Skip to content

Ubat Pantoprazole: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat pantoprazole? Artikel ini akan membincangkan berkenaan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ini

Apa itu Pantoprazole?

Pantoprazole ialah sejenis ubat yang dikenali sebagai Proton Pump Inhibitors (PPIs) dimana ia digunakan untuk mengurangkan kandungan asid didalam perut. Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh juga didapati di farmasi.

Antara jenama dan pengeluar Pantoprazole yang terdapat dalam pasaran:

  • Conpanzole (Y.S.P Industries)
  • Vaxcel Pantoprazole (Kotra Pharma)
  • Vencid (Xepa SP)
  • Controloc (Takeda)
  • Klacid HP (Abbott)
  • Pantaz (Medley Pharma)
  • Pantaprazole Beximco (Beximco)

Apa Itu Proton Pump Inhibitors (PPIs) dan Jenis-Jenisnya

Proton Pump Inhibitors (PPIs) ialah kumpulan ubat yang berfungsi mengurangkan kandungan asid yang berlebihan didalam perut. Proton Pump pula ialah enzim yang terdapat didalam lapisan perut berfungsi untuk menghasilkan asid didalam perut bertujuan untuk mengurai makanan yang berada didalam perut.

Antara jenis-jenis Proton Pump Inhibitors (PPIs)

Fungsi dan Kegunaan

Pantoprazole berfungsi untuk merawat masalah yang disebabkan oleh asid berlebihan didalam perut  dimana melibatkan perut dan esofagus. Antaranya:

  • Erosive esophagitis (kerosakan pada esofagus akibat asid perut berlebihan)
  • Gastrik
  • Pedih ulu hati
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Ulser perut
  • Kesukaran untuk menelan
  • Mampu mencegah kanser esofagus

Cara Pengambilan Pantoprazole

Pantoprazole diambil secara oral/makan atau suntikan. Ianya boleh diambil bersama makanan atau tanpa makanan. Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda. Jika dibeli melalui farmasi, silalah baca arahan dan risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan. Anda dilarang untuk menghancurkan ataupun mengunyah tablet Pantoprazole. Ianya haruslah ditelan sepenuhnya. 

Sila guna ubat ini mengikut arahan doktor dan tempoh rawatan walaupun gejala yang anda hidapi berkurang dengan pantas. Sekiranya gejala tidak berkurang atau gejala yang dihidapi semakin teruk anda harus segera dapatkan rawatan doktor tanpa berlengah.

Bagaimana Pantoprazole Berfungsi?

Asid di dalam perut dihasilakan oleh protein yang dinamakan sebagai proton pump. Asid perut berlebihan berlaku apabila proton pump menghasilan asid perut secara berlebihan. Ia juga boleh disebabkan pengambilan ubat tahan sakit mahupun jangkitan bakteria H. pylori. Apabila asid perut berlebihan, ia akan menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian perut justeru mampu menyebabkan berlakunya penyakit seperti ulser perut dan gastrik.

Dalam keadaan inilah ubat seperti Pantoprazole amat berguna. Apabila seseorang mengambil Pantoprazole, ia akan bertindak sebagai perencat terhadap Proton Pump seterusnya mengawal aktiviti penghasilan asid perut oleh Proton Pump dan mengelakkan berlakunya asid perut berlebihan.

Dos Pantoprazole

Dewasa: 40mg sekali sehari diambil secara oral

Cara Penyimpanan

Simpan Pantoprazole didalam suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Pantoprazole

Walaupun Pantoprazole antara ubat yang berguna untuk meredakan masalah asid berlebihan didalam perut, namun anda harus tahu setiap ubat itu ada kesan sampingannya. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Kesakitan pada bahagian perut yang teruk; cirit-birit berdarah
  • Bengkak atau lebam pada bahagian Pantoprazole disuntik
  • Masalah buah pinggang dengan gejala seperti demam, ruam, mual, hilang selera makan, sakit sendi, kurang buang air kecil, air kencing berdarah atau penambahan berat badan.
  • Masalah kekurangan Magnesium dengan gejala seperti pening, degupan jantung laju atau tidak sekata, rasa gementar, kekejangan otot.
  • Pengambilan melebihi tempoh 3 tahun boleh menyebabkan badan kekurangan vitamin B 12

Apa Akan Terjadi Apabila Terlebih Dos?

Antara kesan terlebih dos yang boleh terjadi:

  • Pengsan
  • Masalah sukar bernafas
  • Kekeliruan (confusion)
  • Kelajuan degupan jantung yang luar biasa

Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlaku gejala seperti diatas

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Jika anda terlupa untuk ambil Pantoprazole anda, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Pantoprazole, sila beritahu doktor/ahli farmasi jika anda ada masalah alergi terhadapnya.
  • Sebelum mengambil Pantoprazole, sila beritahu sejarah perubatan anda terutama sekali jika anda ada penyakit berkaitan hati dan lupus.
  • Sesetengah gejala yang berlaku mungkin petanda kepada masalah yang lebih serius. Jika berlaku gejala yang luar biasa, sila dapatkan rawatan dengan segera.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Interaksi Pantoprazole Bersama Ubat-Ubatan Lain?

Anda tidak disyorkan untuk ambil Pantoprazole bersama ubat-ubatan lain hal ini kerana sesetengah ubat dan Pantoprazole boleh menyebabkan berlakunya reaksi seterusnya mengakibatkan kesan sampingan. Antara ubat-ubatan yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh diambil bersama Pantoprazole:

  • Ubat anti-reumatik seperti methotrexate
  • Ubat antifungal seperti itraconazole, ketoconazole, posaconazole dan voriconazole
  • Ubat yang memerlukan asid perut untuk berfungsi seperti ampicillin, atazanavir, erlotinib, levoketoconazole, nelfinavir, pazopanib dan rilpivirine.
  • Ubat untuk rawatan pembekuan darah seperti clopidogrel dan warfarin.

Namun ianya selamat jika diambil bersama ubat tahan sakit (analgesic) seperti paracetamol atau ibuprofen. Anda perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu jika ingin menggunakan gabungan ubat di atas.

Rujukan

  1. Drugs.com/pantoprazole
  2. Pantoprazole-WebMD
  3. Proton Pump Inhibitors (PPIs)- MedlinePlus
  4. MIMS Malaysia “Pantoprazole”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 4 =