Skip to content

Ubat Beazyme: Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat beazyme? Artikel ini akan membincangkan kegunaan, dos dan kesan sampingan ubat beazyme ini.

Apa itu Beazyme?

Beazyme ialah sejenis ubat yang mengandungi proteolytic enzyme dari carica papaya sebagai bahan aktif dimana ianya bertindak sebagai enzim anti-radang. Beazyme boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi memalui prekripsi dari ahli farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Beazyme

Fungsi utama Beazyme adalah untuk merawat, mengawal dan mencegah masalah bengkak dan keradangan. Ia juga digunakan untuk merawat masalah lain seperti:

  • Bengkak pada kelenjar
  • Kecederaan akibat bersukan
  • Tekanan darah
  • Resdung
  • Arthritis
  • Masalah pencernaan
  • Sembelit
  • Eczema
  • Ketuat
  • Alahan

Cara pengambilan Beazyme

  • Beazyme diambil secara oral dengan cara mengunyah atau dihisap
  • Sila ambil mengikut dos yang telah diarahkan. Jangan ambil melebihi atau kurang daripada dos yang telah dipreskripsi
  • Jangan sesuka hati hentikan pengambilan Beazyme melainkan mendapat arahan daripada doktor kerana ianya akan menyebabkan keadaan penyakit bertambah buruk

Bagaimana Beazyme Berfungsi?

Beazyme mengandungi proteolytic enzyme berfungsi sebagai ejen anti-radang dimana ia akan menghalang penghasilan bahan-bahan kimia yang menyebabkan berlakunya masalah keradangan

Penting Untuk Tahu Sebelum Anda Mula Mengambil Beazyme

Sebelum anda mengambil Beazyme, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa perkara berkaitannya seperti berikut:

1. Golongan yang harus elakkan mengambil Beazyme

  • Golongan penghidap penyakit darah beku
  • Golongan yang menghidapi penyakit yang merebak didalam badan atau sistemik
  • Wanita hamil atau sedang menyusukan anak
  • Golongan yang sedang mengambil ubat-ubatan lain

2. Adakah ubat ini mengakibatkan ketagihan?

  • Tidak. Ubat ini tidak mengakibatkan berlakunya masalah ketagihan

Cara Penyimpanan

Simpan Beazyme di tempat yang kering pada suhu bawah 30°C jauh dari cahaya matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Beazyme

Beazyme antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah bengkak dan keradangan. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Masalah iritasi dan kerosakan pada kerongkong
  • Esofagus berlubang
  • Masalah iritasi dalam perut
  • Alahan 

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung tidak dibenarkan dan dilarang
  • Pengambilan semasa meyusukan bayi dibolehkan atas saranan dan nasihat daripada doktor setelah penilaian risiko dilakukan. 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Beazyme adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Beazyme, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Beazyme, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap bahan aktif didalamnya
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.
  • Pengambilan Beazyme boleh mengakibatkan rasa loya, pening, letih atau sakit kepala. Elakkan memandu atau mengendali jentera atau alatan mesin selepas mengambil Beazyme

Interaksi Beazyme Bersama Ubat Lain

Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama ubat lain jika diambil bersama dan menyebabkan ubat yang diambil kurang berkesan atau mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. Antara ubat yang harus dielakkan semasa pengambilan Beazyme ialah ubat-ubatan untuk mencairkan darah (anticoagulant) seperti aspirin dan warfarin

Rujukan

  1. TabletWise “Beazyme Tablet”
  2. WebMd “Papain – Uses, Side Effects, and More”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 7 =