Skip to content

Obimin: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat obimin? Artikel ini akan membincangkan apakah kegunaan, dos dan kesan sampingan ubat ini

Klasifikasi ubat: Suplemen

Kandungan Ubat

Kandungan didalam setiap tablet:

  • Folic acid 1mg,
  • Calcium lactate 250mg,
  • Potassium iodide 100mcg,
  • Iron fumarate 90mg,
  • Vitamin B1 10mg,
  • Vitamin B12 4mcg,
  • Vitamin B2 2.5mg,
  • Vitamin C 100mg,
  • Calcium D-pantothenate 7.5mg,
  • Copper 100mcg,
  • Niacinamide 20mg

Apa itu Obimin?

Obimin ialah suplemen multivitamin untuk ibu hamil untuk merawat masalah kekurangan vitamin dan zat besi akibat dari gizi yang tidak seimbang, penyakit tertentu atau kegunaan semasa hamil. Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Obimin

Fungsi utama Obimin adalah untuk merawat masalah kekurangan asid folik, multivitamin dan zat besi antaranya:

  • Anemia akibat dari kekurangan zat besi
  • Anemia akibat daripada kekurangan nutrisi dan gizi yang tidak seimbang
  • Anemia ketika mengandung akibat kekurangan vitamin C dan vitamin B

Cara pengambilan

  • Obimin diambil secara oral dan diambil sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor.
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda.
  • Jika dibeli melalui farmasi, sila baca arahan dan risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan.

Bagaimana Suplemen ini Berfungsi?

  • Folic acid didalam suplemen ini penting untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada tiub neural (neural tube defects, NTDs). NTD ialah salah satu masalah kecacatan pada otak bayi.
  • Folic acid, vitamin B6 dan B12 didalam Obimin diperlukan untuk metabolisma Homocysteine dan mengelakkan ia daripada terkumpul didalam darah. Ianya mampu mengelakkan masalah seperti kelahiran bayi pra-matang dan bayi yang tidak cukup berat. 
  • Zat besi didalam suplemen ini membantu mengurangkan risiko kekurangan zat besi ketika hamil seterusnya membantu didalam penghasilan hemoglobin yang mencukupi. 
  • Kalsium dan vitamin D membantu untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi pada tahap optimum untuk mengelakkan berlakunya penyakit tulang seperti Osteoporosis.
  • Vitamin B12 didalam suplemen ini juga membantu didalam penghasilan sel darah merah yang sihat ketika hamil dan mengelakkan masalah seperti kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang.

Kesan-Kesan Buruk Kekurangan Zat Besi, Asid Folik dan Vitamin B Complex Terhadap Wanita Hamil

  • Kelahiran bayi pra-matang
  • Berlaku kecacatan pada bayi seperti kerosakan pada otak
  • Pembentukan bayi yang tidak sempurna
  • Depresi selepas bersalin
  • Anemia pada bayi
  • Badan terasa lemah dan penat
  • Bacaan Hb yang rendah (anemia)

Cara Pengambilan Obimin

  • Dewasa: Pengambilan 1 tablet sekali sehari

Cara Penyimpanan

Simpan Obimin didalam suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Obimin

Obimin antara ubat yang berguna terutamanya bagi wanita yang sedang hamil. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Rasa mual
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Sembelit
  • Gastrik

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

Pengambilan ubat ini ketika mengandung dan meyusukan adalah selamat dan dibenarkan namun ia perlulah disyorkan oleh doktor dan melalui arahan dan prekripsi daripada mereka.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Obimin adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Obimin, sila beritahu sejarah perubatan anda terutama sekali jika anda ada penyakit ulser perut.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.
  • Obimin bukanlah pengganti untuk gizi yang seimbang. Anda patut amalkan gizi yang seimbang dengan banyakkan pengambilan makanan-makan sihat.

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Obimin”
  2. www.unilab.com.ph/obimin
  3. Anemia in Pregnancy-WebMD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =