Skip to content

Sakit Tekak: Punca, Rawatan dan Pencegahan

Apakah itu punca sakit tekak? Artikel ini akan membincangkan punca sakit tekak dan cara rawatan kepada masalah ini.

Pengenalan

Sakit tekak adalah rasa sakit, bengkak atau gatal di bahagian tekak dan selalunya menjadi lebih teruk ketika hendak menelan makanan. Kebanyakan punca kepada masalah sakit tekak adalah disebabkan jangkitan virus dan selalunya ia boleh baik dengan sendirinya.

Jangkitan bakteria seperti Streptococcus pyogenes adalah jarang berlaku dan memerlukan antibiotik sebagai rawatan kepada masalah ini.

Simptom selain sakit tekak

Simptom dan tanda sakit tekak adalah bergantung kepada punca masalah ini. Simptom-simptomyang berlaku adalah:

  • Rasa sakit dibahagian tekak
  • Rasa sakit semakin meningkat ketika ingin menelan atau bercakap
  • Bengkak kelenjar di bahagian leher
  • Tonsil yang bengkak
  • Warna putih pada bahagian tonsil
  • Suara menjadi serak

Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami

  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Bersin
  • Sakit badan
  • Sakit kepala
  • Muntah dan cirit-birit

Punca sakit tekak

Virus yang menyebabkan masalah ini juga boleh menyebabkan selesema. Beberapa punca kepada masalah sakit tekak ini adalah:

Jangkitan virus

Terdapat beberapa jangkitan virus yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

  • Virus influenza
  • Measles
  • Varicella-zoster
  • COVID-19
  • Adenovirus
  • Rhinovirus

Jangkitan Bakteria

Terdapat banyak jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak. Bakteraia yang paling kerap menyebabkan sakit tekak adalah Streptococcus pyogenes

Punca lain

Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

  • Alahan: Alahan kepada bulu haiwan, kulat, habuk dan debunga boleh menyebabkan masalah kerengsaan pada tekak. Ini kerana jika seseorang itu mengalami alahan, mukus yang dihasilkan ketika tidur boleh pergi mengalir ke bahagian tekak dan menyebabkan iritasi di kawasan tersebut
  • Kekeringan: Udara yang kering boleh menyebabkan tekak menjadi kering dan sakit tekak
  • Bahan kimia – Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang boleh menyebabkan iritiasi dibahagian tekak terutamanya bahan dari asap rokok. Pengambilan alkohol dan makanan pedas juga boleh menyebabkan iritisai di bahagian tekak.
  • Menjerit – Seseorang yang menjerit atau bercakap dengan terlalu kuat boleh menyebabkan kecederaan dibahagian tekak
  • GERD – Gastroesophageal reflux disease adalah keadaan dimana asid di dalam perut refluks naik ke dalam esofagus. Asid tersebut balik naik hingga ke bahagian tekak dan menyebabkan iritiasi
  • Kanser – Kanser dibahagian tekak, lidah dan kotak suara boleh menyebabkan masalah sakit tekak ini berlaku

Faktor risiko

Mereka yang mempunyai faktor risiko seperti dibawah mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah sakit tekak ini.

  • Umur : Kanak-kanak atau remaja sangat mudah untuk mengalami masalah ini dan selalunya ia disebabkan jangkitan bakteria
  • Pendedahan kepada asap rokok: Merokok atau perokok pasid boleh menyebabkan iritasi dibahagin tekak
  • Alahan: Mereka yang mempunyai masalah alahan akan lebih mudah mengalami masalah ini terutamanya ketika musim bunga
  • Jangkitan sinus: Mereka yang kerap mempunyai jangkitan sinus akan lebih mudah menghadapi masalah ini.

Cara pencegahan

Cara pencegahan yang paling berkesan adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada kuman tersebut. Beberapa tips yang boleh diikuti adalah:

  • Membasuh tangan dengan cermat dan kerap sebelum menggunakan tandas, sebelum dan selepas makan dan juga selepas batuk atau bersih
  • Elakkan daripada menyebuh muka: Elakkan daripada menyentuk mata, hidung dan mulut
  • Elakkan daripada berkongsi makanan, air dan juga alatan yang lain
  • Batuh atau bersin pada tisu dan buangkan ia ketika itu.
  • Gunakan pembersih alkohol untuk membunuh pada kuman
  • Elakkan daripada menyentuh barang-barang di tempat awam
  • Elakkan daripada berjumpa mereka yang mempunyai simptom

Ujian Pengesahan

Ujian pengesahan untuk mengetahui punca kepada masalah ini adalah dengan melakukan ujian calitan tekak

Throat swab

Kebanyakan kes selalunya disahkan puncanya dengan mengambil ujian ini kerana ia boleh mengesan jenis bakteria atau virus tersebut.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Sila pergi berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:

  • Sakit tekak melebihi 1 minggu
  • Susah menelan
  • Susah bernafas
  • Sakit Sendi
  • Sakit Telinga
  • Ruam
  • Demam
  • Bengkak kelenjar

Rawatan

Kebanyakan sakit tekak adalah disebabkan jangkitan virus dan akan pulih dengan sendirinya lebih kurang 5 – 7 hari tanpa memerlukan apa-apa ubat.

Untuk mengurangkan rasa sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit jenis parasetamol atau ibuprofen.

Rawatan jangkitan bakteria

Jika doktor mengesahkan anak anda mengalami jangkitan bakteria, selalunya doktor akan terus memberikan pesakit antibiotik. Anda perlulah menghabiskan ubat tersebut pada masa yang ditetapkan

Tidak menghabiskan pengambilan antibiotik akan menyebabkan bakteria menjadkan ia lebih kuat.

Rawatan di rumah

Strategi di rumah akan dapat menolong pesakit mengurangkan simptom. Ia adalah:

  • Rehat – Dapankan rehat yang sejujurnya.
  • Minum air mencukupi – Pengambilan ambil perlulah dibuat untuk mengelakkan badan menjadi kekeriangan
  • Kumur dengan air garam – Kumur dengan air garam dapat membunuh kebanyakkan kuman di bahagian tekak
  • Melembabkan udara – Boleh gunakan mesin pelembab udara untuk memastikan ruang udara dalam rumah lembab dan bukan kekeringan
  • Pengambilan lozenges
  • Elakkan bahang kimia yang menyebabkan iritasi

Rujukan:

  1. Seven tips to help you prevent a sore throat. American Academy of Otolaryngology — Head and Neck Surgery. .
  2. Sore throat. Centers for Disease Control and Prevention.
  3. Drutz, JE. Sore throat in children and adolescents: Symptomatic treatment.
  4. Stead W. Symptomatic treatment of acute pharyngitis in adults.
  5. Slippery Elm. Natural Medicines.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =