Skip to content

Ubat Fluvoxamine: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat fluvoxamine? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ini.

Kandungan didalam setiap dos: Fluvoxamine maleate

Apa itu Fluvoxamine?

Fluvoxamine ialah sejenis ubat dari kelas selective serotonin reuptake inhibitor dimana ianya digunakan untuk merawat dan menghilangkan gejala kemurungan dan juga gejala berkaitan dengan masalah obsesif kompulsif (obsessive compulsive disorder, OCD) . Fluvoxamine hanya boleh didapati melalui prekripsi daripada doktor.

Fungsi dan Kegunaan Fluvoxamine

Fungsi utama Fluvoxamine adalah untuk merawat masalah kemurungan dan masalah obsesif kompulsif (obsessive compulsive disorder, OCD)

Cara pengambilan Fluvoxamine

  • Fluvoxamine diambil secara oral sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor/ahli farmasi jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Fluvoxamine Berfungsi?

Gejala kemurungan dan masalah obsesif kompulsif (obsessive compulsive disorder, OCD) berlaku akibat kurangnya sejenis bahan kimia didalam otak yang dikenali sebagai serotonin

Fluvoxamine membantu meningkatkan kandungan serotonin dan juga memulihkan aktiviti serotonin didalam otak

Langkah Berjaga-jaga Sebelum Anda Mula Mengambil Fluvoxamine

Sebelum anda mengambil Fluvoxamine, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa perkara penting berkaitannya seperti berikut:

1. Amaran alahan

  • Fluvoxamine boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan kepada golongan yang alah kepada Fluvoxamine maleate atau bahan-bahan lain didalamnya
  • Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlaku sebarang kesan sampingan

2. Interaksi antara Fluvoxamine dan masalah kesihatan sedia ada

  • Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi adakah selamat untuk anda ambil Fluvoxamine sekiranya anda ada masalah kesihatan seperti berikut:
    • Mempunyai sejarah sawan
    • Masalah hati
    • Masalah buah pinggang
    • Masalah jantung atau baru sahaja mengalami serangan jantung
    • Penyakit kencing manis
    • Mempunyai Sejarah yang berkaitan bunuh diri
    • terapi elektrokonvulsif (ECT), untuk kemurungan yang teruk atau penyakit mental yang lain

Cara Penyimpanan

Simpan Fluvoxamine pada suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Fluvoxamine

Fluvoxamine antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah oedema. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Mual dan muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Rasa mengantuk
  • Badan rasa lemah, keletihan dan tidak bertenaga
  • Kepala pening dan rasa berpusing
  • Rasa resah dan berdebar
  • Kesukaran untuk tidur
  • Mulut kering dan sakit tekak
  • Kesakitan dan kekejangan otot

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan dan sila berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat ini
  • Pengambilan semasa meyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan kerana ianya terembes masuk kedalam susu badan dan boleh membahayakan bayi susuan

Terlepas Dos? Apa Kena Buat?

Fluvoxamine adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda terlupa untuk ambil ubat ini, anda tidak boleh menggandakan pengambilan dos ubat ini. Sebaliknya teruskan pengambilan ubat ini seperti biasa mengikut dos dan arahan doktor.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Fluvoxamine, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan. Terlebih dos Fluvoxamine mampu mengakibatkan berlakunya gejala seperti rasa pening, kesukaran untuk bernafas dan pengsan/pitam.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Fluvoxamine, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap Fluvoxamine maleate
  • Beritahu juga sekiranya anda ada atau sedang mengambil ubat-ubatan lain
  • Jangan memandu atau mengendali sebarang jentera atau peralatan mesin kerana kesan sampingan seperti pening dan mengantuk mungkin berlaku
  • Jangan berhenti ambil ubat ini atau ubah dos yang ditetapkan melainkan atas arahan doktor
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain walaupun mempunyai simptom yang sama

Interaksi Fluvoxamine Bersama Ubat Lain

  • Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama Fluvoxamine dan mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. Antaranya:
    • Ubat-ubatan lain untuk merawat masalah kemurungan seperti tricyclic antidepressants (TCA)
    • Ubat-ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah keresahan seperti alprazolam dan diazepam
    • Ubat untuk mencairkan darah seperti warfarin
    • Ubat-ubatan untuk penyakit mental seperti litium
    • Ubat-ubatan untuk mengawal sawan seperti phenytoin dan carbamazepine
    • Ubat-ubatan untuk masalah jantung seperti digoxin
  • Kongsikan senarai ubat-ubatan yang anda ambil kepada doktor agar sebarang reaksi buruk dapat dielakkan.
  • Demi keselamatan anda, jangan mulakan pengambilan Fluvoxamine sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan lain sehingga mendapat nasihat dan konsultasi daripada doktor

Rujukan

  1. Drugs.com” Fluvoxamine?”
  2. healthline “Fluvoxamine, Oral Capsule” 
  3. MedlinePlus “Fluvoxamine”
  4. MIMS Malaysia “Fluvoxamine”
  5. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Ministry of Health Malaysia “Fluvoxamine”
  6. WebMD “Fluvoxamine Maleate- Uses, Side Effects, and More”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 11 =