Skip to content

Ubat Esomeprazole: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat esomeprazole? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat esomeprazole.

Apa itu Esomeprazole?

Esomeprazole ialah ubat yang sering diprekripsikan untuk merawat masalah perut dan esofagus seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Esomeprazole tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai Proton Pump Inhibitors (PPIs). Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh juga didapati di farmasi.

Antara jenama dan pengeluar Esomeprazole di Malaysia:

  • Nexium/ Nexium MUPS (AstraZeneca)
  • Nexpro Tablets (Torrent Pharma)
  • Vaxcel Esomeprazole (Kotra Pharma)

Apa Itu Proton Pump Inhibitors (PPIs) dan Jenis-Jenisnya

Proton Pump Inhibitors (PPIs) ialah kumpulan ubat yang berfungsi mengurangkan kandungan asid yang berlebihan didalam perut. Proton Pump pula ialah protein yang terdapat didalam lapisan perut berfungsi untuk menghasilkan asid didalam perut bertujuan untuk mengurai makanan yang berada didalam perut.

Antara jenis-jenis Proton Pump Inhibitors (PPIs)

Fungsi dan Kegunaan

Esomeprazole diprekripsikan untuk merawat masalah perut dan esofagus seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD). GERD terjadi apabila asid perut mengalir secara terbalik dari perut ke esofagus. Hal ini menyebabkan berlakunya kerosakan pada esofagus dan oleh kerana itulah Pantoprazole sering digunakan untuk merawat masalah ini.  Selain itu, ia juga digunakan secara meluas untuk merawat masalah melibatkan perut dan esofagus antaranya:

  • Gastrik dan ulser perut
  • Pedih ulu hati
  • Sindrom Zollinger-Ellison
  • Membantu memulihkan kerosakan pada esofagus

Bagaimana Cara Untuk Ambil Esomeprazole?

Esomeprazole diambil secara oral/makan. Harus diambil sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan bersama segelas air. Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda. Jika dibeli melalui farmasi, silal baca arahan dan risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan.

Bagaimana Esomeprazole Bertindak?

Masalah asid perut berlebihan boleh berlaku antaranya apabila seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang mampu mencetuskan penambahan asid perut. Asid perut yang berlebihan ini mampu menyebabkan berlakunya penyakit seperti ulser perut dan gastrik.

Didalam perut kita adanya protein bernama Proton Pump. Proton Pump ini bertanggungjawab dalam penghasilan asid didalam perut kita. Asid perut berlebihan berlaku apabila Proton Pump menghasilkan asid perut secara tidak terkawal dan berlebihan. Apabila seseorang mengambil Esomeprazole, ia akan bertindak sebagai perencat terhadap Proton Pump seterusnya mengawal aktiviti penghasilan asid perut oleh Proton Pump dan mengelakkan berlakunya asid perut berlebihan.

Dos Esomeprazole

Dewasa: 20mg atau 40mg sekali sehari

Kanak-kanak: 10mg sekali sehari

Cara Penyimpanan

Simpan Esomeprazole didalam suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan

Esomeprazole dilihat sebagai ubat yang mampu meredakan masalah asid berlebihan didalam perut, namun anda harus tahu setiap ubat itu ada kesan sampingannya. Kesan sampingan yang serius mungkin berlaku selepas pengmabilan ubat ini. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Sakit perut yang serius; cirit-birit berdarah
  • Kekejangan
  • Pening kepala
  • Rasa mual, perut rasa berangin, sembelit
  • Masalah buah pinggang dengan gejala seperti demam, ruam, mual, hilang selera makan, sakit sendi, kurang buang air kecil, air kencing berdarah atau penambahan berat badan.
  • Masalah kekurangan Magnesium dengan gejala seperti pening, degupan jantung laju atau tidak sekata, rasa gementar, batuk atau rasa tercekik
  • Jika berlaku reaksi kesan sampingan yang teruk seperti alergik, demam, gatal-gatal dan bengkak sila dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Kesan Terlebih Dos

Antara kesan terlebih dos yang boleh terjadi:

  • Mengantuk
  • Pandangan kabur
  • Kekeliruan (confusion)
  • Kelajuan degupan jantung yang luar biasa
  • Berpeluh
  • Kekeringan pada mulut

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Jika anda terlupa untuk ambil Esomeprazole anda, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos semata-mata untuk mencukupkan pengambilan dos anda.

Perlu Ingat

  • Jika anda ambil Esomeprazole, ianya akan mula berfungsi dan menunjukkan keberkesanan dalam masa 2-3 hari dan sekitar 4 hari untuk berfungsi sepenuhnya.
  • Jika anda beli Esomeprazole dari kaunter atau farmasi, pastikan anda ambilnya tidak melebihi dua minggu. Untuk tempoh lebih dua minggu sila dapatkan rujukan dan rawatan dari doktor.
  • Pengambila Esomeprazole boleh menyebabkan rasa mengantuk. Elakkan untuk tidak memandu atau mengendali sebarang mesin dan peralatan yang memerlukan pengawasan.

Bolehkah Esomeprazole Diambil Bersama Ubat-Ubatan Lain?

Tidak digalakkan untuk ambil Esomeprazole bersama ubat-ubatan lain ini kerana sesetengah ubat dan Esomeprazole boleh menyebabkan kesan sampingan. Antara ubat-ubatan yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh diambil bersama Esomeprazole:

  • Ubat untuk rawatan hati seperti digoxin
  • Cilostazol (ubat untuk rawatan Peripheral Arterial Disease)
  • Ubat antifungal seperti itraconazole, ketoconazole, posaconazole dan voriconazole
  • Ubat HIV
  • Ubat anti-reumatik seperti methotrexate
  • Antibiotic seperti rifampicin
  • Ubat untuk rawatan pembekuan darah seperti clopidogrel dan warfarin.

Namun ianya selamat jika diambil bersama ubat tahan sakit (analgesic) seperti paracetamol atau ibuprofen

Rujukan

  1. Esomeprazole-WebMD
  2. Drugs.com/esomeprazole
  3. Esomeprazole-MedlinePlus
  4. Proton Pump Inhibitors (PPIs)- MedlinePlus
  5. MIMS Malaysia “Esomeprazole”
  6. About Esomeprazole- NHS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =