan penyakit sedia ada seperti:

  • Penyakit hati: Zentel haruslah diambil secara berjaga-jaga jika anda ada menghidapi penyakit hati kerana ianya berisiko untuk merosakkan hati
  • Penyakit sawan: penggunaan Zentel untuk rawatan neurocysticercosis (jangkitan parasit yang serius didalam otak) terhadap pesakit yang mempunyai sejarah penyakit sawan haruslah secara berhati-hati kerana risiko serangan sawan mungkin terjadi
  • Myelosuppression:  Myelosuppression ialah keadaan dimana penghasilan sel darah didalam badan berkurangan. Pengambilan Zentel tidak disyorkan kerana ianya berisiko untuk menurunkan lagi jumlah sel darag merah, sel darah putih dan platelet

Cara Penyimpanan

Simpan Zentel didalam suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Zentel

Zentel antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah jangkitan parasit. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Pening kepala
  • Mengantuk
  • Mual dan muntah-muntah
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Keguguran dan penipisan rambut
  • Demam
  • Sel darah berkurang
  • Ruam dan gatal-gatal
  • Cirit-birit

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan kerana ianya mampu membahayakan kandungan
  • Pengambilan semasa meyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan kerana ianya terembes masuk kedalam susu badan didalam kuantiti yang sedikit. Sila berbincang bersama doktor sebelum mengambil ubat ini

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Zentel adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Zentel, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan. Terlebih dos Zentel mampu mengakibatkan berlakunya gejala seperti rasa mengantuk yang teruk, kesukaran untuk bernafas dan pengsan/pitam.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Zentel, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap Albendazole
  • Beritahu juga sekiranya anda ada atau sedang mengambil ubat-ubatan lain
  • Jangan berhenti ambil ubat ini atau ubah dos yang ditetapkan melainkan atas arahan doktor
  • Jangan memandu atau mengendali sebarang peralatan mesin atau jentera berat selepas mengambil Zentel kerana kesan mengantuk mungkin terjadi
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain walaupun mempunyai simptom yang sama

Interaksi Zentel Bersama Ubat Lain

  • Sesetengah ubat seperti Carbamazepine, Phenytoin dan Clozapine mampu bertindak balas bersama Zentel dan mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. 
  • Kongsikan senarai ubat-ubatan yang anda ambil kepada doktor agar sebarang reaksi buruk dapat dielakkan.
  • Demi keselamatan anda, jangan mulakan pengambilan Zentel sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan lain sehingga mendapat nasihat dan konsultasi daripada doktor

Rujukan

  1. Drugs.com” Albendazole?”
  2. Drugs.com” What are Zentel 400mg used for?”
  3. MIMS Malaysia “Zentel”
  4. WebMD “Albendazole – Uses, Side Effects, and More”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − two =