Skip to content

Ubat Veloxin: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat veloxin? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat yang selalu digunakan ketika kehamilan ini.

Klasifikasi ubat: Antiemetic

Kandungan didalam setiap tablet: Meclizine hydrochloride dan Pyridoxine hydrochloride

Apa itu Veloxin?

Veloxin ialah sejenis ubat bersifat antihistamin mengandungi Meclizine hydrochloride dan pyridoxine hydrochloride sebagai bahan aktif utama. Meclizine tergolong dalam kategori ubat antiemetic iaitu ubat untuk merawat dan mengurangkan gejala mual dan muntah-muntah. Veloxin boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Veloxin

Fungsi utama Veloxin adalah untuk merawat gejala mual dan muntah-muntah. Selain itu, pengambilannya juga mampu merawat masalah seperti:

  • Rasa kurang selesa seperti mual dan muntah akibat dari mabuk perjalanan/mabuk pergerakan
  • Mengurangkan rasa pening dan hilang keseimbangan akibat dari masalah didalam telinga

Cara pengambilan Veloxin

  • Veloxin diambil secara oral sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Jika dibeli melalui farmasi, sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Veloxin Berfungsi?

Veloxin berfungsi dengan menghalang isyarat-isyarat ke otak yang menyebabkan berlakunya gejala mual, muntah-muntah dan rasa pening 

Amaran Sebelum Anda Mula Mengambil Veloxin

Sebelum anda mengambil Veloxin, sila telili dan ambil tahu tentang beberapa amaran berkaitannya seperti berikut:

1. Amaran alahan

  • Veloxin boleh menyebabkan berlakunya alahan yang teruk seperti kesukaran untuk bernafas, bengkak pada tekak dan mulut, ruam-ruam dan gatal-gatal
  • Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya gejala alahan seperti diatas

2. Amaran interaksi alkohol

  • Pengambilan minuman beralkohol bersama Veloxin mampu meningkatkan risiko berlakunya gejala pening kepala yang teruk

3. Amaran bagi golongan yang mempunyai masalah kesihatan

  • Golongan yang mempunyai masalah pernafasan seperti lelah: Veloxin mampu memekatkan mukus didalam paru-paru dimana akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas
  • Pesakit glaukoma: Veloxin akan menyebabkan gejala glaukoma bertambah teruk
  • Pesakit dengan keadaan prostat yang membengkak: Veloxin akan menyebabkan kesukaran untuk kencing
  • Warga emas: Buah pinggang bagi golongan berusia mungkin tidak berfungsi dengan baik dimana mengakibatkan kesukaran untuk badan menyingkirkan ubat-ubatan keluar dari badan. Ini akan menyebabkan ubat berada didalam badan lebih lama dan meningkatkan berlakunya kesan sampingan

Cara Penyimpanan

Simpan Veloxin didalam suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari, suhu panas dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Veloxin

Veloxin antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani gejala mual dan muntah-muntah. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Rasa mengantuk
  • Kepenatan
  • Pening kepala
  • Pandangan menjadi kabur
  • Kekeringan pada mulut

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Ubat ini adalah dalam kategori B bagi pesakit yang sedang hamil. Ini menunjukkan masih tiada lagi yang cukup menunjukkan ubat ini memberi sebarang kesan sampingan kepada bayi. Adalah lebih baik berbincang dengan doktor ketika ingin mengambil ubat ini ketika sedang hamil.
  • Pengambilan semasa meyusukan adalah tidak disyorkan kerana ia mampu menyebabkan berlakunya kesan sampingan kepada bayi. 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Veloxin adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Veloxin, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap Meclizine
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Interaksi Veloxin Bersama Ubat Lain

Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama ubat lain jika diambil bersama dan menyebabkan ubat yang diambil kurang berkesan atau mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. Antara ubat yang harus dielakkan semasa pengambilan Veloxin:

  • Ubat rawatan insomnia seperti zolpidem
  • Ubat rawatan kegelisahan seperti haloperidol
  • Ubat rawatan alahan seperti clemastine
  • Ubat rawatn kekejangan otot seperti cyclobenzaprine

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Veloxin”
  2. Drugs.com “Veloxin”
  3. WebMd “Meclizine HCL – Uses, Side Effects, and More”
  4. healthline “Meclizine, Oral Tablet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × four =