Skip to content

Ubat Zat Besi: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat zat besi(ferrous fumarate) ini? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat suplemen ini.

Kandungan didalam setiap tablet: Ferrous fumarate

Apa itu Ferrous fumarate?

Ferrous fumarate ialah sejenis zat besi yang diambil bagi menambah kandungan zat besi didalam tubuh badan. Zat besi kebiasaannya diperoleh daripada pemakanan namun akibat dari gaya pemakanan yang tidak seimbang mengakibatkan tubuh badan tidak dapat zat besi yang secukupnya.

Zat besi amat penting kerana ianya akan menjadi sebahagian daripada haemoglobin dan myoglobin didalam badan kita selain membantu tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Haemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen melalui darah keseluruh tubuh badan, tisu dan organ. Myoglobin pula membantu sel-sel otot untuk menyimpan oksigen. Pengambilan Ferrous fumarate adalah untuk rawatan anemia akibat kekurangan zat besi keadaan dimana badan kekurangan sel darah merah akibat kurangnya zat besi yang diperlukan. Ferrous fumarate boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Ubat Zat Besi

Fungsi utama Ferrous fumarate adalah untuk merawat, mengawal, mencegah dan memulih masalah kekurangan zat besi didalam badan. Selain itu, pengambilannya juga mampu merawat masalah seperti:

  • Anemia akibat dari kekurangan zat besi
  • Anemia akibat daripada kekurangan nutrisi dan gizi yang tidak seimbang ketika hamil
  • Meningkatkan keperluan folat didalam badan ketika hamil
  • Rawatan anemia megaloblastic akibat kekurangan asid folik

Cara pengambilan Ferrous fumarate

  • Ferrous fumarate diambil secara oral sebelum makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Jika dibeli melalui farmasi, sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Ferrous fumarate Berfungsi?

  • Ferrous fumarate berfungsi dengan meningkatkan kandungan zat besi didalam badan dan seterusnya meningkatkan kandungan haemoglobin didalam darah
  • Zat besi didalam Ferrous fumarate membantu mengurangkan risiko kekurangan zat besi ketika hamil seterusnya membantu didalam penghasilan haemoglobin yang mencukupi

Kesan-Kesan Buruk Kekurangan Zat Besi

Kesan buruk pada golongan biasa:

  • Anemia
  • Masalah tekanan darah rendah
  • Rasa penat yang melampau
  • Masalah nafas pendek
  • Kulit menjadi pucat
  • Ulser mulut

Kesan buruk pada wanita hamil:

  • Kelahiran bayi pra-matang
  • Berlaku kecacatan pada bayi seperti kerosakan pada otak
  • Pembentukan bayi yang tidak sempurna
  • Depresi selepas bersalin
  • Anemia pada bayi
  • Badan terasa lemah dan penat
  • Bacaan Hb yang rendah (anemia)

Cara Pengambilan Ferrous fumarate

Ambil Ferrous fumarate seperti arahan tertera pada label atau ikut sepenuhnya seperti arahan doktor

Elak Makanan Ini Semasa Pengambilan Ferrous fumarate

  • Makanan tinggi serat seperti bijian penuh, sayur-sayuran mentah atau oat
  • Susu atau makanan berasaskan susu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dan 2 jam selepas pengambilan Ferrous fumarate
  • Vitamin dan suplemen mineral melainkan atas prekripsi dan arahan doktor

Cara Penyimpanan

Simpan Ferrous fumarate didalam suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Ferrous fumarate

Ferrous fumarate antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah kekurangan zat besi. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Sakit perut yang teruk
  • Mual dan muntah-muntah yang teruk
  • Muntah darah
  • Najis berdarah
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Kekejangan perut

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

Pengambilan ubat ini ketika mengandung dan meyusukan adalah selamat dan dibenarkan namun ia perlulah disyorkan oleh doktor dan melalui arahan dan prekripsi daripada mereka.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Ferrous fumarate adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Ferrous fumarate, sila beritahu sejarah perubatan anda terutama sekali jika anda ada penyakit ulser perut atau sindrom terlebih zat besi
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.
  • Ferrous fumarate bukanlah pengganti untuk gizi yang seimbang. Anda patut amalkan gizi yang seimbang dengan banyakkan pengambilan makanan-makan sihat demi menambah kandungan zat besi didalam badan.

Interaksi Ferrous fumarate Bersama Ubat Lain

Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama ubat lain jika diambil bersama dan menyebabkan ubat yang diambil kurang berkesan atau mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. Antara ubat yang harus dielakkan semasa pengambilan Ferrous fumarate:

  • Antacid
  • Antibiotic
  • Ubat rawatan thyroid
  • Ubat rawatan Parkinson
  • Ubat rawatan osteoporosis
  • Ubat rawatan sawan

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Ferrous fumarate”
  2. Drugs.com “Ferrous fumarate”
  3. WebMd “Ferrous Fumarate – Uses, Side Effects, and More”
  4. healthline “14 Signs of Iron Deficiency Anemia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 2 =