Skip to content

Sakit Bahu: Punca, Simptom & Rawatan

Apakah punca sakit bahu? Artikel ini akan membincangkan punca, simptom dan rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah ini.

Pengenalan

Selain sakit kepala, sakit bahu adalah antara masalah kesihatan yang mengganggu kehidupan dan produktivti. Bahu adalah salah satu sendi yang paling fleksibel dan masalah bahu boleh menyebabkan limitasi pergerakan dalam kehidupan seharian. Anda mungkin tidak menyedari anda mempunyai masalah bahu sehinggalah anda sukar untuk menggerakkan tangan dan bahu anda.

Selain masalah sakit bahu yang datang seiring usia, masalah bahu ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Struktur Sendi Bahu

Bahu merupakan struktur kompleks yang terdiri daripada banyak otot, ligament, tulang, saraf dan saluran darah.

  1. Otot-otot bahu.
  2. Tulang-tulang bahu
  3. 5 Sendi utama di bahu

Justeru, sakit bahu boleh disebabkan oleh apa-apa masalah yang mengganggu salah satu atau semua struktur ini.

Punca Sakit Bahu

Seperti yang diterangkan, sakit bahu berpunca dari pelbagai sebab dan kebiasaannya bukanlah melibatkan 1 struktur sahaja. Bagaimanapun, berikut adalah antara punca-punca utama sakit bahu

1. Kecederaan atau iritasi pada otot Rotator Cuff

Rotator cuff adalah sekumpulan otot dan ligament di bahu yang membolehkan anda menggerakkan tangan dalam bulatan. Jika anda rasa sakit ketika ingin mengangkat tangan melebihi bahu atau ketika cuba memegang belakang badan, ia mugkin petanda anda mengalami kecederaan pada bahagian ini. Masalah di Kawasan Rotator cuff kebiasaannya adalah berpunca dari radang atau koyakan pada otot atau ligament.

  • Sindrom Rotator cuff tersepit(Shoulder Impingement Syndrome) : Keadaan ini berlaku apabila terdapat radang, iritasi atau apabila tendon ataupun bursa (kantung berisi cecair yang berada antara 2 tulang ) tersepit. Ia boleh terjadi akibat kecedaraan atau hentaman tetapi turut boleh disebabkan pergerakan harian.
  • Koyakan (Tear) pada Rotator cuff : berbanding impingement, koyakan pada rotator cuff turut menyebabkan bahu menjadi lemah. Ia selalunya disebabkan kecederaan. Antara mekanisma biasa adalah terjatuh di atas salji/ais, tergelincir dan jatuh di atas bahu dan ditarik anjing yang memakai Orang berusia juga lebih berisiko mendapat koyakan ini kerana otot dan tendon menjadi semakin lemah apabila kita semakin tua.
  • Calcific Tendinitis (pengumpulan kalsium pada tendon) : Kajian menunjukkan keadaan ini berlaku apabila berlaku masalah sewaktu proses penyembuhan tendon, menyebabkan kalsium berkumpul di dalam tendon Rotator cuff. Calcific tendinitis menyebabkan pesakit merasai rasa sakit yang sangat teruk terutama pada waktu pagi. Ia juga lebih kerap berlaku pada pesakit di pertengahan usia dan pesakit diabetes.

2. Adhesive capsulitis (Capsule melekat/Bahu kaku)

Bahu kaku terjadi apabila tisu atau otot atau struktur sekitar sendi bahu menebal dan menegang. Ia biasa terjadi kepada pesakit berumur linkungan 40-60 tahun dan lebih banyak berlaku pada Wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, masalah kolesterol atau tiroid berbanding lelaki.

3. Osteoarthritis

Masalah osteoarthritis pada bahagian bahu juga boleh berlaku. Apabila berlaku kerosakan pada lapik rawan antara tulang bahu, tulang-tulang ini akan bergesel dan menyebabkan rasa sakit. 

4. Rheumatoid arthritis

Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun yang menyerang sendi, dan menyebabkan kerosakan pada bahagian sendi. Bahu juga boleh diserang 

5. Dislokasi tulang bahu

Dislokasi tulang bahu juga boleh berlaku dan ia perlu dirawat segera. Ia juga boleh berulang jika otot-otot bahu sudah lemah.

6. Masalah saraf bahu

Masalah saraf bahu juga boleh berlaku dan ia biasanya menyebabkan rasa sakit seperti dicucuk. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini turut mempunyai masalah saraf tunjang.

Simptom -Simptom Berkaitan

Kebanyakan masalah melibatkan bahu akan menyebabkan limitasi dalam pergerakan tangan bahu yang terlibat selain rasa sakit. Antara simptom berkaitan yang lain termasuk:

  • Radang tendon, radang bursa dan impingement: Rasa sakit yang bertambah teruk apabila cuba menggerakkan tangan.
  • Bahu kaku (Frozen shoulder) dan arthritis (Rheumatoid dan osteoarthritis) : Rasa sakit dan bahu kaku yang tidak berubah dan semakin teruk. Demam yang tidak kebah dan sakit pada bahagian sendi lain.
  • Dislokasi /patah tulang (bahu/tulang selangka):Rasa terlalu sakit tiba-tiba dan tangan tidak boleh bergerak. Terdapat perubahan pada rupa bahu atau tulang selangka

Ujian Pemeriksaan

Apabila anda mendapatkan nasihat doctor, doctor anda akan mengambil sejarah kesihatan anda serta memeriksa pergerakan bahu anda. Selepas itu, prosedur radiologi seperti berijut mungkin dilakukan:

Xray : Xray adalah cara ujian yang bagus untuk memerhati struktur tulang. Ia akan dilakukan jika doctor anda mengesyaki tulang anda patah atau terkeluar. 

Ultrasound : Ujian Ultrasound boleh mengesan kerosakan atau bengkak tendon, otot dan tisu di bahagian bahu. 

CT scan dan MRI: Ujian ini pula mungkin dilakukan untuk mendapatkan diagnosis pada otot dan ligamen bahu. 

Ujian darah: Jika anda mengalami symptom Rheumatoid Arthritis, ujian darah perlu dilakukan.

Ujian saraf : Ujian ini turut jika doctor anda mengesyaki anda mengalami masalah saraf.

Rawatan

Sakit bahu yang biasa boleh dirawat di rumah ataupun dengan ubat-ubatan. Tetapi, jika sakit bahu berlarutan lebih 2 minggu ataupun semakin sakit setiap hari, pastikan anda mendapatkan nasihat doctor. Antara rawatan yang anda boleh lakukan adalah:

  • Menggunakan pad tuaman panas/sejuk : Anda boleh menggunakan tuaman panas/ sejuk apabila bahu anda rasa sakit selepas kecederaan. Ia juga boleh digunakan jika anda rasa bahu anda lenguh.
  • Ubat-ubatan : Ubat tahan sakit seperti Panadol, ibuprofen juga boleh digunakan. Selain itu, ubat untuk megurangkan bengkak dan ubat sapuan panas juga boleh membantu.
  • Fisioterapi : Kaedah fisioterapi juga didapati membantu untuk mengurangkan rasa sakit serta meningkatkan mobility bahu.
  • Akupuntur : Rawatan alternatif seperti akupuntur mungkin boleh dilakukan untuk masalah sarat.

Pencegahan

Oleh kerana kebanyakan masalah bahu berpunca daripapa penggunaan sendi bahu atau kecederaan, pencegahan yang utama adalah dengan mengelak kecederaan dan menjaga sendi bahu. Kaedah pencegahan yang boleh dilakukan adalah :

  • Mengamalkan postur yang betul : Kebanyakan masalah saraf yang menyebabkan sakit bahu adalah disebabkan postur yang tidak betul. Pastikan anda duduk dengan postur yang betul serta melakukan kerja rumah seperti mengangkat barang dan menvakum dengan cara yang betul.
  • Mengelakkan tekanan pada bahu yang sakit : Elakkan berbaring pada bahagian bahu yang sakit. Lapik bahu yang sakit dengan bantal lembut apabila berbaring melentang.
  • Melakukan senaman ringan : Walaupun sakit, bahu anda perlu digerakkan untuk mengelakkan pengumpulan kalsium dan penegangan otot. Jadi, dapatkan nasihat doctor berkenaan senama ringan untuk merangsang otot dan tendon dan mengelakkan ketegangan.
  • Amalkan gaya hidup sihat : Oleh kerana sebahagian masalah bahu boleh berlaku ataupun lebih kerap berlaku pada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan kronik, amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit yang boleh dielak seperti diabetes dan tinggi kolesterol
  • Berhenti merokok/mengewap dan pengambilan minuman beralkohol atau bahan terlarang : Merokok dan vape mengganggu penyembuhan semua struktur. Minuman beralkohol dan dadad juga turut menyumbang penyembuhan abnormal. Justeru, berhenti merokok untuk mengelakkan penyembuhan yang tidak sempurna.

Rujukan

  1. Shoulder Joint Anatomy – P-ortho.com
  2. Shoulder Impingement Syndrome – Full Function Rehab
  3. Shoulder Dislocation – Drugs
  4. Clavicle Fracture – Emedicine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =