Skip to content

Muntah Darah: Punca, Simptom & Rawatan

Apakah punca kepada masalah muntah darah? Artikel ini akan membincangkan punca, simptom dan rawatan masalah muntah darah.

Pengenalan

Apabila seseorang itu muntah, istilah perubatannya adalah emesis. Apabila muntah itu bercampur dengan darah, ia dipanggil sebagai hematemesis. Hematemesis adalah muntah darah. Muntah darah, walaubagaimanapun ia terjadi, adalah satu gejala yang serius.. Ia boleh dikelirukan dengan hemoptisis (batuk darah) atau epistaksis (darah hidung), yang lebih biasa terjadi.

.Selalunya, ia datang dari  saluran perut atau usus bahagian atas. Ia mungkin disebabkan oleh ulser, tumor di bahagian perut atau esofagus, varises, boleh juga akibat muntah yang berpanjangan, gastroenteritis, darah yang tertelan (daripada pendarahan dalam mulut, hidung atau tekak), atau ubat-ubatan tertentu.

Punca 

Muntah darah (Hematemesis) mungkin disebabkan oleh:

  • Ulser peptik –  Ini mungkin berkaitan dengan sindrom Zollinger–Ellison, yang menyebabkan variasi ulcer peptik yang lebih teruk.
  • Kerosakan sistem vaskular di saluran perut dan usus, seperti varises gastrik yang berdarah atau varises usus.
  • Sindrom Mallory-Weiss: Kekoyakan yang menyebabkan pendarahan dalam mukosa esofagus.
  • Muntah darah yang tertelan selepas pendarahan dalam mulut, hidung atau tekak.
  • Kanser perut atau esofagus.
  • Keradangan atau hakisan pada lapisan esofagus atau perut.
  • Radiasi yang menyebabkan anda keracunan. 

Simptom yang Berkaitan

Muntah berdarah adalah satu gejala yang berkaitan dengan sistem penghadaman kita. Gejala lain yang berkaitan mungkin boleh terjadi muntah biasa sebelum muntah darah, sakit perut, loya, dehidrasi, rasa lemah ataupun gejala yang berkaitan dengan anemia seperti rasa lemah dan mahu pengsan.

Muntah darah yang disebabkan oleh pendarahan yang berlebihan boleh menyebabkan kejutan (Hypovolemic shock atau Haemorrhagic shock) akibat pendarahan GI dalaman. Gejala kejutan termasuklah :

  • Pernafasan yang cepat dan cetek
  • Degupan jantung yang laju
  • Tidak banyak kencing
  • Kulit pucat
  • Kulit sejuk atau lembap
  • Kekeliruan
  • Pengsan
  • Pening apabila berdiri
  • Penglihatan kabur
  • Jika tidak dirawat dengan segera, kejutan boleh membawa kepada disfungsi organ yang tidak dapat dipulihkan, kegagalan pelbagai organ, dan kematian.

Jika anda mengalami sebarang gejala kejutan tersebut disamping muntah berdarah, minta seseorang membawa anda ke ER atau hubungi ambulans secepat yang mungkin. Sekali lagi diingatkan, muntah berdarah adalah satu gejala yang serius dan boleh membawa maut.

Ujian Pemeriksaan

Setiap penyakit akan dikenalpasti berdasarkan ujian darah, ujian imbasan dan ujian khas. Keputusan ujian ini akan memberikan panduan kepada doktor untuk mengenalpasti punca masalah yang dihadapi. 

  • Ujian Darah
    • Digunakan untuk melihat tahap keterukan pendarahan samada mengakibatkan anemia iaitu komplikasi sel darah merah yang rendah
    • Fungsi buah pinggang kerana pendarahan yang teruk akan menjejaskan kesihatan buah pinggang. Melihat fungsi hati anda bagi mengenalpasti masalah penyakit hati berparut yang dikenali sebagai Cirrhosis.
  • Ujian Imbasan
    • X-ray digunakan untuk melihat perut yang telah memasuki ruang paru-paru
    • Imbasan CT untuk mengenalpasti terdapat ketumbuhan pada perut atau yang telah merebak
    • Imbasan bersama bahan pencerah seperti Barium yang memperlihatkan dengan jelas organ perut yang telah naik ke paru-paru
    • Imbasan Ultrasound untuk melihat jika anda mempunyai masalah hati berparut atau berlemak
  • Ujian Kamera
    • Amat sering digunakan untuk melihat terdapat ketumbuhan atau ulser secara jelas di permukaan perut 
    • Mengambil sampel sel atau biopsi pada ketumbuhan
    • Melihat jika terdapat keradangan, salur darah abnormal, ketumbuhan pada saluran makanan iaitu esofagus
  • Ujian Khas
    • Mengkaji pergerakan saluran makanan seperti manometri
    • Ujian mengenalpasti pH pada saluran makanan selama 24 jam untuk melihat jika terdapat refluks asid dari perut ke saluran makanan

Komplikasi

Bergantung pada puncanya, muntah darah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan tambahan. Anemia adalah salah satu komplikasi pendarahan yang berlebihan. Ia adalah kekurangan sel darah merah yang sihat. Ia berlaku terutamanya apabila kehilangan darah yang cepat dan mendadak.

Walau bagaimanapun, orang yang mengalami keadaan yang perlahan, seperti gastritis, atau orang yang menggunakan NSAID secara kronik mungkin mengalami anemia selama beberapa minggu hingga beberapa bulan. Dalam kes ini, anemia mungkin kekal tanpa gejala sehingga hemoglobin, atau kiraan darah mereka, sangat rendah. Muntah darah juga boleh menyebabkan kejutan, yang boleh membawa maut dan memerlukan perhatian perubatan segera.

Rawatan

Jika anda alaminya, segera ke hospital lebih-lebih lagi apabila anda mengalami pendarahan yang banyak. Di hospital, anda akan dirawat dengan segera. 

  • Doktor akan menstabilkan anda dengan memberi oksigen, memasukkan darah atau cecair saline ke saluran darah anda. 
  • Pada masa yang sama, mereka akan menjalankan ujian darah ke atas anda. 
  • Mengikut keperluan, anda akan dibawa untuk ujian kamera melalui mulut untuk melihat jika terdapat saluran darah yang tidak normal pada esofagus, ulser di perut, pendarahan pada mana-mana bahagian organ yang boleh dilihat. 
  • Rawatan seperti antibiotik, penghalang pam proton yang berfungsi mengurangkan asid, ubat mengecilkan saluran darah pada perut atau esofagus.
  • Berhentikan mana-mana ubat pencair darah jika pesakit sedang mengambilnya

Sumber rujukan :

  1. Consolini DM. (2016). Nausea and vomiting in infants and children. – Merksmanual
  2. Intestinal obstruction. (n.d.). – Medlineplus.gov
  3. Greenberger NJ. (2016). Nausea and vomiting. – Merks Manual
  4. Mayo Clinic Staff. (2017). Infant reflux: Symptoms.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − six =