Skip to content

Ubat Neurobion: Dos, Fungsi & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat Neurobion? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat neurobion ini.

Klasifikasi ubat: Suplemen

Apa Itu Neurobion?

Neurobion ialah sejenis suplemen vitamin B complex dimana tujuan utamanya digunakan untuk merawat dan membantu memulihklan gejala kerosakan saraf disamping membantu juga untuk menjaga dan memulihkan saraf. Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.

Kandungan Bahan Aktif Didalam Neurobion

Setiap tablet Neurobion mengandungi:

  • Vitamin B1 (thiamine mononitrate), 100mg
  • Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride), 200mg
  • Vitamin B12, (cyanocobalamin), 200mcg

Fungsi dan Kegunaan Neurobion

Fungsi utama Neurobion adalah untuk merawat masalah kerosakan saraf. Antara fungsi Neurobion yang lain:

  • Menjaga dan memastikan saraf berfungsi dengan baik
  • Membantu menjaga kesihatan kardiovaskular
  • Menyokong dan memastikan tonus otot dalam keadaan yang baik

Kelebihan Neurobion

Vitamin B1, B6 dan B12 didalam Neurobion membantu untuk memulih dan menjaga saraf.  Setiap satu bahan aktif didalam setiap tablet Neurobion memberi kelebihan terhadap tubuh badan antaranya:

  • Vitamin B1 (Vitamin B1 (thiamine mononitrate)- membantu untuk memulih sel-sel saraf
  • Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride)- membantu didalam memulih signal-signal antara saraf
  • Vitamin B12, (cyanocobalamin)- membantu didalam penghasilan semula gentian saraf

Cara pengambilan Neurobion

  • Neurobion diambil secara oral dengan pengambilan 1 hingga 3 kali sehari
  • Sila ambil suplemen ini mengikut arahan doktor atau ahli farmasi
  • Sila baca risalah berkaitan suplemen ini secara teliti sebelum mengambilnya
  • Setiap tablet harus ditelan secara penuh tanpa menghancurkan atau mengunyahnya

Kesan-Kesan Buruk Kekurangan Vitamin B1, Vitamin B6 dan Vitamin B12

  • Berisiko untuk mendapat penyakit Beriberi
  • Kekuatan otot berkurang
  • Kelumpuhan otot
  • Kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki
  • Kekejangan otot
  • Kegangguan pada sistem koordinasi badan
  • Keletihan
  • Anemia
  • Kurang berat badan atau sukar untuk menambah berat badan
  • Masalah sistem imun yang lemah

Cara Pengambilan Neurobion

  • Dewasa: Pengambilan 1-3 tablet sekali sehari

Cara Penyimpanan

Simpan Neurobion didalam suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Neurobion

Neurobion antara ubat yang berguna terutamanya untuk rawatan saraf. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Rasa mual
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Kepala rasa berpusing dan pening
  • Gatal-gatal pada kulit
  • Kerosakan saraf (terjadi jika terlebih dos vitamin B6)

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

Pengambilan ubat ini ketika mengandung dan meyusukan adalah selamat namun ia perlulah disyorkan oleh doktor dan melalui arahan dan prekripsi daripada mereka.

Tindak Balas Buruk Selepas Pengambilan Neurobion

  • Berlaku reaksi hypersensitivity terhadap Vitamin B1 seperti berpeluh, degupan jantung menjadi laju dan gatal-gatal pada kulit
  • Berlaku Chromaturia iaitu keadaan dimana air kencing menjadi kemerahan selepas 8 jam pengambilan dan biasanya akan kembali normal dalam masa 48 jam
  • Berlaku masalah gastrointestinal seperti mual, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut

Apa Akan Terjadi Apabila Terlebih Dos?

Antara kesan terlebih dos yang boleh terjadi:

  • Muntah-muntah
  • Mual
  • Cirit-birit

Sila dapatkan rawatan dengan segera jika anda mengalami gejala-gejala seperti diatas

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

  • Neurobion adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor.
  • Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut.
  • Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Neurobion, sila beritahu sejarah perubatan anda terutama sekali jika anda ada penyakit ulser perut.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.
  • Neurobion bukanlah pengganti untuk gizi yang seimbang. Anda patut amalkan gizi yang seimbang dengan banyakkan pengambilan makanan-makan sihat.

Interaksi Neurobion Bersama Ubat-Ubatan Lain?

Secara amnya Neurobion boleh diambil dengan kebanyakan ubat. Akan tetapi terdapat beberapa jenis ubat jika diambil bersama boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Mengurangkan penyerapan ubat antibiotik jenis penicillin
  • Mengurangkan fungsi ubat levodopa

Namun ianya selamat jika diambil bersama ubat tahan sakit (analgesic) seperti paracetamol. Untuk langkah keselamatan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil ubat ini.

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Neurobion”
  2. Healthline.com- “Why Is Vitamin B Complex Important, and Where Do I Get It?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + two =