Skip to content

Ubat Prospan: Dos, Fungsi & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat prospan? Artikel ini akan membincangkan kegunaan, dos dampn kesan sampingan unat prospan ini.

Kandungan didalam setiap dos: esktrak daun ivy

Klasifikasi ubat: ekspektoran

Apa itu Prospan?

Prospan ialah sejenis ubat herba tradisional dari kategori ekspektoran digunakan untuk melegakan batuk berkahak dan merawat masalah pengumpulan mukus didalam saluran pernafasan . Prospan boleh didapati melalui prekripsi doktor atau dibeli di farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Prospan

Fungsi utama Prospan adalah untuk merawat masalah batuk dimana ia akan membantu pengeluaran mukus didalam sistem pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah seperti:

  • Batuk berkahak
  • Iritasi pada tekak
  • Mengurangkan kahak didalam dada

Cara pengambilan Prospan

  • Prospan diambil secara oral sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Prospan Berfungsi?

  • Prospan berfungsi dengan mencairkan mukus/kahak didalam dada atau sistem pernafasan dan menjadikan ianya senang untuk dikeluarkan melalui batuk

Langkah Berjaga-jaga Sebelum Anda Mula Mengambil Prospan

Sebelum anda mengambil Prospan, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa perkara penting berkaitannya seperti berikut:

1. Amaran alahan

  • Prospan boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan kepada golongan yang alah kepada ekstrak daun ivy
  • Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlaku sebarang gejala alahan atau kesan sampingan

Cara Penyimpanan

Simpan Prospan pada suhu bawah 25°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Prospan

Prospan antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah kahak didalam sistem pernafasan. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Ruam dan gatal-gatal pada kulit
  • Nafas pendek
  • Mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung perlulah mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi
  • Pengambilan semasa meyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan kerana ianya terembes masuk kedalam susu badan dan boleh membahayakan bayi susuan

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Prospan adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda terlupa untuk ambil ubat ini, anda tidak boleh menggandakan pengambilan dos ubat ini. Sebaliknya teruskan pengambilan ubat ini seperti biasa mengikut dos dan arahan doktor.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Prospan, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan. Terlebih dos Prospan mampu mengakibatkan berlakunya gejala seperti rasa mengantuk yang teruk, kesukaran untuk bernafas dan pengsan/pitam.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Prospan, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap ekstrak daun ivy
  • Beritahu juga sekiranya anda ada atau sedang mengambil ubat-ubatan lain
  • Jangan berhenti ambil ubat ini atau ubah dos yang ditetapkan melainkan atas arahan doktor
  • Jangan memandu atau mengendali sebarang peralatan mesin atau jentera berat selepas mengambil Prospan kerana kesan mengantuk dan pening kepala mungkin terjadi
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain walaupun mempunyai simptom yang sama

Interaksi Prospan Bersama Ubat Lain

  • Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama Prospan dan mengakibatkan berlakunya kesan sampingan
  • Kongsikan senarai ubat-ubatan yang anda ambil kepada doktor agar sebarang reaksi buruk dapat dielakkan.
  • Demi keselamatan anda, jangan mulakan pengambilan Prospan sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan lain sehingga mendapat nasihat dan konsultasi daripada doktor

Rujukan

  1. Drugs.com” Prospan Cough Syrup?”
  2. MIMS Malaysia “Prospan Syrup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 7 =