Skip to content

1O Khasiat Jantung Pisang Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Apakah khasiat jantung pisang kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat jantung pisang yang perlu anda tahu.

Pengenalan

Pisang memang cukup digemari di kalangan rakyat Malaysia. Harganya berpatutan dan mudah didapati sepanjang tahun. Umum mengetahui buah pisang kaya dengan pelbagai nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A,B, C serta mineral kalium.

Bagaimana pula dengan jantung pisang ? Tidak hanya terbatas dijadikan ulam, jantung pisang juga sering dijadikan ramuan bagi lauk pauk masakan Melayu.

Secara tradisionalnya, ia juga sering digunakan bagi merawat beberapa penyakit seperti sembelit, senggugut dan merawat luka. Juga dikenali sebagai banana blossom atau banana flower dalam bahasa Inggeris, khasiat jantung pisang juga tidak kurang hebatnya kerana kandungan vitamin dan mineralnya yang cukup tinggi.

Kandungan Nutrisi Jantung Pisang

Setiap 100 gram jantung pisang mengandungi khasiat penting untuk tubuh badan seperti berikut :

  • Kalori : 51 kalori
  • Protein : 1.5 gram
  • Karbohidrat : 9.9 gram
  • Serat : 5.7 gram
  • Kalsium : 56 miligram
  • Zat besi : 56.4 miligram
  • Fosforus : 73.3 miligram
  • Kalium : 553.3 miligram
  • Kuprum : 13 miligram
  • Manganese : 48.7 miligram

Khasiat Jantung Pisang Untuk Kesihatan

Antara kebaikan jantung pisang untuk kesihatan ialah :

1. Melindungi Badan dari Jangkitan

Jantung pisang juga sering digunakan secara tradisional untuk mencegah jangkitan atau merawat luka pada kulit. Sifat antibakteria yang terkandung dalam jantung pisang dikatakan berasal daripada komponen ethanol yang mampu mencegah pembiakan bakteria dalam badan. Ia juga mengandungi khasiat vitamin E yang baik dalam memulihkan jangkitan pada kulit.

2. Mencegah Anemia

Dengan kandungan zat besi yang cukup tinggi iaitu 7 kali ganda melebihi keperluan harian dalam setiap 100 gram, jantung pisang memang terbukti berkesan dalam mencegah masalah kekurangan sel darah merah atau anemia. Kebaikan ini menjadikan jantung pisang sangat baik diamalkan bagi ibu hamil yang sering mengalami masalah kekurangan darah dalam badan.

3. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Seorang dewasa disyorkan untuk mengambil 30 gram serat sehari. Dengan kandungan serat terlarut dan tidak terlarut, jantung pisang juga merupakan sumber serat yang cukup baik untuk mencegah pelbagai masalah penghadaman seperti sembelit, kembung perut dan angin.

Kredit Foto : mysihat.com

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kandungan serat yang optimum dalam jantung pisang juga menjadikan ia sesuai untuk diamalkan bagi individu yang ingin menurunkan berat badan berlebihan. Pengambilan diet tinggi serat membantu seseorang untuk berasa lebih kenyang dengan lebih lama di samping mengurangkan rasa keinginan untuk makan makanan manis.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, proses penurunan berat badan perlulah disertakan dengan diet sihat serta gaya hidup aktif.

5. Membantu Mendapatkan Tidur Yang Lebih Berkualiti

Stres sudah menjadi sebahagian daripada realiti kehidupan moden sekarang. Namun, diet tinggi magnesium sedikit sebanyak dapat membantu badan untuk berada di dalam keadaan rehat dan sekaligus mendapatkan tidur yang lebih lena.

Anda boleh cuba amalkan sumber makanan tinggi magnesium seperti jantung pisang untuk kurangkan stres serta dapatkan tidur yang berkualiti.

6. Sumber Kalium Yang Baik

Badan tidak dapat menghasilkan kalium secara semulajadi. Ia perlulah diambil daripada diet harian. Seperti buah pisang, jantung pisang juga kaya dengan kebaikan kalium. Mineral ini sememangnya penting bagi fungsi tubuh seperti sistem penghadaman, kestabilan cecair dalam badan serta mengawal tekanan darah dan meningkatkan kesihatan otot.

7. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Menjelang usia semakin meningkat, kesihatan tulang boleh terjejas tanpa pengambilan diet tinggi nutrisi. 100 gram jantung pisang mampu membekalkan sehingga 10% keperluan fosforus harian. Mineral fosforus adalah amat penting bagi membina tulang dan gigi yang kuat. Ia juga penting bagi menyokong perkembangan sel dan tisu dengan sihat.

Memang tidak salah lagi amalan jantung pisang dalam diet harian masyarakat Malaysia secara turun temurun. Ia didapati kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting seperti serat, kalium, fosforus dan magnesium.

Ia juga sangat baik untuk diamalkan bagi mencegah penyakit seperti sembelit, membantu menurunkan berat badan serta mencegah anemia. Jangan lupa untuk turut amalkan jantung pisang dalam diet harian bagi mendapatkan khasiatnya yang cukup bermanfaat untuk tubuh badan.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat RebungKhasiat Tembikai Susu
Khasiat Limau NipisKhasiat Asam Jawa
Khasiat Limau PurutKhasiat Air Beras
Khasiat Limau KasturiKhasiat Telur
Khasiat DagingKhasiat Lada Hitam
Khasiat Bunga LawangKhasiat Jantung Pisang
Khasiat Air Tebu

Sumber : Health Benefits of Banana Flower

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 3 =