Skip to content

Asid Folik: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat asid folik? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan kepada suplemen.

Klasifikasi ubat: Vitamin

Apa itu Asid Folik?

Asid folik ialah sejenis vitamin B kebiasaannya terdapat didalam makanan seperti kekacang, buah oren, produk berasaskan gandum penuh, hati haiwan, asparagus, brokoli dan sayur bayam. Asid folik membantu tubuh badan untuk menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru disamping mencegah sebarang perubahan terhadap DNA yang mampu mengakibatkan terjadinya kanser.

Didalam aspek perubatan, suplemen asid folik digunakan untuk merawat masalah kekurangan asid folik dan beberapa jenis anemia (masalah kekurangan sel darah merah) akibat daripada kekurangan asid folik. Asid folik boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.

Fungsi dan Kegunaan Asid Folik

Fungsi utama suplemen asid folik adalah untuk merawat, mengawal, mencegah dan memulih masalah kekurangan asid folik didalam badan. Selain itu, pengambilannya juga mampu merawat masalah seperti:

  • Anemia akibat dari kekurangan asid folik
  • Anemia akibat daripada kekurangan nutrisi dan gizi yang tidak seimbang ketika hamil
  • Meningkatkan keperluan folat didalam badan ketika hamil
  • Mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang pada bayi(spina bifida)
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Mengurangkan kadar ketoksikan ubat seperti methotrexate

Cara pengambilan Asid Folik

  • Asid folik diambil secara oral melalui mulut
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda.
  • Jika dibeli melalui farmasi, sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan.

Bagaimana Asid Folik Berfungsi?

  • Bagi pesakit anemia, suplemen asid folik berfungsi dengan meningkatkan kandungan asid folik didalam badan, membantu badan untuk menghasilkan sel darah merah dan merawat masalah kekurangan sel darah merah
  • Bagi wanita hamil, asid folik membantu didalam pertumbuhan bayi dari segi pertumbuhan tiub neural didalam otak dan juga pertumbuhan saraf tunjang

Kesan-Kesan Buruk Kekurangan Asid Folik

Kesan buruk pada golongan biasa:

  • Megaloblastic anemia
  • Masalah tekanan darah rendah
  • Rasa penat yang melampau
  • Masalah nafas pendek
  • Kulit menjadi pucat
  • Ulser mulut

Kesan buruk pada wanita hamil:

  • Kelahiran bayi pra-matang
  • Berlaku kecacatan pada bayi seperti kerosakan pada otak dan saraf tunjang(Spina bifida)
  • Pembentukan bayi yang tidak sempurna
  • Depresi selepas bersalin
  • Badan terasa lemah dan penat
  • Bacaan Hb yang rendah (anemia)

Cara Pengambilan Asid Folik

Ambil asid folik seperti arahan tertera pada label atau ikut sepenuhnya seperti arahan doktor

Cara Penyimpanan

Simpan asid folik didalam suhu antara 20-25°C, jauh dari cahaya matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Asid Folik

Asid folik antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani masalah kekurangan asid folik didalam badan. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Mual dan muntah-muntah yang teruk
  • Masalah kembung perut dan berangin
  • Insomnia
  • Sakit perut
  • Rasa pahit atau kurang enak pada mulut
  • Tekanan emosi

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

Pengambilan ubat ini ketika mengandung dan meyusukan adalah selamat dan dibenarkan namun ia perlulah disyorkan oleh doktor dan melalui arahan dan prekripsi daripada mereka.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Asid folik adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil asid folik, sila beritahu sejarah perubatan anda terutama sekali jika anda ada penyakit seperti sawan, masalah hati dan buah pinggang
  • Beritahu mereka juga jika anda alah kepada asid folik
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Interaksi Asid folik Bersama Ubat Lain

Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama ubat lain jika diambil bersama dan menyebabkan ubat yang diambil kurang berkesan atau mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. Antara ubat yang harus dielakkan semasa pengambilan asid folik:

  • Methotrexate
  • Nitrofurantoin
  • Pyrimethamine
  • Tetracycline
  • Barbiturate seperti phenobarbital dan secobarbital
  • Ubat sawan seperti phenytoin atau primidone

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Folic acid”
  2. Drugs.com “Folic acid”
  3. WebMD “Folate (Folic Acid)”
  4. WebMD “Folic Acid and Pregnancy”
  5. healthline “Folic Acid and Pregnancy: How Much Do You Need?”
  6. NHS “Vitamin B12 or folate deficiency anaemia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − 13 =